AKU PERGI FANS SCREENING EJEN ALI MUSIM 3
Halu halu halu , lama juga yer tak up kisah anak jiran . Nak dijadikan cerita , pada 2 julai 2022 , Ain dapat invitation ke GSC Cinemas di Paradigm Mall Johor Bahru . Invitation tersebut bagi menonton fans screening Ejen Ali musim 3. Haa , nama pun siri Ejen Ali kan , sudah semestinya ain angkut sekali anak anak jiran untuk menonton bersama .
The last time , kitorang pernah hang out waktu tu menonton Ejen Ali the movie . Boleh baca kisah ain bersama anak jiran di sini : Menonton Ejen Ali bersama anak jiran ! .
Tayangan untuk fans screening bermula jam 3 petang . Fuh ! Time tu pula hari sabtu dengan penuh nya manusia di Paradigm Mall sampaikan kena parking roof top yer . Betapa ramainya. Tapi , hilang rasa penat mencari parking tu bila masuk ke hall yang rata ratanya ramai kanak - kanak .
Betapa excited nya kanak - kanak nak tengok siri Ejen Ali untuk musim ketiga ni . Anak jiran ain pun excited yer . Diorang memang subscribe Disney+ Hot star tu ye. Kak Ain macam blur blur kejap yer , sebab tak berapa nak mengikut sangat kisah si Ejen Ali ni .
Sewaktu tayangan sedang berlangsung , anak jiran tu punya la fokus yer dan siap bisik bisik dekat kak ain diorang ni supaya kak ain tak la blur dengan watak watak baru yang muncul . Habis je tayangan ada sesi soal jawab . Siapa dapat jawab , menang hadiah .
Hall 2 di GSC Cinemas tu kembali meriah sewaktu Q&A session tersebut . Tak nak terlepas peluang , anak jiran pun excited nak menang hadiah . Akhirnya , dapat juga jawab yer ! Yahuu dapat juga bawa balik hadiah . Bukan itu sahaja , tiket fans screening tu siap nak simpan buat kenangan yer katanya .
Boleh tengok vlog yang abang ain buat di youtube bawah ini .
Oh iya , kepada semua Ejen ejen dan peminat setia Ejen Ali , Jangan lupa untuk strim dan subscribe di Disnesy+ Hotstar
Untuk rujukan , boleh la klik pada link ini okay :
1 Ulasan
Best ejen ali rupanya. Hahaha balik terus tengok ajen ali dekat Youtube (ulang kaji) hahaha
BalasPadamBlog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.