Okay , untuk kisah 52 hari , blog challenge ...Jom kita mulakan dengan topik perkenalkan ..kawan baik saya. Kalau yang dah nampak gambar tu , yang dah kenal mesti tergelak. Yer , my bestfriend yang aku nak kenalkan ialah abang aku !
My all time and forever be my best friend. Kenapa ? Sejak dari kecik sampai sekarang we are being friend! FOREVER lah katakan .. Majoriti nya kawan-kawan yang rapat dengan aku mesti kenal abang aku. Kenapa aku nak highlight kan abang aku ?
Sebab dia yang kenal aku macam mana . Dia yang betul sepenuhnya menjaga aku lepas arwah ibu meninggal . Dia yang jaga aku masa aku sakit . Dia sendiri cakap kalau aku kawen , dia nak nikahkan aku. Hahaha . Beruntung sebenarnya siapa jadi suami aku , sebab nanti dia pun dapat merasa ada abang ipar yang baik. Hahahaha (Sempat promot!!!!)
Aku rasa through ups and down , bestfriend aku ni yang ade dengan aku. Aku ade je sebelum-sebelum ni cerita pasal kawan-kawan aku . Diorang pun consider bestfriend jugak . Tapi kali ni , aku nak dedikasikan post ni khas untuk my special bestfriend .
Kitorang dari kecik memang rapat. Sebab mungkin membesar bersama , pergi nursery sama -sama , potong kek selalu sesama sebabnya birthday dekat-dekat . Birthday abang aku 11 February aku pulak 8 February . Haaa , memang potong kek serentak je la . Siapa yang kuat mengalah ? Oh , yang ni AKU yer yang banyak mengalah ..Hahaha .
Bergaduh ke tidak ? Gaduh je . Selalu je aku membebel dekat dia . Yelah , kadang dah penat masak , dia tak tolong basuh pinggan . Hahaha . Pastu jenis lurus boleh tahan . Aku yang kena banyak bagitau kena buat tu kena buat ni .
Bila aku rapat dengan abang aku ni secara tak langsung aku lebih kenal perangai dan tabiat lelaki. Lelaki ni dia jenis tegak weh . Kalau suh buat tu je , yer dia buat tu je lah . Hahaha . Dari situ aku macam boleh tau la macam mana nak berkomunikasi dengan lelaki.
Korang pernah tengok Brothers Of The Year ? Aku pernah up rekomen movie ni dekat blog . Ada persamaaan juga dalam cerita tu. Hahaha. Ni link Brother Of The Years
Apa - apa pun , aku rasa best sebenarnya bila kita ade kawan baik . Just nak pesan dekat korang , tak perlu pun ramai kawan , janji kau ade kawan yang boleh ade ketika susah dan senang , serta boleh faham kelebihan dan kekurangan kau .
So inilah kisah saya .. 52 Hari , tamat di hari pertama~~~ bersambung ke hari kedua ..
Iaitu ... My Favourite Things
Tahniah, ada abang yang jadi bff
BalasPadamhehehehehe.. 😍
PadamLelaki memang macam tulah. Kita nak ken beritahu serbi serbi - in detailed.
BalasPadamkannnn mak lin.... 🤣🤣🤣 kadang rasa penat sebab kena cakap in details
PadamSaya tak ada abang ...
BalasPadamsis ade... abang =suami 😜
Padammacam manalah rasanya ada abang kan, saya anak sulung hehe
BalasPadamrasa macammm yangh tertulis tu la.. 😍😍😍
Padamhehhee betul abg is so protective. abg huda tak nampak protective sangat, tapi dia tetap protect adik dia. Dah kahwin ada anak lagi nampak how he is, hahahaahaha. Its good la kan, dia dah mula pandai show how dia protective tu.
BalasPadamyesss.. actually dari sekolah lagi dah ternampak protective tuh.. sebab siapa yg kawan lelaki dgn ain ...habis kena soal siasat..
Padamala comel sangat gambar korang masa kecik tu...
BalasPadamteringat entri ko sebelum ni pasal gaduh sebab waze...ye aku la saksinya kalo bab2 waze ni..hahahahahah..adoi kelakor..
BAHHAHAHAHAHAHA.. alamakkkk saksi kejadiannn ade pulak komen. bahahahhahhahahahahaha 🤣🤣🤣🤣🤣🤣 KAN..
Padam