BELAJAR NAIK BASIKAL

BELAJAR NAIK BASIKAL

Semenjak dua menjak aku dah bersemangat nak capai 5000 langkah setiap hari , jadinya kadang tak sempat pagi ..petang la aku buat . Apa yang aku buat ? Berjalan keliling di sekitar kawasan perumahan je . Aku tak ada lah nak ke tempat ramai orang sangat . 

Bersyukur juga la sebab dapat kejiranan yang baik dan selesa untuk aku berjalan kaki serta berjoging . Oleh itu , petang-petang kan bebudak ni tak sekolah . Main basikal la . Entah macam mana tetiba ada yang nak ngikut sekali . Ya Allah yang si kecik Tengku ni dahla pegang phone mak dia . Iphone kot !  Dia boleh letak je dalam bakul basikal dia macam tak ade ape . 
Aku suruh dia letak bagi dekat mak dia. Bahaya kot . Dapat lah kitorang pusing 3 round dan cukup 5000 langkah aku pada ketika itu . Si Zikry tu pandai bawak basikal jadinya dia yang ajar Farisya dan Tengku . Teringat aku masa zaman kanak-kanak dulu masa first time nak bawak basikal . 

Untuk sekarang ni , rasanya aku banyak aktiviti-aktiviti yang macam gini jela . Lagipun tak pergi ke tempat sesak dan ramai orang . Masa tengok semangat diorang nak bawa basikal tu , itulah sebenarnya gambaran kehidupan kita . 
Untuk lakukan sesuatu yang baru memang susah . Tapi bila dah lama-lama kita dah pandai kayuh kita akan rasa nak bawak laju je . We need to keep moving forward...

Catat Ulasan

2 Ulasan

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.