TERSENTUH HATI SELEPAS MELIHAT VIDEO INI , LUAHAN TERBUKA UNTUK ANDA YANG BEKERJA!

Image may contain: one or more people, people sitting and people sleeping

TERSENTUH HATI SELEPAS MELIHAT VIDEO INI , LUAHAN TERBUKA UNTUK ANDA YANG BEKERJA!

Pagi ini hari yang memenatkan untuk aku. Semalam seharian aku penuh dengan event pagi sampai ke malam sampaikan aku malas gila nak angkat kepala pagi ini. Sampai semalam aku sendiri tak sedar pukul berapa aku tertidur. Begitu dasyat sekali aku yang kepenatan. Bila kepenatan dah mula menguasai diri , mula lah semuanya jadi MALAS! Semuanya jadi MERIMASKAN dan paling aku tak suka bila datang satu perasaan ini. Perasaan nak GIVE UP dari semua yang aku sedang kerjakan. 

Pagi ini juga aku hampir tarik diri dari melaksanakan beberapa job sebab aku PENAT sangat! Tapi , bila dapat kata-kata semangat dari Sis Lin , "buat lah Ain pelan -pelan ..." Aku terus rasa nak menitik air mata , aku ni memang cepat give up kan. Tapi bila dapat kata-kata semangat dari orang yang percaya aku boleh , terus aku siapkan!.

Hati ini masih lagi berat nak siapkan kerja disebabkan oleh hari ini HARI PEKERJA! Gila apa orang syok-syok bercuti aku dok sibuk depan laptop menyelesaikan kerja-kerja. Gila sangat! Sampailah aku terjumpa satu video ini. Video ini memgubah terus mood aku yang sememangnya kelaut sungguh! Aku rasa aku ni MANUSIA TAK BERSYUKUR! 

Dahla aku ni TAK CACAT , kaki tangan semua cukup tapi LEMAK sangat, bila kerja yang susah-susah terus malas dan rasa cepat give up! Ish , tak boleh jadi ni... Ain kau nak berjaya kan...kau tengok video ni..kau ingat sehari kalau dia give up , dia boleh ke capai apa yang dia ada sekarang? TAK KAN. 


Ini antara petikan dalam video yang benar- benar menyentuh hati ini :
Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri  , ramai yg suke bg bermacam alasan bile bekerja, ramai yg cepat giveup bile ade cabaran !! Ramai cube memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bg duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ...  Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku ..  Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih syg yg hebat , keberanian yg tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang .. Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!! Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!! khairulnizamofficial
  
Image may contain: 2 people, people eating and people sitting

Akhir kata dari aku , "SELAMAT HARI PEKERJA , KEHIDUPAN ADALAH DENGAN ATAS DASAR BERSYUKUR" 

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Insan Hebat yang Allah pilih untuk jadi ikon semangat buats emua kita yang bukan OKU ...

    BalasPadam
  2. Sedangkan Nizam yang hanya berkemampuan 3 Jari Dan 1 akal Boleh berjaya, apa lagi alasan Kita...

    BalasPadam
  3. Beliau boleh berjaya jadi apa alasan kita untuk tidak mahu berusaha

    BalasPadam
  4. Semangat luar biasa yang perlu kita contohi walaupun beliau kelainan upaya

    BalasPadam
  5. Being physically disabled is not an excuse! Find a way to shine in life.

    BalasPadam
  6. Terharu dengan semangat beliau yang membuktikan bahawa OKU juga boleh berjaya.

    BalasPadam
  7. Semangat beliau sangat kental

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.