Tak Payah Tunggu Raya Baru Nak Pakai Kurta , Setiap Hari Pun Boleh Pakai

 Tak Payah Tunggu Raya Baru Nak Pakai Kurta  , Setiap Hari Pun Boleh Pakai 

Antara pakaian lelaki dan perempuan ,  mana yang susah nak pilih? Sebenarnya pakaian perempuan lagi susah nak pilih kerana perempuan jenis kalau ada 3 pilihan , ketiga – tiga nya akan dia pilih dan rasa cantik . Berbanding dengan lelaki yang jenis senang buat keputusan .  Fesyen pakaian lelaki ni jenis straightforward jika dibandingkan dengan fesyen wanita yang mempunyai pelbagai corak dan jenis design. Kalau baju lelaki ni banyak bermain dengan warna sahaja dan terpulang juga kepada lelaki tersebut nak menggayakannya . 

Kisahnya , orang lelaki ni kalau beli baju raya selalu akan pakai sekali dua je . Mahal -mahal beli pastu pakai sekejap je ! Rugi je . Kenapa ? Sebab yang pertama baju melayu lelaki selalu nya kain panas , dengan cuaca di Malaysia ni mak oi panas kemain . Rata - rata , pakai pagi raya lepastu solat raya dan bergambar . Akhirnya , sebelum zuhur dah tukar tshirt . Betul kan?

Kan membazir beli mahal -mahal tapi pakai beberapa jam je . Lepastu dah habis raya , terus simpan dalam almari . Jadi , ini la kisah  abang Ain . Ain perati je setiap kali hari raya mesti jadi macam gini . Dalam hati dah terdetik , “Tak boleh lagi jadi macam gini , dah tahun 2021 kan” . Kita mesti nak beli pakaian yang kita selesa dan akan sentiasa pakai selalu.

kurta lelaki kurta kacax kurta

*pelbagai pilihan dan warna yang sesuai untuk lelaki


"Beli baju melayu mahal - mahal tapi pakai sekejap je ! Tak Berbaloi" . Masalah kepada penyelesaian ini ialah dengan Kurta KACAX . Kenapa Kurta KACAX ?.

Semenjak tahu tentang jenama KACAX ni boleh dikatakan abang Ain selalu sangat kerap pakai. Satu sebabnya ialah kerana selesa , tak mudah berpeluh dan boleh digayakan pada mana-mana event . Sesuai je nak pakai bila -bila masa , bukan hanya hari raya . Malah koleksi kurta KACAX ni sesuai juga untuk aktiviti-aktiviti formal , ke pejabat (kalau yang membenarkan untuk semi formal ) serta warna design boleh senang nak mix and match. Boleh tengok koleksi gambar-gambar yang digayakan oleh abang Ain .


kurta lelaki kurta kacax kurta

*abang ain menggayakan kurta KACAX


kurta lelaki kurta kacax kurta

*gambar kenangan tahun 2019 beraya bersama KACAX



Bukan itu sahaja , masa hari raya tahun 2019 rupanya hampir semua sepupu lelaki pakai baju dari jenama KACAX. Lepastu tak ada pun yang mengadu tak selesa , boleh dikatakan diorang steady je pakai baju KACAX dari pagi sampai ke petang . Semuanya kerana material yang digunakan untuk pakaian nya dari material yang ringan dan kain sejuk .

Sebelum – sebelum ni , Ain pernah cerita kisah "tension sebab susah nak cari baju sedondon..adik beradik semua lelaki" , koleksi KACAX ni pun boleh sedondon dengan anak lelaki dan ayah . Jadinya , yang ada adik beradik lelaki , korang boleh terus suruh pergi ke sini dulu. Hahaha . Oh ya ,boleh dikatakan koleksi koleksi yang terkini tak mudah renyuk dan senang iron . Tapi , jenis perangai lelaki bukan lelaki je , perempuan pun sama seperti Ain , hehehe . sangat tak suka gosok baju ! Jadinya , setiap kali pilih kurta kat sini , abang Ain memang tak ada nak mintak tolong gosok baju sebab tak nampak renyuk pon baju nya ! *ini yang kita mahukan !



kurta lelaki kurta kacax kurta

*bermacam warna serta sesuai untuk matching dengan keluarga


kurta lelaki kurta kacax kurta

kurta lelaki kurta kacax kurta

Set Kemeja ni smart dengan 20 pilihan corak yang sedondon dengan anak lelaki.


kurta lelaki kurta kacax kurta
Kurta PIRO



kurta lelaki kurta kacax kurta

Kurta CIEZA



kurta lelaki kurta kacax kurta

Kurta ROKU




kurta lelaki kurta kacax kurta

Kurta HUESCA


kurta lelaki kurta kacax kurta


kurta lelaki kurta kacax kurta
*bukan di butik sahaja , tetapi di booth berlainan tingkat di Plaza Angsana



kurta lelaki kurta kacax kurta

Booth Level 3 - Berdekatan Kiosk Jamu


kurta lelaki kurta kacax kurta

kurta lelaki kurta kacax kurta

Kurta selain ianya bersaiz labuh, ada juga kurta moden yang agak pendek selalunya dipadankan dengan jeans atau seluar slack. Kalau perasan , trend sekarang ramai anak muda suka menggayakan kurta bersama dengan jeans atau slack . Konklusinya , jadikan Kurta KACAX sebagai pilihan baju yang hari – hari boleh pakai dan senang di mix and match kan sebagai ootd (outfit of the day ) .


kurta lelaki kurta kacax kurta


Untuk walk in ke Butik KACAX boleh lah singgah ke :
L3 .41 , Aras 3 , Angsana JB Mall ,
81200 , Johor Bahru ,
Johor




Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Boleh carilah nanti kalau turun JB

    BalasPadam
  2. kat kacax ni memang ada banyak pilihan baju untuk lelaki..

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.