Assalamualaikum dan hai kepada semua . Hari ini sudah 3 mac . Berapa azam tahun 2016 korang yang sudah tercapai ? Alhamdulilah , azam tahun 2016 ini untuk update Diary of the day dah berjalan secara kosistennya . Masuk entri pada hari ini , sudah 63 hari ain kosisten kannya mengupdate walaupun lambat ataupun cepat , ku gagahkan juga . Hahaha . Jadi untuk hari ini , ain nak cerita pasal :
- Blog tengah comot !
Korang kalau tengah view blog aku ini , aku nak minta maaf sesangat as aku tengah update . Aku update sendiri . Makanya faham faham je lah . Hahaha . Aku nak buat blog aku sesimple yang mungkin dan tak nak sarat langsung sebab aku tak blog aku berat . Bila blog aku ringan , makanya cepatlah loading dan akan lebih ramai lagi yang enjoy visit blog aku . Insyallah , habis je update entri ini , aku nak sambung edit . Maaf ye tunggang langgang dan bersepah blog iolls . Maklumlah tengah renovate . Hahaha .
- Lepas gian makan nasi lemak !
Aku rasa semenjak aku dah bertekad nak kurus ini , i learn to say no and strictly no kepada makanan yang tinggi kalorinya . Salah satunya ialah nasi lemak . Rasanya almost dua bulan dah kot aku tinggalkannya . Hahaha . Sebab hari hari melantak nasi lemak lah badan jadi bambam bambamm . Sumpah ! Tak awesome gile ! Menipu je orang kata orang bambam bahagia . Padahal asyik jadi bahan lawak dan ejekan orang sekeliling je . Tang mana yang awesomenya ? Habaq mai kat aku sedikit . Hahaha . Tadi , ayah aku boleh pulak beli nasi lemak as breakfast , lepastu malam rezeki orang bagi nasi lemak . Kau rasa ? . Jadi hantu lah kejap . Esok aku dah kena berbalik semula kepada displin yang tegas . Hahaha . Dah hidup doplolimatahun woi , takkan lah beberapa bulan skip makan nasi lemak pun tak boleh kan kan kan . Hahahaha .
Makanya cukup sahaja lah entri aku untuk hari ini . Korang yang suka nasi lemak itu , aku nak pesan makan berjaga jaga weyh , jangan dah bambam baru nak tersedar . Hahaha . Assalamualaikum :)