Baru Nak Rentas Daerah - Aku Ain Kau Siapa

Wednesday, April 7, 2021

Baru Nak Rentas Daerah

 
plaza tol skudai johor

Baru Nak Rentas Daerah

Selama negeri Johor ni PKP lah PKPB la sampai dah tak tahu PK ape lagi , ain memang banyak dekat kawasan ain je . Kalau bukan benda penting ain banyak stay at home je . Kalau ke event pun , pergi on that time lepastu tak ada nak singgah -singgah . Semenjak kes covid ni , memang jarang nak jumpa -jumpa orang . Jumpa hanya perlu je . Kalau tak mesej-mesej atau video call je la .

highway johor skudai simpang renggam


Dan 3 April la ain merentas daerah dan masuk tol. Kah! Lama gila ain tak masuk tol untuk tahun 2021 ni . Ni la rasanya first time untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu. Tak dela merentas jauh sangat hanya ke kampung Ayah je dekat Kampung Parit Perpat . Dari Tol Skudai dan exit ke Tol Simpang Renggam , lepastu menuju ke Benut Pontian . Kampung Ayah ni macam sempadan Pontian - Batu Pahat la , tak betul-betul kawasan Batu Pahat. 

Kitorang gerak awal pagi alang-alang Ain request jom la ke Pantai yang berdekatan . Namanya Pantai Punggur . Pagi -pagi orang pun tak ada pastu air pun masih surut .  Dah selesai bergambar , kitorang pergi ke rumah sepupu . 

pantai punggur pontian batu pahat

pantai punggur pontian batu pahat

aku ain kau siapa she is farahain

benut pontian johor

Jam 12 lebih gitu kitorang pun balik sebab tak nak la lama-lama lagipun tak nak bergaul dengan ramai orang yang datang . Satu lagi kampung ayah ni kalau cuaca panas dia , betul-betul panas woi. Boleh sakit kepala. hehehe.


Itula kisah rentas daerah Ain pada tahun 2021 !


baca kisah sebelum ini ain ke Pantai Raja Sehari ~~

1 comment:

  1. hahaha kita pun takda rentas daerah 😂 taktahu nak kemana hahaha malas nak hadap orang

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.