TOP 5 TEMPAT YANG SAYA INGIN PERGI ..

TOP 5 TEMPAT YANG SAYA INGIN PERGI ..

Aku tak nak sebut nama tempat yang lebih details. Hikhikhik . As for me , aku bagitahu ciri-ciri tempat yang aku teringin atau nak sangat pergi ...

1) Kampung
Aku memang jenis suka kampung. Kalau boleh nak pergi explore lebih banyak kampung-kampung di Malaysia . Sebab ape ? Sebab banyak yang aku boleh belajar .. Lagi-lagi kalau dekat kampung tu ada kebudayaan dan kesenian. Lepastu, aku suka gila kalau kampung tu dekat dengan air terjun. Teringat dulu-dulu pernah pergi kampung kawan dekat Kedah , homaigodddssss kampung dia sebelah je air terjun. Memang boleh dengar air terjun dalam rumah dia.

2) Tempat yang sejuk
Spesifiknya macam di kaki gunung dan bukit-bukit. Aku teringin nak stay dalam jangka masa lama maksudnya tak ada lah setakat nak bercuti 2-3 hari je . Dapat 2 minggu ke 1 bulan aaaaa bestnya . Kenapa aku teringin nak stay dekat tempat sejuk? Sebab badan aku jenis tak tahan sejuk sikit. Atleast , kita boleh latih tubuh badan untuk jadi lebih kuat . Teringat dulu-dulu aku pernah stay dekat Bukit Kokol di Sabah .. Tapi aku nampak rileks je ade orang pakai seluar pendek dekat atas bukit. Hahaha.


3) Pantai yang anginnya sepoi sepoi bahasa
Siapa je yang tak suka pantai kan ? Aku rasa pantai ialah tempat yang orang cari kalau nak hilangkan rasa stress dan segala perasaan yang melanda seperti ombak rindu... Aaaaaa tiberrrr~~~~ Bestnya kalau setiap minggu dapat piknik tepi pantai kan. Aaaaa... berangan je.. 

baca juga : pantai raja sehari

4) Sempadan-sempadan diantara negeri dan negara
Kenapa ? Sebab kalau dekat sempadan ni cam mana nak kata nak ehk? Ada yang dikawal ketat , ada yang bebas rentas sempadan . Dari situ kita macam sekejap dekat sini mungkin eh lepas ni dekat situ pulak. Aku tak ada spesifik sebab apa yang aku tahu , aku memang suka dan akan nak carik sempadan-sempadan ni.

5) Rumah atas air 
Aku selalu tengok movie yang rumah atas air , bukak pintu boleh terus terjun. Walaupun tak pandai berenang , aku tetap teringin jugak nak terjun. Hahaha . Satu lagi kalau rumah atas air kan kita rasa macam tak balance kan , disitu juga boleh ajar aku untuk  lebih konfiden tidur dalam rasa resah gelisah. Hahaha. Cer bayangkan tetiba ada buaya atau shark yang sesat. BAHHAHAHAHAHAHA... kuat sangat tengok movie ni Ain. Tapi.. aku memang teringin nak   menetap di rumah atas air.


Alaaaaaaa berangan je kan.. tapi kita berharap la jugak kita dapat suami yang suka jenjalan travel dan explore tempat-tempat yang ade ciri-ciri yang kita nak pergi ...Pastuuu dia buat suprise...Aaaaaa... choi...berangan lagi sekali... Ya Allah , kau hadirkan aku Lelaki Kiriman Tuhan itu yang terbaik buat ku. Amin 😜

Catat Ulasan

2 Ulasan

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.