Memaparkan catatan dengan label bulan ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bulan ramadhan. Papar semua catatan

HUJUNG HUJUNG PUASA NI MALAS NAK MASAK , JADINYA MAKAN MEGGI JELA

HUJUNG HUJUNG PUASA NI MALAS NAK MASAK , JADINYA MAKAN MEGGI JELA | Gitu la mood masing - masing dah nak beraya kan , sampaikan nak masak untuk berbuka puasa pun dah semakin malas. Kalau dah berbuka pun malas masak , apatah lagi makanan untuk sahur . Tapi , nak tak nak perut perlu diisi juga kan . 


Menu berbuka puasa ain semalam ialah Meggi Kari . Tak la special mana , tapi kemain abang ain bersungguh makan . Mungkin sebab ain tumis dengan bawang kisar . Lepastu letak fishball . Ikutkan nak bubuh cili padi sikit tapi abang ain jenis tak berapa suka pedas , jadi kita tak letak la. Ikutkan telur pun nak letak , nak letak telur goyang tapi rezeki dari jiran sebelah . Kihkihkih. 

meggi kari


Dapat pula sepinggan keow teow . Tengok la food presentation nya , kita kasi markah penuh . Ain pula memang jenis suka keow teow banyak taugeh macam gitu . Peh ! Puas hati ! Makan pula dengan cili tu . Nikmat sangat . Itu pun ada lebih . Simpan untuk buat sahur . Jadinya ain masak meggi dua bungkus , dan telur dadar kicap untuk dimakan bersama dengan keow teow .


Hujung-hujung puasa ni , sahur pun dah tak larat nak tunggu pukul 4:30 pagi , semalam sahur jam 12 tengah malam . Lepas penat - penat mengemas stor rumah tu , buang ke tempat tong sampah terus mandi dan sahur . Ain cakap dengan abang ain , ni kalau kita tidur elak tak larat bangun sahur je ni . HAHAHA . Jadi bersahur awal la kita yer .


keow teow goreng



Raya nanti nak masak apa tu ? Kita TAK MASAK ! KITA TUKANG KACAU KACAU JERR~~ TAHUN NI NAK VOGUE VOGUE JER TAUU~~ 

PENGALAMAN BERBUKA PUASA DAN BERSAHUR DI AMANSARI RESORT SERI ALAM

PENGALAMAN BERBUKA PUASA DAN BERSAHUR DI AMANSARI RESORT SERI ALAM | Dah jemu dengan pertanyaan berbuka puasa mana yang best , buffet ramadhan mana yang okay . Pulak tu tahun ni ain memang tak join review buffet ramadhan . Bulan puasa kali ni nak rasa santai dan rileks je . Ain hanya terima yang ain rasa boleh pergi je . Gitu la kejadian apabila dapat merasai pengalaman menginap 2 hari 1 malam di Amansari Resort Seri Alam . 


Kisahnya , ini first time tidur resort pada bulan puasa dan ini first time juga dapat pekej sekali bersahur . Amansari Resort Seri Alam menjemput ain untuk program berbuka puasa bersama anak yatim . Jadinya , dah berbuka puasa dan dapat pula menginap 1 malam disini . Bagus juga sebabnya kan dari rumah ain nak ke sini boleh la kata jauh juga. Nak berulang alik dan mengadap jem pada bulan ramadhan alahai malasnya rasa.

berbuka puasa di amansari seri alam

sheisfarahain berbuka puasa di amansari seri alam


Tapi , bila dapat merasa staycation disini okay boleh la relaks relaks ambil mood selain berbuka dan bersahur di rumah . Berbuka puasa disini best sebabnya kawasan dewan nya sangat luas dan tak terlampau bersesak apabila tetamu mengambil makanan. Makanan disini banyak pilihan dah nama pun buffet ramadhan kan . Memang berbaloi untuk sesiapa yang nak cuba . Antara pilihan makanan yang ada disediakan ialah bubur , laksa , western pasta , pelbagai jenis air panas dan sejuk , kuih muih , buah -buahan , nasi dan pelbagai lauk , pelbagai gulai , roti john , murtabak  , kambing golek , pelbagai ikan bakar , sup gear box. Ada lagi ke yang belum disenaraikan ? HAHAHA . Terlalu banyak yer !


sup gear box besar

kambing golek

ikan bakar

air balang

buffet ramadhan amansari

nasi berlauk berbuka puasa

makanan berbuka

chef sup gear box

roti john dan murtabak


Alhamdulilah , dah kenyang ketika berbuka ain pun balik la ke bilik dan solat terawih . Jam 4:30 pagi masa untuk turun sahur . Muka memang terkulat-kulat rasa nak turun bersahur pada ketika itu . Kalau dirumah bersahur pakai baju tidur je kan , tapi disini kena la pakai tudung . Ada kawan ain tanya , apa je makanan yang dihidangkan sewaktu bersahur ? Jawapannya sama je macam makanan sarapan pagi di hotel . Bezanya kita makan awal la .


majlis berbuka puasa

buat roti john

sheisfarahain berbuka puasa

bersahur di amansari resort seri alam

bersahur di hotel

lauk bersahur


Selepas bersahur naik semula ke bilik dan menunggu waktu subuh . Selepas waktu subuh apa lagi , membongkang ler tidur . HAHAHA . Tapi , ain check out jam 10:30 pagi kerana ada program memasak bubur lambuk di kejiranan ain .

staycation at amansari resort seri alam

sheisfarahain di amansari


Mood blog dah agak kelaut yer sewaktu ramadhan ni ~ hmmm.

BERBUKA PUASA DI BUFFET RAMADHAN HOLIDAY INN EXPRESS JOHOR BAHRU

BERBUKA PUASA DI BUFFET RAMADHAN HOLIDAY INN EXPRESS JOHOR BAHRU | Ibarat pucuk dicita ulam mendatang yer pada ketika itu . Pada hari tersebut ain memang la malas gila nak masak . Tapi , memandangkan dah beli barang dapur nak tak nak dalam hati kena la masak juga. 


Sekali tiba-tiba ada yang mesej jemputan untuk berbuka puasa di hotel . Astagfirullah , ibarat langkah kanan pada ketika itu . Bukan untuk seorang atau 2 pax je tapi boleh bawak sehingga 4 pax . Kita pun yang malas memasak terus la book. Niat dihati nak bawa lagi 2 anak jiran . Siap dah mintak izin mama nya terlebih dahulu tapi yela kan budak sekolah penat balik sekolah , tahu tahu tetido . HAHAHA . Jadinya kita jemput anak jiran yang lain si Aliyah tu . Dia pula tengah free jadi kita ajak dia je la . Si Aliyah tu kemain semanagat yer tanya kak ain pakai baju apa , tudung apa . Dalam hati ni , "wow budak ni boleh bawa pergi majlis lepas ni sebab dia tahu nak kena bersiap". Lepastu ada 1 kerusi kosong lagi tu ingat nak ajak kawan lelaki kita tu , tapi dia tak boleh pula . Jadinya , pergi la bertiga ain , abang ain dan si anak jiran aliyah.

sheisfarahain di holiday inn express johor bahru


Kami sampai awal yer dan terus bergambar di prop yang disediakan di bahagian lobby. Agak-agak orang dah ramai , kami naik semula dan ambil la gambar makanan. Untuk pengetahuan korang , pekej buffet ramadhan disini boleh dikatakan murah dan tak lebih dari RM 100 . Ini kerana ruang makan disini kecil dan tak boleh memuatkan jumlah tetamu yang ramai . Kalau korang nak cari pakej buffet ramadhan yang harga biasa -biasa , boleh la pilih untuk berbuka disini . 

berbuka puasa di holiday inn express

salam ramadan sheisfarahain


Istimewanya disini ialah Briyani Kambing . Ain harus akui kesedapan briyani kambing disini kerana ain ni kurang gemar nasi briyani . Tapi nasi nya sangat sedap dan kambing nya juga sedap dan lembut dimakan begitu sahaja . Hehehhe . Menu lain yang sedap ialah laksa johor , sup rawon dan pelbagai jenis lauk pauk . Ain ni kan penggemar ketam kan . EH ! AKU MAKAN JUGAK YER TAK PEDULIK WALAUPUN NAK KENA KRUK KRAK KRUK KRAK DEMI MENDAPATKAN ISI KETAM . (saja besarkan font) . Ketamnya direbus elok dan dimasak dengan sedap , jadinya tak susah langsung nak makan. 


Selain itu , terdapat juga 3 jenis asam pedas iaitu asam pedas kupang , asam pedas daging dan asam pedas udang . Fuh sedap . Ain ni pula jenis tak makan segala sambal belacan la , cencaluk la dan budu. Tetapi anak jiran ain si Aliyah tu makan dengan nasi putih . Dia cakap "kak ain sedap tau cencaluk ni makan dengan nasi putih" . Dia ni pula jenis hantu kupang , astagfirullah kemain selambak yer diambilnya . 

briyani kambing

masak ketam buffet ramadhan

lauk berbuka puasa

laksa johor

pelbagai lauk pauk


Biasa la kalau first round dah settle , selalunya pergi solat magrib dulu dan akan ada second round seterusnya kan . Begitu la gaya orang yang pergi ke buffet ramadhan . Ain makan jeruk dan pencuci mulut seperti buah -buahan . Ain ni hantu makanan yang bermasam eh ada pula jeruk -jeruk dan potongan buah mangga . Kita bedal la . Si aliyah sempat buat abc yer makan bersama dengan aiskrim . Dia juga makan kuih muih yang ada , macam ain ni kurang sikit makan kuih muih . Dia cakap sedap - sedap kuih muih disini . 


sheisfarahain dan aliyah

So , tunggu apa lagi , datang la berbuka di buffet ramadhan Holiday Inn Express Johor Bahru . Nak makan buffet ramadhan boleh , cuma yang tak boleh nya kalau membazir . Jangan membazir okay , ambil makanan yang perlu sahaja . 


buffet ramadhan holiday inn express johor bahru

DAH LEBIH SEMINGGU BERPUASA BARU LA AKU KE BAZAR RAMADHAN

DAH LEBIH SEMINGGU BERPUASA BARU LA AKU KE BAZAR RAMADHAN | Gitulah bila waktu berpuasa ni kan tak lain tak bukan mesti nak ke bazar ramadhan . Entahla , semenjak dah 30 an ni dia punya excited pun dah tak rasa sangat jika dibandingkan dengan waktu zaman sekolah dulu . Bazar Ramadhan dekat kawasan Bandar Baru Uda ni memang antara bazar yang popular di Johor Bahru ni .


Bukan satu bazar ye yang ada , tapi ada dua bazar ramadhan di Bandar Baru Uda ni . Memang kalau bulan ramadhan ni paling bercinta nak keluar rumah waktu petang . Sebab memang tak boleh nak elak dari jem . Lebih rela berjalan kaki ke bazar dari nak naik kereta . Untuk tahun ni , ain menjengah ke bazar ramadhan selepas dah hampir seminggu berpuasa.

makan beli di bazar ramadhan


Kawan ain siap cakap lagi "aku tengok dah macam semut dah orang masa hari first puasa haritu" . HAHAHHAA . Jadinya , pada 9 Ramadhan baru la ain berkunjung ke bazar ramadhan jalan padi ria yang berdekatan dengan Masjid Jamek Bandar Baru Uda. 


EH , beli makanan di bazar dah boleh buat harga mas kahwin.


Mesti tertanya - tanya kan apa yang ain beli ?


Ain beli kebab , ayam percik , popiah otak -otak dan karipap sardin , nasi kukus ayam berempah , nasi ayam dan air kelapa sirap . Ayuh la kita buat perhitungan duit yang terkeluar ketika membeli di bazar ramadhan .


Kebab ayam = 3 RM 10 

Ayam percik = 3 RM 10

Popiah otak - otak = 5 keping RM 3

Karipap sardin = 5 keping RM 3

Nasi Ayam = RM 7

Nasi kukus ayam berempah = RM 6

Air kelapa sirap = 3 bungkus RM 5 


Jumlah RM 39 . Air kelapa tu ada pakcik belanja . Pakcik tu memang tengah beli air kelapa jadinya dia cakap belanja dekat beberapa orang yang tengah beli pada waktu itu . Fuh , sekali tengok dalam sekali ronda je dah boleh lesap RM 39 . hahahha.

kebab ayam

popiah otak otak dan karipap

ayam percik bazar ramadhan

nasi ayam aisyah hoon

nasi kukus ayam berempah


Tapi tu la , ayam percik tu kitorang buat makan sahur . Ain cuma kukus semula nasi semalam yang tak habis . Ain makan nasi kukus and abang ain yang makan nasi ayam . air kelapa pula kitorang hanya buka 2 bungkus je semasa berbuka lagi sebungkus minum masa sahur . Kebab nya yang bungkusan ketiga kitorang belah dua jadi nya seorang makan 1 set setengah . HAHAHA . Gitu lah pembahagian harta pusaka yang dilakukan . HAHAHHAA . 


Kisah tahun lepas : Dah hari ke 20 baru nak ke bazar ramadhan


Bezanya kalau beli ni senang la tak payah penat memasak , tapi tu la dia punya pengeluaran aduhai .. Kalau memasak pula memang terasa penat tapi banyak duit dapat dijimatkan juga . Korang setiap hari ke pergi bazar ramadhan tu ? 

INI KISAH RAMADAN KU PADA TAHUN 2022

INI KISAH RAMADAN KU PADA TAHUN 2022 | Alhamdulilah , seluruh ummat Islam kini sedang menjalani ibadah bulan puasa . Kalau disebut tentang bulan puasa ini tak lain tak bukan mesti bertanyakan tentang juadah untuk berbuka puasa dan juga nak sahur apa .


Tapi , untuk ramadan pada tahun 2022 ni , ain sebolehnya nak mengawal nafsu makan . Maksudnya , dulu -dulu memang jenis pelahap tak tentu pasal kalau masuk je waktu azan berbuka. Ayuh la kita flashback zaman berbuka puasa sewaktu dulu-dulu . Mesti nak kena ada air sejuk , nak kena ada makanan pembuka bukannya kurma tapi mesti kena ada kebab , tak pun murtabak , eh ada lagi kena ada roti john . Lepas dah melantak tu , makan pula kuih - kuih . Kadang- kadang tu kan , azan tak habis lagi semua tu dah lesap masuk ke dalam perut . 

salam ramadan sheisfarahain


Adik - beradik pula semua lelaki . Orang lelaki ni kan makan laju gila . Eh , aku pun naik hantu tak nak kalah langsung . HAHAHA . Kitorang dulu siap berlumba makan yer . Punya la dasyat . Lepas dah habis first round seperti menu di atas , seterusnya nak melantak pula yang berat - berat seperti nasi ambeng . Mesti nak padan kan sekali dengan ayam percik tak pun siput sedut. 


Second round pun boleh tahan berlumba yer . Lumba siapa sedut siput paling banyak dia menang . HAHAHAAH . Iya , betul ! Nasi ambeng pula selalu beli kongsi la bukan beli seorang sebungkus . Gitu la selalunya tradisi dan gaya makan kitorang waktu dulu - dulu . Tapi , semakin dewasa ni dah semakin insof barangkali .


Dah mula makan slow slow , tak gelojoh dan tidak lagi membeli makanan sebanyak tidak . Ni pun dah masuk ramadan keberapa tapi bazar ramadan depan rumah pun ain tak pergi lagi . Entah la , selagi ada kudrat dan larat memasak , eh kita masak aje la . 


Konsep ramadan yang ain terapkan pada tahun 2022 ni nak santai dan relaks . Taknak terlampau kejar duniawi sangat dan tak nak rasa kelam kabut . Nak rasa tenang beribadah sewaktu solat terawih dan sebelah pagi nak rasa relaks la gitu .


Kalau tahun - tahun sebelumnya , ain banyak sahur awal waktu . Pukul 12 tengah malam memang dah sahur lepastu bangun subuh pukul 6 : 30 ke atas . Tapi , untuk ramadan kali ini ain ubah . Bersahur seperti waktu biasa jam 4 :30 dah bangun . Tapi lagi magik bila lepas sahur terus tunggu subuh dan tak tidur langsung . 


Badan dan otak pun rasa segar semacam pada awal pagi . Cuma bila dah tengah hari tu la baru rehat dan tidur sekejap . Gitu la ajaib nya ramadan kali ini . Boleh bangun seawal jam 4 pagi , memasak sahur dan selepas itu mata segar bugar . 


Kalau dulu , kemain liat rasa nak bangun jam 4 pagi gitu . Tips nya senang je , belajar jaga waktu tidur . Sebelum ini banyak kali ain up cerita ain yang susah nak tidur kan . Tapi sekarang alhamdulilah Allah permudahkan .


Jaga waktu tidur dan dapatkan tidur yang berkualiti . Insyallah boleh rasa segar badan bila bangun sahur dan tak mengantuk selepas itu . Bukan itu sahaja , antara tips lain ialah kalau boleh kurangkan bermain social media . Ain dah buat yang ni . Ain uninstall Facebook dan Instagram di telefon .


Hanya check social media apabila on laptop sahaja. Kihkihkih. Cumanya instagram tu install bila ada event dan review sahaja untuk buat story . Selebihnya memang terus uninstall . Bila buat macam gini kan , memang automatik tak ada langsung interest nak scroll social media . Cuba la yang ni . Makin kurang scroll social media , semakin banyak dan cukup masa yang kita ada pada hari tersebut.


Jadinya , untuk kisah ramadan ku pada tahun ini ain nak terus bersederhana sepanjang bulan ramadan . Cuba la , mana yang baik kita jadikan panduan , yang tak baik kita perbaiki supaya jadi lebih baik . Insyallah . Semoga ramadan kali ini kita dilimpahkan dengan rezeki Allah yang berkat. 


Baca juga artikel yang berkaitan : 

CARA SOLAT TERAWIH DI RUMAH PALING RINGKAS

CARA SOLAT TERAWIH DI RUMAH PALING RINGKAS | Kepada umat Islam yang tidak berkesempatan melakukan ibadah solat terawih secara berjemaah di masjid atau di surau , solat terawih boleh juga dilakukan di rumah . Solat Sunat Tarawih (juga dieja sebagai Terawih) ialah satu jenis solat sunat yang dikerjakan semasa bulan Ramadan.


Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirehat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan Tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirehat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isyak. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.

CARA SOLAT TERAWIH DI RUMAH PALING RINGKAS


Khas untuk kaum wanita yang ada kekangan untuk ke masjid. Mudahnya nak beribadah. jangan sedih kalau tak dapat ikut buat terawih di masjid. 


● Mungkin kita ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawak si kecil bersama ke masjid.


● Mungkin kita ibu bekerja yang sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula.


●Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu... sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.


sumber : Wikipedia 


Dibawah ini akan menerangkan tentang panduan serta cara mudah dan paling ringkas untuk melakukan solat terawih di rumah . Panduan dalam bentuk infografik .

 Sumber : Cik Atenn  Azlan 

lafaz niat solat terawih di rumah



cara solat terawih di rumah paling ringkas



CARA SOLAT TARAWIH DI RUMAH


SOLAT SUNAT TERAWIH


  • Niat (Rujuk gambar)
  • Lakukan solat 2 rakaat 1 salam, dan diakhiri dengan solat sunat witir.
  • Baca Surah Al- Fatihah dan ayat pilihan
  • Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.


bacaan surah solat terawih

SOLAT SUNAT WITIR

Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.

Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.


Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat2 sunat yang lain.


Cara Solat Sunat Witir

  • Niat (Rujuk gambar)
  • Lakukan 3 rakaat 2 salam,
  • Iaitu 2 rakaat 1 salam dan 1 rakaat 1 salam.


cara solat sunat witir


 Doa Solat Witir

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.

Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..


Sangat lah mudah.. tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid. Selepas anak-anak dah tidur dan selepas berehat, bolehlah kita mulakan. Jom sama-sama berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas langsung tak dapat buat solat tarawih, tahun ni kita usaha buat. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada umat Islam. Insyallah .


Baca artikel lain berkaitan dengan bulan Ramadhan :