The Best Part Of Each Season


The Best Part Of Each Season

Tajuk 52 Hari ni macam krik krik sikit sebab macam blur... Malaysia mana ada 4 musim kan . Hahahah . Yang hado cuma musim hujan , tengkujuh dan panas lit lit . 

Tapi , aku paling suka musim yang angin sepoi sepoi bahasa tu . Musim tu macam tak berapa panas sangat tak berapa sejuk sangat. Aaaa , kalau waktu tu dapat berangan tepi pantai best sangat . Aku memang suka cuaca yang berangin. Tapi badan aku kalah sikit cuaca sejuk. Nanti cepat mengigil . Hahaha. 

Kalau hujan pulak paling takut kilat dan petir. Aaaa seramm kot . Nanti aku akan tunduk kan kepala aku kalau ternampak. Aku penakut kilat . Kalau tengah hujan lebat dan berkilat berpetir tu , paling takut nak masuk jamban. Bahhahaahahaahahha . Sanggup tunggu sampai dah reda . Bukan tu je , memang cepat-cepat jauhkan diri dari sebarang elektronik . Takut terkena tempias petir dan kilat tu . Bahaya sangat ! 

Tapi kan kalau 4 musim , aku teringin sangat nak rasa musim snow walaupun badan tak tahan sejuk .Hahaha . Teringin sangat nak baring atas salji tu . Teringin nak buat olaf . Hahaha . Teringin nak fefeling menggigil lepastu duduk depan pemanas atau unggun api sebab nak panaskan badan lepastu minum air coklat panas . Aaaaaa BERANGAN ... 

Post a Comment

1 Comments

  1. musim sejuk hari tu pernah rasa -6, seriusly menyesal pun ada sebab tgn menggigil keras, pastu sekali angin sejuk dia dtg mmg menusuk ke tulang. Kulit pun cepat gila mengering & gatal-gatal, serius rasa badan kurang sesuai dgn tempat yg terlalu sejuk, huhu..

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.