KETAWA DALAM TANGISAN

akuainkausiapa
Kau nampak orang tu manjang gelak , kau tahu disebalik gelak dia tuuu...dia selalu rasa sedih, tapi dia pilih untuk buang rasa tu pergi jauh dan pilih untuk bahagia!

KETAWA DALAM TANGISAN

Pada satu ketika beberapa hari yang lepas, ketika membayar parking dekat mesin “Total RM12” , aku yang sedia bawak duit cukup-cukup berkata dalam hati , “Mahalnya”. Tak apa lah, ikhlaskan hati bayar je. Sambil masuk kan duit ke mesin secara tiba-tiba ada seorang hamba Allah (aku tak perlu sebut, you know who you are) berkata “Ade ke duit tu secara selow je nada dia”. Aku menjawab “Ade”. 

Menjawab sambil ketawa yela aku ni kan spesis mudah terhibur. Dalam tawa itu, terselit rasa itu. Rasa sebak dan sedih. Sebak sangat sebab dah lama orang tak tanya aku “ade ke duit tu” . Lepastu yang bertanya tu pulak pangkat mak-mak. Korang boleh bayangkan mak yang bertanya kepada seorang anak macam mana kan. 

Tersentuh hati ini. Balik dari perjalanan, dihati kecil ku sebenarnya menangis. Itulah ketawa dalam tangisan hari itu. Teringat pula arwah ibu, selalu dulu bertanya “Ain ada ke duit tu” masa aku belajar jauh dulu. Hmm, sekarang itu semua tinggal kenangan. 

Tak apa, ketawa dalam tangisan sekali sekala tak apa. Tuhan tu..Dia nak bagi rasa sedih supaya kita lebih bersyukur dengan rezeki yang Dia berikan.. Kadangnya, biar sedikit rezeki itu asal ianya mendapat keberkatan daripada banyak tapi langsung tak mendapat keberkatannya. 😉

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. eh, aku pulak nangis baca...betul tu ain, bahkan, teruskan bersyukur sebab ada orang, rezekinya terputus langsung...sedangkan kita, walau yang tinggal dalam bank hanya angka RM1.00 dan dalam purse tinggal RM5, Allah tetap tak putuskan rezekiNya untuk kita...bersyukur dengan yang sedikit, berlapang dada dengan yang tiada...jom usaha sama-sama untuk jadi muslim yang kaya dan berjaya!

    BalasPadam
  2. Xpa. Sekali sekala Tuhan jentik hati kita. Supaya kita tak lupa orang pernah ada dengan kita. Mungkin dari itu Dia nak kita selalu doakan mereka. Head up babe 😊😊

    BalasPadam
  3. Semoga terus kuat 😊.. Smoga Allah limpahkan rezeki yg d'berkati kpd kita smua.. P'kongsian yg bagus kerana x langsung mengajak org lain tuk b'muhasabah.

    BalasPadam
  4. kamu ni selalu sgt buat entri sedih dalam ketawa

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.