Assalamualaikum dan hello kepada semua. Hari ini dah hari ke 86 secara kosistennya aku menulis diary of the day ini . Jujurnya , ini satu pencapaian yang awesome untuk tahun 2016 ! . Best best best . Walaupun aku tak kosisten blogwalking . Jadi , untuk hari ini aku nak cerita tentang :
- Berjaya buat coleslow kfc !
Yes , yang ini rasanya best sangat . Dari beberapa hari yang lepas aku dah save resepi ni sebab nak cuba buat . Akhirnya , menu makan malam pada hari ini dapat aku laksanakannya . Rupanya tak la susah mana. Tinggal rajin pemalas kau je nak buat ke tak nak . Bahan bahan dia simple woi , carrot , kobis , mayonis dan fresh milk . Disebabkan aku ada stock susu low fat , makanya aku gunakan jelah . Kobis dan carrot potong dadu halus halus ,lepastu campurkan je semua . Nak lagi awesome letak dalam peti sejuk . Fuuh , sedap sangat! Cuba lah woi . Sorry , tak sempat nak tangkap gambar sebab dah habis ngap semua . Hahaha . Coleslow kfc memang favourite aku . Sekarang kalau craving dah tak payah nak pergi kfc sangat , buat sendiri je . Resepi pun simple je kan . Korang pun cuba tau .
- Dah restock barang dapur!
Kali ini punya senarai barang dapur , aku cuba banyakkan kepelbagaian sayur . Sememangnya aku beli sayur yang boleh kena tekak aku lah . Baru baru ini aku baru rasa sayur kangkung dan sengkuang makan dengan rojak petis rasa sedap . Makanya aku beli lah stok kangkung . Hahaha . Tapi , sengkuang lupa pulak .hahha. Bukan itu sahaja , aku juga cuba nak mengurangkan cheat meal aku . Sebab kekurangan stok kan . Alaaaa , pelan makanan untuk seminggu pun aku tak buat , macam mana nak reward kek season ni ? Hahhaa . Ini entri kek season yang aku nak sangat tuh . Entri kek season . Dengan ini , aku berjanji nak kurangkan percentage cheat aku sebab aku nak pakai size S hari raya nanti ! Doakan aku tau !
Itu sahajalah untuk hari ini . Assalamualaikum :)