JALAN JALAN CARI MAKAN BERSAMA KAK TINI


JALAN JALAN CARI MAKAN BERSAMA KAK TINI

Cerita dah lama baru nak story dekat sini. Kah ! Satu hari yang sangat bermakna pada aku . Woi haritu sebenarnya kepenatan juga tapi sebab dah berjanji pergi aje la. Bak kata omputih " just enjoy the day ! " .

Pagi tu aku nolong kejiranan ni buat masak bubur Asyura . Lepas zohor dan kebetulan pula hari Jumaat , aku dengan Kak Tini pun keluar . Dah lama sebenarnya Kak Tini cakap   "Yuk Kak Ain kita ke mall .. jalan jalan". Alaa .. So sweet . 
Tapi kali ni si kecik dedek pun langsung ikut . Si dedek ni ialah panggilan di rumah .. Dedek tu si Farisya anak jiran aku tu. Hahaha. Jadinya selepas zohor kitorang pun bergerak keluar . Pergi ke Paradigm Mall Johor Bahru je . Tak jauh pun dari rumah . Hahaha. 

Sampai je di Paradigm kitorang terus ke tempat makanan untuk makan-makan . Pusing punya pusing akhirnya kami makan di Nasi Padang yang dalam food court tu . Nah ! terubat rindu Kak Tini pada kampung halaman nya . Dekat sini air sirap tu free ! Gituu ! 
Kak Tini siap order tambahan makanan yang macam dalam gambar tu. Kat sini panggil cucur kan . TAPI !!!! sumpah sedap . Sampai Kak Tini cakap "Nak lagi ke ? jom lah tambah lagi" . Ya Allah memang sedap sangat . Mungkin cara goreng dan adunan tepung nya tu yang menyedapkan lagi rasa cucur tu . 

Sempat la dengar kak Tini cakap indon dengan pekerja-pekerja kedai makan tu . Aku pun kepoh  la nak tahu sembang ape. Hahahaha. Biasanya diorang akan tanya asal mana , kampung dekat mana , dah lama ke kerja di JB ? . Kepoh betul kan aku ni. Hahha.

Selepas dah makan - makan kitorang pergi cuci mata . Well  , girls day out la kata kan . Sebelum ni , aku pernah keluar juga sama kakak Tini tapi Farzana yang ngikut . Kali ni adiknya si Farisya yang ikut sama . Kakak Tini belanja kitorang baju . Ya Allah . Syukur sangat . Baju warna pink dan kitorang sepakat pilih yang sama .Baju kembar kitorang panggil ! Hahaha. 

Lepas dah dapat baju , Kak Tini nak cari aiskrim . Tapi singgah kedai lain beli roti dulu . Lepastu baru ke kedai aiskrim . First time juga aku makan dekat kedai aiskrim ni . Ya Allah , dark chocolate ais krim dia sedap nya . Aku pula memang peminat dark chocolate . Rasa sedap giler ! 
Terima kasih Kak ! belanja kami .Banyak betul makan hari tu .. Terharu sangat rasa . Yela , walaupun kami dari negara yang berbeza tapi tetap rasa seperti family ! Semoga Allah limpahkan lagi rezeki untuk Kakak . Insyallah , nak kumpul duit nanti nak sangat pergi ke Kampung kakak Di Indonesia tu . 

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. akak turut terharu, pemurah hati Kak Tini ni. eh, dulu kedai nasi padang tu ada alas kain batik atas meja, rindu nak makan kat situ

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul kak ..sgt pemurah hati kak tini ni ... ohh dulu ade alas meja ehkk ... tapi not bad jugak lauk2 nya ..

      Padam
  2. Dalam paradigm ye kedai tu.. nanti nak cuba la. Heee~ Kalo dah jauh sekali sekala makan makanan tanah air terblubat rindu. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yurp dalam paradigm .. kedai makan tu dkt foodcourt .. kedai aiskrim bawah sekali dkt dgn marybrown.. tu laaa rasa best sgt dpt ajak pegi makan nasi padang ..

      Padam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.