KERANA TAJAMNYA SEBUAH PENA...

akuainkausiapa
gambar tiada kaitan di dalam ini tajuk. HAHAHA

KERANA TAJAMNYA SEBUAH PENA...

Lately ni aku memang TAK BUKAK BLOG LANGSUNG. Bila dah tak bukak, mana nya sempat nak terjah blogwalking blog blog kawan yang lain. Pada waktu sekarang ni , aku perlukan masa. Masa yang boleh mengatur semuanya.

Kenapa sampai jadi macam gini?! . Sejujurnya , sejenis aku yang kalau meluahkan segalanya bukan dalam bentuk penulisan tetapi dengan percakapan . Aku tak suka menulis di dalam keadaan yang aku sendiri menyampah terhadap diri sendiri. Gila complicated ayat kau Ain!! HAHAHA.

Iya, sebab itu lah tajuk aku pun kerana tajamnya sebuah pena. Pilihan yang terbaik untuk sekarang ini ialah dengan berdiam . Berdiam tidak semestinya kita benci kan pada sesuatu perkara.

Kita kadang begitu seronok menulis sampai kita tak sedar “judgemental” orang pada kita. Sebabnya, bila menulis . cara membaca adalah sangat berbeza dari setiap individu. Sebab tu aku lebih suka bercakap.

Atas sebab ini lah , aku tidaklah menghilangkan diri sebagai blogger, cumanya rehat. Hahaha. Aku sekarang banyak buat video. I love to talk! Rasa macam nikmat gila bila dapat bercakap banyak banyak setiap hari.

*nota pesan , kau orang jangan jelos nampak orang tu selalu gelak je manjang.. tapi kau orang kena juga tahu yang semakin kuat gelak seseorang tu, semakin banyak kesedihan yang dia cuba sorokkan. Tetapi , dia pilih untuk rasa bahagia. Bahagia dengan tertawa.

pssst; kbye, nak edit video. By the way , terima kasih kerana dengan sebuah blog ini dapat membawa seketul Farahain setapak kehadapan. Saya dah siap satu video ni .. Jom lah tengok!


Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. tertawa tak semestinya menggambarkan kebahagiaan
    menangis tak semestinya menggambarkan kesedihan

    BalasPadam
  2. Ni falsafah dulu2 Farahain, sekarang ni orang pakai handphome, hehehhe

    BalasPadam
  3. Apa pun berlaku..........selagi bernyawa..teruskan dan teruskan......
    Saya setujuuu, makin gelak........ lagi banyakkk kesedihannya...kan.

    BalasPadam
  4. Diam itu lebih baik dari berkata yang akan menyakitkan malah mengeruhkan keadaan ....tapi biarlah diam itu setelah merungkai segalanya...jika tidak, hanya kerana diam pasti akan hidupnya salah faham dan kebencian ...

    BalasPadam
  5. ko jadi youtuber je lah lepas ni 😝

    BalasPadam
  6. rajinnya update blog. ok, done follow sini.. :)

    BalasPadam
  7. Sesekali puas jugak dapat bercakap macam meluahkan gitu. Fiza sendiri selalu takda keberanian bila nak bercakap hehe

    BalasPadam
  8. kata-kata kadang kala boleh menyakitkan.. depends pada penerimaan juga..

    BalasPadam
  9. Diam tak bererti aku membisu...ehhh...pendapat akak pun sama..cuma kalau akak...akak lebih meluahkan melalui penulisan..dan semestinya susah utk akak luahkan...sebab akak takde kawan rapat..suami takde..bopren lagi takde..adik2? memang tak la semua dah berkeluarga..jawapannya, pendam dan rawat hati sendiri...

    BalasPadam
  10. semoga ain sihat selalu ye. Tak kisahla bercakap ke, menulis ke, asalkan boleh buat kita hepi

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.