Selamat Ulang Tahun Teman Kecil ku !

sheisfarahain dan farisya

Assalamualaikum . Tanggal 5 november ialah hari yang paling dinantikan oleh teman kecilku ini . Semenjak dua minggu yang lepas yer , teman kecil ku ini dah bagi peringatan mesra . Hehehe . Yela , mesti la dia terpaling excited . Satu sebabnya , hari dia dilahirkan . Kedua , kerana dia sudah pun berusia 12 tahun .

Dia cakap dengan Ain , dia excited gila sebab akan ada mykad ! Wah gitew ! Teringat pula , masa ketika Ain berusia 12 tahun , macam gitu la perasaannya ! Dah rasa besar sangat sebab kita dah ada kad pengenalan kita sendiri . Hehehe .Ini la salah seorang satu dari kisah anak jiran Ain .

Nur Farisya nama nya ! Kenapa Ain panggil teman kecil ku ?

Satu sebab dia yang paling rapat dan dekat dengan Ain , boleh dikatakan banyak la rahsia dan kisah kehidupan Ain dia banyak tahu . Farisya juga la yang selalu teman Ain morning walk ! Hampir setiap hari juga kita bercakap , berbual walaupun sekejap . Nama pun jiran sebelah , sembang sebelah menyebelah la gitu . Masa dia kecil dulu Ain tak rapat sangat dengan dia sebab masa tu Ain dah mula belajar jauh dari Johor Bahru .

farisya bermain

farisya menaiki basikal


baca kisah : bersama teman kecilku !

Jadinya sesekali je dapat tengok dia ketika pulang cuti semester . Ain mula start rapat masa risya ni sekolah tadika . Teringat dulu , arwah kakak Tina (penjaga nya) hantar ke tadika naik stroller berkembar gitu . Hahaha . Lepastu naik sekolah darjah 1 . Paling ain ingat  , masa darjah 1 hari pertama dah tertinggal van sekolah agama . HAHAHA . 

Tergelak yer bila teringat kejadian tu ! Gelabah habis arwah kakak Tina pelik kenapa van sekolah tu tak berhenti depan rumah . Lepastu , kak Tina pulang ke Indonesia dan tak lama lepas tu kakak Tina meninggal dunia . Jadinya , Ain sempat tolong jaga kan diorang walaupun sekejap je . Teman diorang balik sekolah kebangsaan dan tengokkan makan tengah hari dan tunggu untuk diorang ke sekolah agama . 

farisya hiking

sheisfarahain dan farisya morning walk

Tak lama lepas tu , Kakak Tini pun datang . Kakak Tini datang mengubah kisah hari - hari kita . Rasa seronok sangat ! Dapat la juga sesekali kitorang keluar ke pasar malam , ke pasar tani , ke mall . Begitu la kisah kehidupan dan akhirnya kakak Tini pun pulang ke Indonesia . 

ini kisah : jalan jalan cari makan bersama kakak Tini

PKP PUN BERLAKU ! Bila banyak duduk dekat rumah , pergerakan pun semakin terbatas . Nak tak nak , kena morning walk pun di kawasan rumah je la . Lepastu Ain pula memang dalam misi nak menurunkan berat badan , jadinya Farisya la yang banyak teman kan ain memandangkan dia PDPR . Eh ada lagi , farisya juga antara orang yang selalu juga amekkan gambar kak Ain dia ni . KIHKIHKIH. Kak Ain dia ni gila bergambar ! 

Bukan itu sahaja , kadang - kadang waktu petang kitorang sama - sama sapu daun kering yang bertaburan dekat depan rumah . Begitu lah kisah kehidupan ain bersama teman kecil ku ! Hari ini hari ulang tahun Farisya !

baca juga : jangan perlekeh budak kelas belakang !

morning walk

Kak Ain ni tak banyak duit nak celebrate tempat have have dan gaya potong kek style orang kayangan ! Jadinya kak Ain dedikasikan posting special ini di blog kak Ain je la yer ! Supaya ianya kekal menjadi kenangan yang terindah untuk risya ! Terima kasih sebab sudi jadi teman kecil kak Ain . Semoga Risya menjadi anak yang membahagiakan baba dan mama . Semoga impian dan cita - cita isya tercapai ! Semoga sentiasa ceria , gelak ketawa dan bahagia ! 

Isya , nanti dah besar jangan lupa kak Ain tau ! Hehehe . Happy sweet 12! 


ada banyak lagi yang ain pernah tulis tentang kisah anak jiran ! klik sini untuk membaca

Catat Ulasan

3 Ulasan

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.