Resepi Kek Coklat Moist Mudah

 

Resepi Kek Coklat Moist Mudah

Resepi Kek Coklat Moist Mudah


BAHAN BAHAN KEK

  • 240g tepung gandum
  • 60g serbuk koko
  • 230g gula
  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan susu cair ( guna 2 sudu susu tepung kacau dalam air pun boleh )
  • 5g asen vanila
  • 5g sodium bikarbonat
  • 2 biji telur


CARA CARA

  1. Campurkan semua bahan dan kacau guna senduk sehingga sebati (sebelum tu panas pengukus dulu )
  2. Lapik loyang menggunakan kertas minyak dan tuang semua bahan tadi.
  3. Ikat kain pada penutup periuk pengukus.
  4. Kukus kek selama 60 minit (dah boleh mula check kek dengan cucuk guna selepas 50 minit, kalau dah ok boleh tutup api )


BAHAN BAHAN TOPPING

  • 30g serbuk koko
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 cawan susu pekat manis
  • Coklat rice


CARA CARA

  • Campurkan susu pekat manis, minyak dan serbuk koko dan gaul secara double boil. Agak agak likat terus angkat.


CARA HIDANG

  • Setelah kek sejuk, letakkan toping keseluruhan kek.
  • Taburkan coklat rice.
  • Siap!
  • Cair dalam mulut bakhanggg


TIPS:

  1. Kukus kek lebih moist berbanding bakar.
  2. Topping boleh adjust ikut selera masing masing, lebihkan/kurangkan susu atau serbuk koko.
  3. Letak topping ketika kek sudah sejuk.
  4. Resepi diatas boleh juga digunakan untuk buat cupcake. (kukus 20 minit )

Selamat mencuba! 

kredit resepi makanan malaysia


klik sini untuk lebih banyak resepi

Catat Ulasan

1 Ulasan

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.