RINA DAN RISYA INILAH DIA..KEMBAR SEIRAS ITU BIASA

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing

RINA DAN RISYA INILAH DIA..KEMBAR SEIRAS ITU BIASA

Tetiba teringat di suatu petang , si dua ketul Fahrina dan Farisya menyanyi lagu "Rina dan Risya  inilah dia...kembar seiras itu biasa...rina dan risya ragam aksinya...kami senangi siapa jua..." . Dengan muka comel si Risya tu buat persembahan free depan aku. Hahaha. Aku pun pelik kenapa dia siap kemain berjoget , rupa-rupanya dia ikut sebijik aksi Upin Ipin dalam video lagu tu. Hahaha. Tak percaya? Korang tengok sendiri gayanya macam mana. Cumanya hari tu dia buat aksi spontan , tak menyempat aku nak rekod persembahan dia tu. Hahaha. (Lepas ni joget lagi depan kak Ain ehk , nanti Kak Ain rekod..heheheheh)

Sebenarnya , diorang bukannya kembar pun. Beza setahun je , tapi diorang selalu cakap diorang ni twins!. Mana tak twins nya , dekat sekolah pun sama-sama geng Tunas Puteri , di sekolah agama pula geng pengawas . Oh lagi , sama pasukan rumah sukan iaitu Jingga. Boleh dikatakan kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain. Cumanya yang melucukan hati ini , si Risya (adik) tapi minat abang iaitu Upin. Dia selalu cakap , dia macam Upin. Rina pula Ipin. Hahaha. Pening kepala kak Ain kau dik oi , terbalik pulak jadinya. 

Tapi, bila tengok balik karakternya , betul juga kenapa Risya pilih Upin. Sama seperti Risya yang sangat berani. Risya ni kalau dia bagi salam dekat rumah aku kemain bersemangat. Jangan main-main okay , pengawas kecik!. Kecik bukan sebarang kecik , jangan berani cari pasal dengan dia! Budak lelaki pun dia berani sound. Hahaha.

Image may contain: 1 person, standing
Farisya , darjah 4 tahun ni

Image may contain: 1 person, standing
Fahrina , darjah 5 tahun ni

Kalau yang tak pernah baca tentang mereka ini , boleh klik THE NF GENERATION . Banyak dah kisah diorang ni aku letak dalam blog. Hehehe.

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Jadi penghibur juga ni..boleh jadi kawan..boleh ceriakan suasana..

    BalasPadam
  2. amboi memasing...segak berbaju uniform..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahahhhaa.. mama diorang whatsapp.. 🤣

      Padam
  3. alololo mesti comelkan diorang nyanyi sambil tiru gaya upin ipin tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahahhaaa memangg comel gilerrrrr 🤣🤣🤣

      Padam
  4. Nasib baik tak sama tahun lahir.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahahhaa kalau sama, habiss lerr sama kelas nanti

      Padam
  5. Bila nak ada cerita awak ni...asyik cite anak jiran aje hahahahaha :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. hmmmm cerita saya skrg ni tgh hambar hahhahhaahah... 😅😅😅

      Padam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.