19 September 2021 : Ain Makan Ape ?

Assalamualaikum. Selamat hari Ahad ! Hari ni pening nak masak ape siot ! Breakfast jela dulu roti 3 keping bersama sosej dan sos . Tu la kira makanan sarapan paling malas . Ain ni jenis tak berapa suka sangat makan pagi . Tapi nak kena juga isi perut kan .

Lepastu , ain kukus dan panaskan lauk semalam . Ada balance nasi impit dengan lauk semalam boleh lah buat makan lunch . Untuk sebelah petang pula isi perut dengan dua keping roti spread dengan Passionfood spread the love .

Untuk dinner pula ain masak goreng ayam , buat sambal belacan sikit dan sayur masak air . Alhamdulilah , syukur untuk makanan hari ini .


Post a Comment

0 Comments