MEET MY FAMILY

MEET MY FAMILY

**Tak ingat bila gambar ni diambil.wehhh lipstick aku sumpahhhh tak boleh blahh..

Kisah 52 Hari bersambung lagi.. Meet my family... Kisahnya aku punya 5 ahli sahaja dalam keluarga . 3 lelaki dan 2 perempuan . Lelaki ialah ayah , abang dan adik aku manakala ahli perempuan ialah aku dan ibu.

Keluarga terbina hasil perkahwinan ayah dan ibu pada tahun 1988 tak silap. Ibu asal nya dari Pulau Pinang tapi membesar di Melaka. Sebab tu aku ade juga sedara mara sebelah utara dan melaka. Ayah pula asal di Johor dan membesar di Johor. Jadinya , kami adik beradik ni semua di Johor je la .

Aku anak kedua dari tiga beradik. Keluarga kami keluarga yang sederhana je . Ape persamaan kami semua ? Kami jenis ade kesukaan pada "seni". Kenapa aku cakap begitu ?

Sebab aku pandai menulis ni dari arwah ibu. Ibu memang jiwa penulis. Aku tak berapa minat sangat tapi entah tak tahu kenapa boleh ade blog. Hahaha . Mungkin itu lah saintis cakap genetik .Hahahah . Satu lagi yang kami sekeluarga suka ialah pada muzik . 

Boleh dikatakan semua memang gila muzik. Jenis boleh blend into music. Sebabtu kalau gi karoke memang tak rugi. Hahaha . Passing mikropon jelah . Kitorang jenis kalau bukak radio , ade je lagu nak nyanyi sama . 

Selain dari tu , kami dibesarkan dalam rasa dan cara yang sederhana. Yela , tak begitu mewah tapi masa kegawatan ekonomi pernah la merasa makan sardin , telur dadar dan nasi putih setiap hari . Pernah la merasa kereta rosak masuk air . Waktu air naik masuk dalam kereta tu , kitorang boleh tergelak-gelak . Macam dah rasa biasa je , yelah kereta katak orang cakap. Paling aku ingat selalunya waktu hujung minggu kitorang selalu piknik. Sebabtu aku suka giler piknik. Pada aku tu la rasa kebahagiaan walaupun waktu tu tak la begitu senang . 

Semua berubah bila...ibu tiada .. 360 darjah berubah~~~ Terima kasih Allah , kerana Dia berikan aku kenangan rasa berkeluarga pada ketika dulu.

Cukuplah itu sahaja yang dapat aku kongsi.. kerana kadangnya tentang hal perihal keluarga tidak mampu dikongsi secara public. Cuma nya satu aku nak pesan , kalau kita ade keluarga yang bahagia , tolong faham mereka yang tiada keluarga bahagia. Tolong faham keadaannya ! Kita tak sama. ❤️

6 comments:

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.