SEDULANG NASI AMBENG PENYAMBUT BULAN RAMADHAN

SEDULANG NASI AMBENG PENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Alhamdulilah , malam tadi aku sempat juga menghadirkan diri ke Majlis Yassin Perdana anjuran Kejiranan Rukun Tetangga di kawasan rumah aku. Aku rasa ralat sangat sebab tak dapat bergotong-royong pada sebelah pagi sebabnya aku ada food review. Kalau ditanya masih ada lagi kah suasana jiran yang harmoni di bandar? Jawapan aku Ya! Ada dikawasan rumah aku. Aku rasa bersyukur sangat sebab makcik-makcik dekat sini sangat sporting.

Jadinya, sebagai menyambut bulan Ramadhan yang tinggal beberapa hari , kami sepakat untuk mengadakan Majlis Yassin Perdana. Acara majlis dimulakan selepas magrib membaca yassin , dan solat berjemaah Isyak dan sebagai penutup majlis kami dijamu dengan makan berdulang Nasi Ambeng. Nama pun orang Johor , mestilah makan Nasi Ambeng! Makan berdulang ni memang menjadi kebiasaan adat disini. 


Selain itu , kami juga dijamu dengan pencuci mulut seperti kurma , karipap serta murtabak. Ya Allah, aku rasa seronok sangat tengok makcik-makcik ni organize program untuk komuniti. Kebajikan terutama sekali bab makan memang paling power dan tip top. Komfom sedap dan siap boleh tapau bawak balik ke rumah. Hahaha. Tak lupa juga ade terselit bubur lambuk. 

Tapi, aku rasa sebak juga tadi bila part baca kan Al-Fatihah dan disebut nama satu satu jiran yang telah meninggal. Dan nama itu disebut.. Nama arwah ibu ku. Hmm.. Ibu! Semoga ibu bahagia disana okay.😪💛

Seronok sangat tengok ramai jiran-jiran berkumpul. Sempat aku bergambar dengan dua ketul , RinaSya! Iaitu The NF Generation.. Selamat menyambut bulan ramadhan! Semoga ramadhan kali ini memberikan rasa kesyukuran dan kebahagiaan buat umat Islam.🤗

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Ya Allah. . Rindunya makan ramai2 dalam dulang. Paling best kalau ahli dulang kita sikit, boleh makan banyakkkkk. . Hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahhaha.. Ahli dulang ain 4 orang , tapi 2 kanak2 2 dewasa ...Kire bertuah ler kannn ain ..hahaha.. Memang kenyang teramat sangat! 😋😋😋👍🏼👍🏼👍🏼

      Padam
  2. Adat orang jawa JDT, nasi ambang ini tidak dimakan ketika majlis tetapi sebaliknya dibungkus sebagai 'bontrot'. Hanya makan pencuci mulut aje.

    BalasPadam
  3. sedapnya nasi ambenggg! jom nanti berbuka sama2 bebila!

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.