PUJUK DIRI SENDIRI

tengokkk lah msj aku hntr kt kwn aku

PUJUK DIRI SENDIRI


Allahuakbar.. beberapa hari  lepas sebenarnya aku demam teruk. Selsema dan kepala berat sangat. Sampai memang lesu sangat. Arghh, sudah! Aku sebenarnya tak suka kalau tengah demam. Aku tahu ni mesti melarat lama. Aku kalau demam memang lama sebabnya aku jarang sakit. Sekali sakit tu datang, huwaaa sedih sangat.

Time tu lah aku rasa perangai “clingy” ataupun perangai mengada-ngada aku ni datang. Waktu ni lah aku teringat arwah ibu aku. Dia je yang boleh faham aku. Dia je yang kalau aku sakit sanggup pujuk aku suruh makan. Dia tahu aku susah nak mampus makan ubat. Dia tak paksa aku makan ubat. Dia tahu aku punya cara heal demam tu.

Cara dia ialah tidur. Dan dia tahu waktu tu lah aku mengada fikir sebanyak tidak nak makan ape. Sebab waktu ni lah selera makan langsung takde. Tapi, dia je yang boleh tanya “Princess ibu ni nak makan ape?” “Nah ibu buatkan milo panas”.  😭 Alahai , sedihnya kalau diingat kembali.

Waktu sakit tu lah aku teringat semua ni. Tapi, sekarang... semuanya kena sendiri. Pujuk diri sendiri. Nak makan ape kena tanya tekak sendiri. Sadis giler rasa. Gais! I dont try to seek attention from people. Aku cuma nak kongsi.

Aku rasa, that the best heal.. Bila kita dapat cakap kita sakit, dan ade orang cakap “take care” . Dah pergi rehat. As simple as that. Itu je sebenarnya yang aku nak. Hahaha.
Untunglah yang masih ada mak tu.

Cuba tengok betapa risaunya mak kita bila anak dia tak sihat. Dia sanggup tak cukup tidur, sanggup masak kan untuk kita.

By the way, terima kasih kepada orang sekeliling yang sudi ambil berat pasal aku. Aku sangat hargai.  Insyallah, i’m getting better now. 😍 Mungkin ni sebab demam jerebu kot. Hahahah 😂


Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Stay strong Ain. Semoga arwah mak ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Pls take care and minum byk2 air kosong tau

    BalasPadam
  2. saje buat akak sebak erk...alahai...take care, jerebu ni minum air banyak skit..kalau akak dekat dah boleh jagakan dah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya allah sweetnye..... terharu rasa 😍😍😍😍

      Padam
  3. alahaiiiii sedihlah pulak.
    sedekahkan doa & alfatihah utk ibu tu ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah 😍😍😍 ibu sentiasa dalam ingatan ain.

      Padam
  4. Yup.. setuju.. kita bukannya nak mengada tapi meluahkan..
    Dan sebenarnya bagus bila kita luahkan perasaan itu dari pendam sendirian..
    semoga semuanya baik-baik sahaja buat Ain.. Get well soon ye dear..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan... tulahhhhh. perempuan! hahahaahha.. insyallah

      Padam
  5. ye faham sangat. moga cepat sembuh. makan bubur, sup ayam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hari first start demam tu lagi dah makan bubur mcd. hahahaaha..

      Padam
  6. al fatihah untuk arwah mak awak. Sedih gak baca ni. Tapi saya manja dengan ayah. Hehehe

    BalasPadam
  7. waa ramainya orang sayangggggggg! 😜

    BalasPadam
  8. Get well soon! Elakkan keluar rumah ye. And alfatihah untuk arwah mak.

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.