103/366 : Jangan give up !




Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini aku mengambil masa lebih kurang setengah jam memikirkan apa yang perlu aku update diary of the day pada hari ini . Sehingga aku menaip lagi ini aku sedang fikir , apa kebenda lah yang aku nak tulis . Serabut kepala woi nak update apa . Hahaha . Okay , pada hari ini aku nak update tentang perjalanan proses misiku kurus aku pada tahun ini .

Ceritanya sekitar awal bulan mac bulan lepas aku memang agak sedikit down bila berat aku statik je tak turun turun . Aku rasa macam give up woi walaupun dipenuhi kata kata motivational qoute semua . Tapi , itulah kekuatan sebenar sesorang itu ialah bila dia berani memulakan sesuatu dan dia habiskan sehingga ke garisan penamat . Ibaratnya kita dah bersemangat join larian 5 KM contohnya , tapi malangnya di pertengah larian dalam 3 KM dah rasa tak larat nak surrender . Sedangkan ada lagi 2 KM lagi jeee yang kita perlu harungi.

Samalah macam situasi aku . Aku tengok semula gambar gambar aku yang sangat bambam itu . Aku tengok semula permulaan berat badan aku berapa dan sekarang dah capai berapa . Aku rasa bersyukur sekurang kurangnya aku ada juga penurunan daripada orang yang statik tak nak usaha untuk bersenam dan menjaga pemakanan . 

Sebenarnya simple je dalam weight loss journey ini , Kosisten ! Itu perkara yang penting . Lagi lagi bab makan . Pergh , aku dah lama woi mengidam domino pizza ! . Hahaha . Tapi , aku cakap dekat diri aku , bila aku capai berat idaman aku tuh , baru aku boleh celebrate . Sebab aku dah berjaya ke garisan penamat perlumbaan aku itu . Hehehe . So , macam korang yang tengah give up ini . Cuba tengok semula pencapaian korang setakat mana . Jangan lah tahu complain je . Salahkan itu ini . Diri sendiri kena lah melakukan tindakan . Barulah nampak result yang gempak . 

Alhamdulilah , selepas hampir tiga minggu berat aku statik , dia mula turun 0.4 KG . Dan selepas 15 hari berat aku turun lagi 1.7 KG . Bersyukur sangat ! Rasa macam berbaloi diri aku tak give up dipertengahan jalan . Jangan tanya berapa berat aku sekarang . Ianya rahsia! . Hahaha . Insyallah , bila dah dapat result akhir aku akan update dekat korang . 

Doakan aku semoga terus kosisten ye ! Untuk korang , hari ini dah 103 hari kita dalam tahun 2016 . Ada lagi 263 hari untuk kita terus berjuang mencapai impian kita semua . All the best ! Assalamualaikum.

102/366 : 3 Cara Kosisten Kuruskan Badan





Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , hari ini dapat juga aku berpuasa . Haa , korang yang belum ganti puasa tu ingat ingat kan ye . Bulan puasa dah nak dekat dah kan . Jadi untuk hari ini , aku nak cerita dengan korang pasal tips untuk naikkan semangat macam aku yang tengah dalam proses menguruskan berat badan yang bambam ini . hahaha.

  • Tengok program extreme weight loss
Okay , sila habiskan masa korang untuk tidak menonton drama drama yang asyik bercinta sahaja . Habiskan masa search dekat youtube cari extreme weight loss program yang dikendalikan oleh chriss powell dengan wife dia tu . Jujurnya , selepas aku tengok satu hari satu episod pun dah cukup bagi semangat pada aku untuk terus move on . Aku jadi lebih bersyukur yang sekurang kurangnya berat aku tak adalah overweight sampai cecah 100 kg . Aku hanya perlu berusaha dan kosisten untuk mencapai ideal weight sahaja . Bila tengok program ini , aku jadi lebih bersemangat untuk lebih mengenali diri sendiri . Dan kebanyakkannya mereka yang berjaya kosisten selama setahun ialah kerana mereka tahu big why mereka . Big why ini ialah sebab yang kuat kenapa mereka kena get this obesity out of the life . 

  • Follow positive qoute
Yang ini aku selalu buat . Boleh dikatakan aku selalu retweet dekat twitter aku motivation dan positive qoute . Secara tak langsung , rasa tidak bersemangat akan kembali lagi lebih kepada bersemangat. Memang orang kata poyolah asyik nak berbual positif je , tapi hakikatnya kita memang kena bawa diri kita kepada sesuatu yang positif . 

  • Cari resepi yang sedap dan senang dimasak 
Aku rasa macam tak relevan yang orang memberi alasan tak tahu masak macam mana sedangkan dah bersepah resepi dekat social media . Tinggal rajin atau pun malas je . Aku perasan juga , orang banyak share dekat facebook tapi nak buat nan hado . Hahahhaa . Setakat share dekat social media tapi tak buat pun buang masa je awak ! . Hehehhee . 



101/366 : Diet Bukan Cerewet Bab Makan




Assalamualaikum dan selamat hari ke 101 bagi tahun 2016 . Hahaha . Yes , tak payah nak terkejut sangat dah masuk hari ke 101 dah pun tahun ni . So , far azam korang semua macam mana ? Banyak dah tercapai ke hanya sekadar angan angan "my wish list je" . Hahahha . Jadi , untuk hari ini aku share tentang tips pada korang yang sedang dalam proses menguruskan badan macam kita lah awakk nii kannnn. Hahahaha . 

  • Custom made meal 
Kalau korang yang jenis tak sempat masak , (ceh bagi alasan banyak kan) , macam aku kadang kadang tak masak juga , beli je , so persoalannya nak beli apa ye? . Korang boleh lah start survey kedai mana nak beli , dekat mana , bli delivery ke . Kena start survey dulu . Contohnya macam aku , aku jumpa satu kedai yang jual nasi ayam yang sayur dia fuhhhh melimpah limpah . Banyak gila sayur dia bagi which is very good . So , kalau aku tak workout , aku hanya mintak nak ayam dan sayur je tak nak nasi . Jadinya , dalam hal ini kita kenalah custom made order kita tuh according tuh tak nak nasi ke , nak nasi separuh ke . The thing is tolong ramah kan mulut tu tanya nak itu ini demi misi ku kurusku itu . Hahaha . Harga pun mesti jadi lain . Contohnya macam nasi ayam yang aku cakap itu , harga asal dia RM 6 , tapi kalau aku minta nak ayam dan syur je harga dia jadi RM 4. Haaa , macam gitulah . 

Contoh yang lain ialah bila korang beli dekat kedai yang jual nasi campur dan lauk pauk. Tolong tawaf dulu dekat kedai itu dan pilih apa yang korang nak . Bukan itu sahaja , kalau aku tak workout , aku tak akan ambil nasi . Memang orang kedai itu akan rasa pelik bila tak makan nasi hanya beli lauk je . Tak apa , you have to stick to your own plan . Ingat tuh ! Dan sebenarnya diet bukanlah tentang kita cerewet bab makan cuma kita belajar untuk memilih mana yang perlu kita makan dan mana yang perlu kita ketepikan untuk waktu itu . 

Janganlah sehari je kau bersungguh custom made meal kau itu . Kenalah berterusan dan kosisten so that kau akan nampak perubahan pada bentuk badan kita itu . Ingat tau ! Diet bukan bermakna kita cerewet bab makan . 

100/366 : 10 Perkara Buat Si Pengapit




Assalamualaikum dan hello kepada semua . Its a day today ! Aku menjadi pengapit . Bukan itu sahaja , hari ini genap hari ke 100 kita berada dalam tahun 2016 . Fuh , cepat gila masa berlalu . Aku sendiri tak sangka ianya satu pencapaian yang sangat hebat untuk diri sendiri bila mamapu menaip secara kosisten 100 hari . Alhamdulilah . Jadi , untuk hari ini aku nak cerita pengalaman aku menjadi pengapit . Bukan pengantin je yang kena bersiap , pengapit pun kena fully 100% prepara jugak . 

  • Baju kena longgar dan selesa
Okay , yang ini aku rasa mesej buat pengapit si perempuan . Sebabnya , biasanya pengantin perempuan kan kain meleret . So , kalau kau nak tunduk tunduk , dah pakai baju kebaya fit sumpah lah langsung rasa tak selesa . Makanya , pemilihan pemakaian buat si pengapit pun kena take it seriuslly . Bila ada atas pelamin , nantikan kena kipaskan pengantin . Tolong pakai material yang tak panas dan serap peluh . Sebab selalunya dekat atas pelamin jarang orang nak sediakan air cooler dan aircond tak rasa langsung . Merecik duduk dekat situ . Bila si pengapit rasa tak selesa , macam mana nak fully 100% jaga pengantin dah ketiak penagpit pun berlecak , apatah lagi kita mampu rasa selesa dalam keadaan begitu . 



  • Kena alert !
Ingat ! Bukan si pengapit yang kena vogue tetapi si pengantin ! Tolong alert kalau pengantin punya tudung senget , veil tak betul ke , crown senget ke dan segala apa yang nampak macam tak sedap mata memandang tolong alert! Tolong betulkan , tolong tegur si pengantin tuh . Kesian woi kau biar pengantin senget ada cacat cela nanti dalam gambar . Hahaha . Sebab itu aku remind , pengapit ini bukan masanya untuk kau vogue tapi si pengantin yang mesti vogue pada hari itu .


  • Bagi bunga telur 
Ingat , bila atas pelamin itu kau kena alert , bila waktu tepung tawar kan . Lepas je tetamu menepung tawar , terus standby bunga telur bagi . Kalau pengapit perempuan bagi lah kepada tetamu perempuan . Aku pun hampir terlupa nasib kawan aku remind tadi so aku terus jadi alert . Hahaha . Jadi , ingat kena sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan pada majlis tersebut .


  • Makan Beradab
Haa , part ini paling best ! Sebab kawan aku laki bini jenis makan bersungguh . Hahaha . So , memang lauk dekat meja itu habis kau kitorang kerja kan . Dessert nya sangat sedap . Ice cream honeydew . Ya ALLAH , sedap sangat . Walaupun makan sedap , ingat kena pastikan yang tiada comot dekat mulut dan tiada makanan yang terselit dekat gigi gigi pengantin tu .Hahaha . Yelah , kan nanti sesi bergambar kena senyum , kesian pengantin kalau nampak cacat cela . Hahaha . Ingat tau , make sure yang ini !


  • Tisu WAJIB !
Yang ni mesti standby sebab anytime kena lap peluh peluh dan lipstick comot ke . Tips tadi make up pengantin tu pesan , pedap peluh dengan tisu , jangan pakai span sebab span kan serap peluh dan make up tuh boleh luntur . Especially yang kuat berpeluh , tolong lah kena bersedia dengan keadaan panas sampai ketiak berlecak itu . Hahaha . 


  • REHEARSAL 
Penat bayar pelamin mahal mahal siap lampu liplap tapi kenapa malas nak rehearsal ? . Kerusi empuk ke , kasut tinggi sangat . Aku tak faham kenapa banyak pengantin tak ambil benda ini serius . Untuk aku yang ala ala sedikit particular dan details , tolonglah rehearsal sekejap pun okay lah . Lagipun set up pelamin itu biasanya dah siap awal awal , ambil masa sekejap je rehearsal . Atleast , pengantin tu tahu kerusi tu selesa ke tak nak duduk , panas ke tak duduk dekat pelamin tuh . Ingat ! practice make perfect . You want the perfect day , make sure you for it . 


  • AMANAH !
Dalam keadaan ini , semestinya tugas kau untuk menjaga barang peribadi milik si pengantin itu . Makanya , choose your pengapit wisely ! Kena choosy sedikit . Jangan asal boleh kau jelah aku ambil sebagai pengapit . Ingat , si pengapit itu lah the second person who always there for the pengantin ! . Makanya dari sini sikap amanah dan bertanggungjawab itu harus diterapkan . Hahaha .

  • Datang Awal !
Tolong jangan buat malu majlis . Search siap siap dekat waze dekat mana lokasi nak kumpul . Tolong bagi full attention pada waktu itu . Jenuh haih pengantin nak kena explain tempat mana nak kumpul . Nowadays kan ada waze , google maps , tolong jadi update teknologi people sedikit ! . Dah tak ada dah lagi , "kejap lagi , kau straight , kona kanan , nampak kedai mamak belok kiri " . Hahaha . Thats is so old skol peep ! . Hahaha . Tadi , mesti amanah dan sekarang pula kena disiplin datang awal . Jadi , ingat senang ke jadi pengapit ? Haa . 

  • Suruh pengantin senyum 
Pada mula mula pengantin bersiap lagi , si pengapit mestilah kena pesan dan paksa si pengantin untuk senyum . Senyum yang paling comel habis lah . Senyum yang paling segak teroq haih ! . Hahaha . Yelah , bila senyum paling segak habih , komfom nampak cantik gila gambar nanti . Ingat ! Paksa dan pesan si pengantin untuk senyum sampai habis majlis dan selamanya lah . Hahahaha . 


  • Standby jarum peniti
Okay , disebabkan veil yang panjang ,serta samping nanti bila bergerak kan nanti kedudukan nya lari . Jadi , mesti standby jarum peniti tau . Ala , beli je dekat kedai dua hinggit . Hahaha . Sebab kegunaan jarum peniti ni nak bagi lagi terletak . Hati hati bila memakaikan dekat si pengantin . Bimbang tercucuk kang tak pasal pasal lagu sakitnya tuh disini berdendang . Hahahhaa . 



Haa , itu sahajalah 10 perkara special untuk bakal pengapit ! SIAPA JADI PENGAPIT AKU MAKE SURE BERSEDIA DENGAN 10 PERKARA INI . Tapi tak tahu lah entah bila . Hahahaha . Okay . bye !





99/366 : Bila Orang Tegur Kau Dah Kurus!

 


Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , hari ini genap 99 hari ain kosisten mengupdate diary of the day hari hari . Ya ALLAH , tahun 2016 merupakan tahun yang ain berazam untuk kosisten update blog dan diary of the day ini merupakan satu cara untuk ain keep kosisten update setiap . Memandangkan tahun 2016 ini harinya 366 hari , makanya tak salah untuk ain memulakan sesuatu yang baru dan buatnya sampai selesai 31 disember 2016 . Insyallah . Jadi , untuk hari ini , aku nak cerita tentang :

  • Bila orang tegur kau dah kurus !
Hari ini dan hari rabu lepas , kawan kawan yang selalu workout bersama dengan aku tegur yang aku dah nampak kurus . Kurus itu tak lah sampai dapat size S dah . Mengarut gila cepat sangat dah kurus kerempeng . Hahahaha , Alhamdulilah , itu satu perkara yang positif untuk diri aku . Tolong jangan tanya berat badan aku berapa . Sebab coach aku pesan jangan ukur tahap kejayaan kita dengan melihat jumlah berat badan kita dekat penimbang tuh . Banyak lagi kejayaan kejayaan kecil yang mampu kita kejar dan capai . Contohnya ,muat pakai baju yang dulu dulu , saiz seluar dah mengecil , ukuran badan dah semakin kecil . Itu lah sebenarnya kejayaan yang harus kita kejar dalam proses menguruskan badan . Jangan suka suka sangat nak menimbang je , nanti stress lepastu tak take action langsung . Lepastu salahkan itu ini padahal diri sendiri nak suapkan makanan masuk mulut . hahahha . So , stop wishing ! start doing it ! . Insyallah aku nak sangat target raya nanti aku dah boleh pakai size S . Itu aim yang aku tengah kejar . Korang doakan aku boleh kurus ye . Jangan risau , hari hari akan datang , mana mana tips yang aku boleh share , aku akan share dekat korang . 



  • Esok jadi pengapit !
Fuyoo , nervous woi mengalahkan pengantin pula kan . Betullah kata kawan aku , over lah kau ni ain . hahahaha. Boleh baca entri entri aku yang ini . Over kan !. Hahaha . 



Okay , cukup untuk hari ini . Aku sangat penat pada hari ini . Assalamualaikum

98/366 : Exercise Ikut Ejaan Nama Sendiri




Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , tadi petang hujan juga dekat Johor Bahru ini memandangkan pagi sampai ke tengah hari sangatlah teramat panas . Sampai pening kepala aku jadinya . Hahaha . Terima Kasih ALLAH Kau kurniakan rahmat mu hujan kepada kami semua . Aku jadi agak tersentuh hati bila orang mengeluh bila hujan turun . Sedangkan hujan itu kan pemberian rahmat daripada ALLAH kepada hamba hambanya . Sejuk sedikit bila hujan turun . Alhamdulilah . Jadi , untuk hari ini aku nak cerita tentang :

  • Exercise Ikut Ejaan Nama Sendiri
Memandangkan hari ini aku off workout sebab aku ganti puasa , hehehe . So hari rest day lah dari sebarang aktiviti membakar lelemak parasit . Untuk proses menguruskan berat badan aku ini aku banyak pelbagaikan aktiviti cardio aku . Yelah , kalau buat yang sama je mesti badan jadi biasa je tak ada perubahan . So ,beberapa hari lepas , aku mencuba lah exercise ini dengan mengeja nama sendiri . Bayangkan nama aku NUR FARAHAIN . Fuh , kalau nama ayah aku pengsan dua hari aku terus. Hahaha . Ingat , buat ikut urutan ejaan tau . Macam ada pengulangan A ke , korang kena ikut urutan . Sebelum itu , warm up jangan lupa tau ! . Warm up itu sangat penting dan dah habis exercise cool down pun kena buat juga . Jangan miss out dua perkara ini untuk mengelakkan sebarang injured. Bukan itu sahaja , kalau keadaan fizikal kau dan kau ada masalh kesihatan yang terlampau dasyat jangan mulakan aktiviti yang extreme dahulu . Cubalah jalan dekat taman selama 20 minit dulu ke ,  naik turun tangga so that badan korang biasa . Tapi , pada korang yang dah bosan dengan treadmill itu bolehlah mencuba exercise ikut ejaan nama sendiri . So ,yang nama 3 4 gerabak tuh selamat berjuang . hahahhaa . 

Cukuplah entri untuk hari ini . Aku ada benda nak buat . Assalamualaikum :)



97/366 : Sayur Colurful & Aiskrim Sihat



Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini rasa macam kejap nya dah bulan april . Soalan untuk orang perempuan , uolls dah ganti puasa ? Well , bulan ramadhan dah tak lama dah kan . Makanya , kena lah kita start ganti dari sekarang . Ini jugsk peringatan untuk diri aku sendiri . Hahaha . Jadi , untuk Diary of the day pada hari ini ialah :


  • Makan Sayur Yang Colourful !
Memandangkan aku ini memang jenis tak ada masalah dengan sayur sayuran ,tapi tak semua jenis lah aku suka . So , nak kuruskan kenalah banyak melantak sayur dalam portion meal aku . Normally aku banyak makan sayur time lunch dan dinner . Sesekali breakfast je aku cari sayur . Untuk dapat abs yang awesome , pun kenalah belajar belajar makan sayur . Hehehe . So , from now on kena lah decide sayur mana yang korang suak dan habiskan tau . Aku geram betul normally kalau lunch kan kedai makan banyak jual lauk lauk nasi campur tapi bab sayur memang fail . Sedikit sangat pilihannya dan biasanya orang masak sayur sumpah tak sedap dan masin . Hahahhaa . Well , semenjak aku dalam misi menguruskan badan ini aku macam alergik sedikit dengan 4 rasa ni , Berminyak , Bergula , Berlemak dan rasa Masin ! . Kalau rasa empat empat ini tekak aku macam loya . Hahahaha . So , back to topik maka sayur yang colourful maksudnya cari pelbagai warna untuk sayur sayur itu . Contohnya , sayur kobis putih , carrot , lettuce . Kan cantik tu bila gabungkan dan secara tak langsung makin berselera nak makan . Bila aku dah mula colourul kan plate aku ini , aku jadi bersemangat nak makan sayur . So , korang pun make sure colour your plate .



  • Aiskrim Sihat Sebagai Snek !
Fuh , dengan cuaca yang tengah panas dekat Malysia ni sangatlah sesuai untuk makan benda benda yang sejuk kan . Jadi , untuk snek petang aku untuk minggu ini aku buat asikrim sihat . Hehehe . Aku pernah cerita dalam blog aku . Yang ini  . Cuma untuk kali ini , aku letak chocolate chips . Fuhh , sedap sangat . Less sweet ! Try lah , jangan pemalas sangat semua nak beli dan mintak orang buat kan je ye . Hahaha . Lagipun combination yogurt dan fresh milk fuh super awesome . Ala , buat jelah lagi rasa puas hati dari pergi 7 eleven dan beli . HAAHAHHAA . 

aku buat dalm acuan yang macam gini je *gambar google*





96/366 : Masak Ayam KFC Sendiri !



Assalamualaikum dan hello kepada semua ! . Alhamdulilah , hari ini aku rasa happy sebab akhirnya aku dapat menaip diary of the day ini menggunakan laptop kesayangan aku ini . Makanya , insyallah aku recover balik mana blog blog yang dah lama aku tak blogwalking dan tak tinggalkan jejak . Terima kasih ye pada korang yang sudi baca dan komen serta rajin jengah ke blog aku yang biasa ni je . Jadi , ini cerita aku pada hari ini :


  • Dah settle edit blog !
Seperti yang korang tengok blog aku , adoyai terasa nak puji diri sendiri setiap hari . hahahaha . Comel dan cantik sangat blog aku . Hahaha . Puji diri sendiri .Cuba korang imagine macam mana aku tengah puji diri sendiri ini . Aku edit sendiri okay ! . As my wish , memang nak blog aku simple dan friendly user especially mobile user . Nowadays orang dah jarang dah online pakai komputer kan . Hahaha . Makanya , aku nak sesangat blog aku ini tak makan qouta orang dengan banyak . Hahaha . Alhamdulilah , semalam aku spent masa dalam sejam untuk edit header dan edit template blog . Lagipun , aku memang tak nak serabutkan langsung blog aku ni . Jadi , tolong komen okay ke idok blog aku ini . Mohon cakap cantikkkkk banyak kali . hahahahhaa . 



  • Masak Ayam KFC sendiri !
Yess , aku tak tipu ! Kebetulan aku ternampak tepung Kentucky dekat kedai RM 2 . Pastu aku terdetik nak membeli , jadi aku ambil je lah . Dan , hari ini aku cuba lah . Ya ALLAH , senang je rupanya . Hahaha . Ayam tu salut dengan putih telur lepastu gaul dengan tepung tuh dan goreng . Buat sendiri lagi puas hati sebab aku kan tengah dalam proses menguruskan berat badan . So , penggunaan minyak mestilah dikurangkan . Normally , kalau beli ayam uncle bob kan minyak dia mak oi boleh pengsan tengok , ayam kfc pun boleh rasa berminyak dia kan . Aku pulak kalau boleh minyak sedikit yang amat aku guna . Aku pun dah start guna minyak jagung instead of pakai minyak biasa . Siap kena pergi kedai lagi beli minyak sebab rumah aku jarang guna minyak . Hahaha . Aku buat ayam kfc ini untuk lunch dan dinner . Fuhh , kepuasan yang amat . Ditambah pula dengan aku buat homemade coleslaw sendiri . Aku ada pernah cerita ni . Ini entri tentang aku buat coleslow ini .   Coleslow cepat dan sedap ! . Untuk korang tu , rajin rajin belajar masak sendiri weyh . Sebenarnya kan , memasak ni kita kena explore sendiri . Baru boleh tahu apa yang kau expert apa yang tak . Jangan lah asyik masak meggi dengan masak air je yerk .Hahaha .


Okay , cukuplah untuk hari ini . Assalamualaikum :)




95/366 : Restock Barang Dapur !

 



Assalamualaikum dan hello kepada semua ! Selamat hari isnin semua . Hahaha . First of all , aku nak minta maaf sebab blog aku tengah senget benget , carca marba sebab aku tengh edit . Lagipun , laptop aku dah kembali normal so tadi ada masa sedikit aku baru je deicde template yang macam mana . Insyallah dua tiga hari ni siap lah . Hehehe . Jadi , untuk hari ini aku nak update pasal :


  • Restock barang dapur !
Yeay ! I am so happy girl kalau dapat tengok sayur , buah buahan dan ayam , ikan , telur penuh dekat dapur . Jadi lagi bersemangat aku nak completekan 6 meal aku setiap hari . Yes , nak kurus makan kena kerap cuma makan memang kena jaga portion . Kawal portion itu . Bukan itu sahaja , sebagai manusia yang bambam , adalah wajib untuk korang kurangkan pengambilan makanan berasaskan Carb ! I repeat less carb more result ! Ceh ! Sebenarnya cakap dekat diri sendiri . Hehehe .okay , tips untuk restock barang dapur ialah buat list apa yang nak dibeli serta apa resepi yang kau nak masak . Janganlah syok sendiri beli last last rosak nanti . Bukan itu sahaja , korang juga kena rajin comparekan harga so that weekly budgeting kau tak ada lah over budget sangat . Rajin rajin lah singgah ke beberapa tempat . Macam aku , ada stok yang beli dekat Giant , ada yang dekat Mydin , dan ada yang dekat pasar . So , dalam hal ini mestilah kena bijak berbelanja ye !


  • Sakit leher dan perut !
Haa , ini yang aku alami pada hari ini . Hahaha . Sakit perut tuh sebab effect buat cardio semalam . Yang mana fokus banyak pada core iaitu abs . Makanya memang kalau nak gelak kena sopan sopan je lah . Hahaha . Semoga perut aku makin kecil dan lelemak makin terhakis jauh dari menjadi parasit dalam badan aku ni ye . Hahhaa . Tentang sakit leher pulak semalam aku terlampau penat . Main belasah tidur je sedar sedar dah subuh . Sekali baru nak bangun haaa , terasa sakit kau leher ni . Nak menoleh ke kiri dan kanan pun susah .hahahha . Insyallah , esok baiklah rasa sengal sengal itu .hehheehe .


Cukup untuk hari ini. Assalamualaikum :)

94/366 : Korang dah ganti puasa ?

 



Assalamualaikim dan hello uolls ! Hari ini macam tak tahu nak update apa . Sebab rasanya hari ini settlekan basuh , jemur dan lipat baju yang berlonggok itu . Maklumlah kita lah seketul perempuan dekat dalam rumah ini . So , ianya menjadi satu tanggungjawab yang perlu diselesaikan . Hahaha . Dalam pada aku tengah menaip ini sebenarnya aku masih lagi memikirkan apa topik nak kongsi dengan korang . Hahaha . Okay , dah dapat . Lets say it out bebeh !


  • Korang dah ganti puasa ?
Haaa , aku nak remind dekat korang especially yang gegurl , dah ganti puasa belum . Sebab aku pun belum ganti lagi . Bila tengok semula kalendar baru terperasan yang puasa dah tak lama dah woi . Hahaha . So , esok ingat nak start ganti puasa . Diam tak diam kejap je dah masuk bulan april . Kenapa cepat sangat kan ? So , lepas lepas ni dah tak boleh leka dan duduk bersahaja . Kena move forward dengan lebih cepat dan pantas . Ingat ye korang , jangan lupa ganti puasa tau !


  • Bila orang tegur kau !
Tadi tengah hari aku saja saja lah nak beli bungkus lauk dekat Restoran Singgah Selalu Johor Bahru . Tempat ini memang famous amous ! . Dulu aku memang selalu tapau makan tengah hari dekat sini . Sebab lauk dia banyak dan paling aku suka dia banyak sayur sayuran . Hehehe . Dah lama gak aku tak tapau , tadi pergi lah tapau . Ada sorang pekerja dia ini memang PR baik gila dengan aku . Tadi dia tengah sibuk pun dia layan aku . Siap tanya lagi , "dah lama tak nampak akak" . Hahaha . Budak tu indon kot . Macam mana dia boleh layan baik dekat customer ? Dia boleh ingat lagi customer yang selalu bungkus. Itulah bagusnya . Kena cari pekerja yang macam gini . Mesti lagi seronok orang nak datang lagi dan lagi .


Okah , cukuplah untuk hari ini . Assalamualaikum :)