Mee Goreng Kemain Gelap Dan Nasi Ayam Di Malam Hari

Assalamualaikum. Hari ni ain makan ape la tu kan ?  Dah niat nak goreng mee hari ni ! Ain suka mee goreng gelap pekat melekat macam gitu 不 Ain pula jenis kalau goreng mee tak suka masuk kan sekali telur . Telur tu jadi tambahan macam telur mata gitu yang macam dalam gambar ataupun buat telur dadar . Baru umpphh . Sebab ain jenis suka rasa mee kosong gitu.  Tapi ni bubuh juga fishball ! Tapi yang penting mesti gelap pekat macam gitu . 

Mee goreng ulang makan dua kali . Lepastu keluar pi cari ayaq nyoq brown sugar 五 Rasanya sekarang memang tengah suka gila minum air ni . Astagfirullah ! 

Dinner pula masak nasi ayam terpaling simple janji masak ! Ain masak nasi ayam tak la macam dekat kedai tu . Janji tekak boleh terima . Senang je ! ayam perap dengan kicap dan madu sedikit pastu masak dekat airfryer ! Untuk sambal nasi ayam tu pula ada macam macam cara ain punya style , kalau malas sangat pakai sos cili dan sos tomato je .. Letak air sikit haa siap不五 

Gitu la cara ain memasak . Ikut suka janji masak . Janji tekak boleh terima .


1 comment:

  1. tak pernah lagi minum ayaq nyoq brown sugar. macam menarik je minum time cuaca panas.

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.