4 TEMPAT WAJIB DATANG UNTUK ANDA PELAJARI KESENIAN DAN KEBUDAYAAN DI NEGERI KELANTAN

Image may contain: 31 people, including Nur Farahain, Richard Goh and Syed Mohd Shahmi, people smiling

4 TEMPAT WAJIB DATANG UNTUK ANDA PELAJARI KESENIAN DAN KEBUDAYAAN DI NEGERI KELANTAN

Kelantan , satu negeri yang jauh terletak di pantai timur Malaysia. Aku yang tinggal di Johor Bahru memang terasa amat lah jauh untuk sampai ke sana. Iye la , aku ni kan duduk nun jauh di Selatan Malaysia. Bayangkan macam mana penatnya nak sampai ke sana dengan menaiki kereta . Fuh! Berapa kali berhenti , berapa ratus lagu mungkin aku duk nyanyi dalam kereta , berapa kali mengunyah dan telan makanan tu takyah cerita . Hahaha. 

Alhamdulilah , aku bersyukur sangat sebab aku diberikan peluang untuk sampai ke sana. Terima kasih Tourism Malaysia sudi membawa aku. Aku mengikuti trip ke Kelantan ini pada 12 April sehingga 14 April 2019. Sepanjang 3 hari 2 malam itu , kami dibawa berkunjung ke beberapa tempat yang memfokuskan kepada kesenian dan kebudayaan yang terdapat di Kelantan. Ape lagi , seorang yang bernama Farahain ini memang ler sangat teruja dan aku ni spesis manusia yang meminati bidang "art" . Pada aku tak semua orang nampak betapa berharga nya nila SENI itu.

Jadi , inilah dia 4 tempat yang wajib anda kujungi untuk mempelajari tentang kesenian dan kebudayaan yang terdapat di negeri Kelantan. 

  • Akademi Nik Rashiddin
Image may contain: house and outdoor

Ianya merupakan pusat untuk pengetahuan tradisional dan pemeliharaan warisan Melayu. Dekat sini kita boleh nampak ukiran kayu serta rumah yang telah beratus tahun masih dipelihara. Bukan itu sahaja, yang paling menarik perhatian dan minat aku ialah kita juga dapat mempelajari sejarah keris. Bagaimana keris itu diukir , kenapa bentuk nya begitu serta siapa tuan punya keris. Keris merupakan senjata kebanggaan orang Melayu. Keris itu lambang keperibadian sang pemilik. Sebab itu la betapa uniknya alat senjata Keris ini. Aku paling syok dengar tentang kisah kisah keris , tapi jangan dilupakan juga disini juga korang boleh mempelajari tentang ukiran kayu. Orang dulu-dulu kan kalau bina rumah kemain kukuh betul kan.

Sila baca juga : Hari Pertama Aku Di Kelantan
Image may contain: table and indoor

Image may contain: people sitting, table and indoor
  • Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Kelantan (JKKN)
WOW! Ini perkataan pertama yang terdetik di hati aku. Iye memang kita tak nafikan , menonton wayang ber alaskan kerusi empuk dan suasana sejuk beku air cond itu memberikan keselesaan. Tapi , jangan lah dibandingkan dengan persembahan secara terbuka di sini. Masa aku tiba disini , aku terlepas persembahan wayang kulit. Aku dapat lihat persembahan makyung je. Jujurnya , walaupun aku tak berapa nak faham sangat loghat ore kelate , namun persembahan itu mampu memberikan satu pengalaman yang indah buat aku. Tergelak dan terhibur juga menyaksikan aksi serta lawak jenaka yang dilakonkan. Oh ya, aku diberitahu persembahan terbuka di sini masih baru dibuka kepada semua orang awam. Pada masa aku datang berkunjung tu ,  kemain ramai ore Kelate bawa anak bini dan kawan-kawan.

Image may contain: one or more people
Untuk maklumat lanjut , boleh terus melayari ke http://www.jkkn.gov.my/ms

  • Asni Batek
Image may contain: 2 people

Apabila melangkah kan kaki ke sini , soalan yang pertama terlintas di hati ialah macam mana ler nak mendesign tu.. Iyela , benda ni perlukan kreativiti. Semestinya aku memang sangat cemburu dan iri hati kepada orang yang pandai mendesign serta pandai melukis ni. Sebab apa? Sebabnya aku ni paling tak reti melukis. Dulu , subjek pendidikan seni adalah subjek yang stress bagi aku bila bab melukis. Aku memang tak pandai melukis , apatah lagi kalau main teka teki yang melibatkan lukis melukis ni. Jadinya bila sampai je kesini , tempat pertama yang aku nak tengok ialah mana orang yang tukang lukis tu. Hahaha. Sebab aku nak usha macam mana ler dia dapat ilham kan.

Terperanjat aku bila tengok pakcik rupanya yang melukis. Kau tengok dalam gambar tu.. Biasa je orangnya kan. Pasti anak dia bangga , dekat sekolah cikgu tanya bapak awak kerja ape? "Bapak saya ler yang lukis batek dekat baju yag cikgu pakai tuu". Hahaha. Kau rasa? Terdiam cikgu terus. Okay done merapu!  Disini terdapat beberapa station ataupun tempat menghasilkan batek dari kosong sampai ler siap. Oh ya , Asni Batek ni juga mempunyai dua jenis batik iaitu batik canting dan juga batik tekap. Nampak macam senang je kan batik tekap tu , silap tekap habis rosak coraknya.
Image may contain: one or more people and people sitting

Image may contain: Shalimar Mohd Yusof and Basirah Ishak, people sitting, table and indoor


  • Galeri Wau Pak Sapie & Sons
Image may contain: one or more people, people sitting and table
Akhir sekali , galeri wau. Ewaa bulee...ewaa bule... ewa bulee teraju tigo! Kan ternyanyi sekejap. Jangan main-main dengan lirik lagu tu tau. Ada makna dan sejarah tentang macam mana terciptanya wau itu. Apa yang menariknya tentang Wau? Pada pandangan mata aku sudah semestinya pada warna. Aku ni pula jenis suka warna yang terang-terang. Tengok ler koleksi-koleksi wau yang dihasilkan.. Warna dia kemain meriah.. Eee, seronok sungguh hati cik Farahain mengambil gambar. Hahaha.

Untuk datang ke sini , anda hanya perlu cari Galeri Wau Pak Sapie




Saja nak pesan , aku selitkan sekali video IGTV sepanjang aku berada disana. Jangan lupa tengok tau! Banyak lagi sebenarnya tempat-tempat yang masih belum aku terokai.. Bila lah agaknya yer nak datang ke Kelantan lagi...

Sila Baca Juga :
Hari Kedua Aku Di Kelantan
Hari Ketiga Aku Di Kelantan

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Jangan lupa juga...sepanjang perjalanan berapa kali tidur bangun tidur banguun hahahaha...
    Jom le kita ke Kelantan, jangan lupa bawa pasport hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahahhaha jommmmmm lepasss raya.. bawakk pasport!!! hahhha opsss melenconggg teruss sampai sempadan.

      Padam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.