TENTANG SEBUAH KEMAAFAN - Aku Ain Kau Siapa

Tuesday, February 18, 2020

TENTANG SEBUAH KEMAAFAN

blog akuainkausiapa

TENTANG SEBUAH KEMAAFAN

“Kawan kawan dekat sekolah saya masih lagi cakap ‘pasal tu’.... Tapi, saya malas nak cakap.. Makin saya cakap lagi susah lah saya nak maafkan” -Asyira

Dia budak yang berusia 11 tahun. Anak jiran aku yang entah macam mana aku boleh rapat dengan dia. Nak cakap pasal terasa hati. Hmm. Kak Ain dia ni pernah je tacink dengan dia.

Sampai satu ketika tu aku ignore dia, dia spam call banyak kali aku tak layan, dia mesej banyak cara guna nombor mak dia lah , nenek dia lah. Aku tak layan. Dia try untuk pujuk aku semula. Hahaha . Finally, she gets my attention back.

Tutup cerita itu. Cerita tentang kemaafan ini yang aku nak highlights kan.

Ada lah berlaku satu kisah. Cukup aku kata kan satu kisah demi menjaga sensitiviti pembaca. Sebab aku bimbang ada yang akan terasa. Jauh di sudut hati aku bukan lah untuk menghentam kembali tapi aku nak cerita kan maksud kemaafan ini.

Semudah itu dia memaafkan. Betul orang kata, bila kita semakin dewasa, kita semakin susah untuk memaafkan. Kita rasa kita dah cukup dewasa, sampai rasa berat nya perkataan maaf itu.

Aku belajar erti maaf tu dari kisah Asyira. Aku tak pedulik orang nak kata aku kawan dengan budak budak , sebab tu perangai pun macam budak budak . They are my family. They are my happiness. Aku bukan ada sebuah keluarga yang boleh lepak satu table penuh. Tak faham? Ulang baca semula ayat sebelum ini.

Keluarga tak semestinya datang dari darah daging kita bukan? Semua yang kita rapat boleh jadi keluarga kita.

Dulu aku memang susah nak maafkan apatah lagi nak mintak maaf. Tapi, bila dia cakap “makin saya cakap makin susah saya nak maafkan” Wow, betul betul terkesan dalam hati aku.

Jadinya, erti sebuah kemaafan ialah bila kita kurang berkata tentang rasa sakit itu. Aku pun sedang belajar. Dari dia yang mudah memaafkan. Hati aku dah rasa sakit yang lama. Sekecil kecik perkara yang orang buat , aku terus cepat terasa.

I heal that pain alone! Tapi, aku sedar sekarang. Allah hantar kan bestfriend kecik ni untuk aku belajar jadi lebih pemaaf. Kalau kita nak rasa bahagia, kita kena mudah memaafkan orang kan? Walaupun hati kita tetap rasa kita tak salah.

“Sedangkan Kekasih Allah , Baginda Rasulluah Swt pun mengampunkan umatnya apatah lagi kita hamba Allah yang dicipta dari tanah”

Terima kasih , Nur Asyiratul Akma sebab awak cakap macam gitu, kak Ain akan ingat sampai bila bila.

psstt ; Dia pesan jugak “ kalau Kak Ain ada boyfriend, saya kena tahu jugak. Yelah,  kak Ain kan kakak saya!” Kbye.

7 comments:

  1. Betul.. selagi kita masih bercakap pasal kesakitan, kemaafan semakin jauh dari kita.. Huhuhu.. TQ untuk satu perkongsian yang sangat ohsem..

    ReplyDelete
  2. Allahu. terima kasih atas perkongsian. menjentik hati ini

    ReplyDelete
  3. memaafkan memang berat tapi ada nikmat disebaliknya..

    ReplyDelete
  4. ya, saya memilih untuk jadi seorang pemaaf sebab nak bahagiakan hati sendiri, lebih dari bahagiakan hati orang lain... 😊

    ReplyDelete
  5. As claimed by Stanford Medical, It's indeed the SINGLE reason this country's women get to live 10 years longer and weigh on average 19 kilos less than we do.

    (Just so you know, it has NOTHING to do with genetics or some secret diet and absolutely EVERYTHING to do with "how" they are eating.)

    P.S, I said "HOW", not "what"...

    Tap on this link to determine if this short quiz can help you unlock your real weight loss possibilities

    ReplyDelete
  6. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete
  7. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.