BELAJAR NAIK BASIKAL
Semenjak dua menjak aku dah bersemangat nak capai 5000 langkah setiap hari , jadinya kadang tak sempat pagi ..petang la aku buat . Apa yang aku buat ? Berjalan keliling di sekitar kawasan perumahan je . Aku tak ada lah nak ke tempat ramai orang sangat .
Bersyukur juga la sebab dapat kejiranan yang baik dan selesa untuk aku berjalan kaki serta berjoging . Oleh itu , petang-petang kan bebudak ni tak sekolah . Main basikal la . Entah macam mana tetiba ada yang nak ngikut sekali . Ya Allah yang si kecik Tengku ni dahla pegang phone mak dia . Iphone kot ! Dia boleh letak je dalam bakul basikal dia macam tak ade ape .
Aku suruh dia letak bagi dekat mak dia. Bahaya kot . Dapat lah kitorang pusing 3 round dan cukup 5000 langkah aku pada ketika itu . Si Zikry tu pandai bawak basikal jadinya dia yang ajar Farisya dan Tengku . Teringat aku masa zaman kanak-kanak dulu masa first time nak bawak basikal .
Untuk sekarang ni , rasanya aku banyak aktiviti-aktiviti yang macam gini jela . Lagipun tak pergi ke tempat sesak dan ramai orang . Masa tengok semangat diorang nak bawa basikal tu , itulah sebenarnya gambaran kehidupan kita .
Untuk lakukan sesuatu yang baru memang susah . Tapi bila dah lama-lama kita dah pandai kayuh kita akan rasa nak bawak laju je . We need to keep moving forward...
HEHEHEH.. SERONOK TENGOK AIN LAYAN BUDAK2 TU
BalasPadambetul tu, elak je dari ke tempat orang ramai, seram!
BalasPadam