“FROM FARM TO PHARMACY”, BIOALPHA CIPTA LADANG MISAI KUCING

misai kucing bioalpha

“FROM FARM TO PHARMACY”, BIOALPHA CIPTA LADANG MISAI KUCING

Seringkali datang ke Desaru , yang terlintas difikiran hanyalah pantai dan tempat percutian. Namun begitu , sekilas mata aku terpandang kepada signboard BioDesaru. “Wow!” , nampaknya makin lebih banyak tanah yang akan diterokai di Desaru ini. Pada 15 hb Januari 2020 , aku dan beberapa geng JDT Blogger telah berpeluang ke Bioalpha Desaru Herbal Park.

Bioalpha merupakan syarikat makanan kesihatan yang mempunyai lebih 1303 ekar dan merupakan taman herba yang terbesar di Malaysia. Di Desaru , Bioalpha mempunyai kira-kira 300 ekar dan disinilah terletaknya  ladang misai kucing.

Terpegun aku melihat ladang misai kucing yang di urus cantik. Tak sangka pula , itulah rupanya bentuk pokok misai kucing. Pokok misai kucing ini sangat terkenal terutama sekali dalam bidang perubatan tradisional. Bertemakan konsep “wellness from nature” , antara kebaikan misai kucing ini ialah merawat penyakit kencing manis , buah pinggang dan kencing , tekanan darah tinggi dan sakit tulang atau otot.
misai kucing bioalpha

Selepas mengetahui tentang khasiat misai kucing ini , atas kesedaran itu , syarikat Bioalpha ini mengembangkan perniagaannya daripada ladang kepada pharmacy. Mengeluarkan jenama Apotec , produk produk yang dihasilkan adalah daripada tanaman tanaman herba yang ada di ladang mereka sendiri.

Sewaktu kami berkunjung ke sini , kami dikongsikan bagaimana cara menanam pokok misai kucing  , macam mana penjagaannnya dan bagaimana menuai  pokok tersebut. Sangat cantik ladang misai kucing ini , korang boleh tengok sendiri daripada gambar yang aku tangkap. Disini juga terdapat pelbagai tanaman yang lain antaranya ialah pokok kelapa , tongkat ali , durian belanda dan sebagainya.
misai kucing bioalpha
Misai Kucing
Produk keluaran Apotec ini antaranya ialah makanan kesihatan , minuman kesihatan , supplemenet serta pelbagai jenis teh yang berasaskan tanaman herba dari ladang mereka. Produk – produk ini boleh didapati idi Constant Pharmacy. Untuk mereka yang berada di Johor Bahru , boleh lah ke Midvalley Southkey. Untuk maklumat lanjut , boleh rujuk di website www.apotec.com.my

Image may contain: 5 people, including Nur Fatihah, Afzani Tual, Siti Suziana Mustakim and Siti Rohaida Yusof, people smiling, people sitting, outdoor and nature
JDT Blogger di Bioalpha's Desaru Herbal Park

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. bestnya dapat pergi ladang misai kucing! Dulu ada tanam jugak, bila petang ambik sikit buat teh minum satu family.

    BalasPadam
  2. tak sabar nak balik kampung buat teh misai kucing untuk parents...

    BalasPadam
  3. bestnya g ladang misai kucing..:)

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.