PENGALAMAN PERTAMA MEMETIK MANGGIS DI HULU LANGAT


Uits, baca tajuk kemain kau kan Ain. Yes, Ain nak share dengan korang my first experience pergi petik buah manggis. Tapi ain tukang kutip jela. Giler kau aku nak manjat pokok manggis.🤣

Mula-mula makcik tu cakap “eh jom cepat-cepat kita pergi kutip manggis nanti dah gelap tak nampak”. Aku ni dalam hati dok fikir yang “eh belum asar pun lagi, dah kenapa gelap pulak”. Haa, amek kau bila dah sampai ke kebunnya baru faham. Hahaha.


Rupa-rupanya nak petik dan kutip manggis ni kena pagi-pagi sebab pokoknya tinggi. Kalau dah petang, dia macam tak nampak dan buah yang jatuh pun dah tak berapa nak nampak. Nak petik pun bukan senang woi. Nowonder harga dia sekilo mahal kemain. Bila dah tau ni barulah kita lebih menghargainya. Tiber. Hahaha


Nak kutip dengan cara yang paling mudah, seorang pakcik ni dia naik manjat ke atas pokok dan dia gegarkan bahagian yang ada banyak gugusan buah tu. So,kitorang yng dekat bawah ni bentang kain kanvas tuh dekat kawasan yang buah tu akan jatuh. So, tak delah buah tu jatuh membabi buta. Hahahaha. Dia jatuh atas kanvas tu dan lebih senang nak kutip masuk bakul. Haa,ingat senang ke?


Bukan itu sahaja, nak tau buah manggis ni elok ke tidak, tengok kulit dia. Kalau dah keras tu tak elok. Kalau yang lembut lembik tu, peh dia punya rasa kemain sedap. Bukan buah manggis je kitorang kutip, buah duku langsat pun dapat juga. Wee , sedap betul. Eh dapat sekali makan buah pulasan. Ya ampun, haritu ain memang makan puas-puas buah-buahan. Memang ibarat hari buah sedunia kata kau. 🤪


THE GREATEST SHOWMAN MUSICAL CIRCUS PERTAMA DI CAPITAL CITY JOHOR BAHRU


Pada 18.8.2018, kami geng JDT Blogger mendapat jemputan media untuk menonton tayangan pertama kali indoor musical circus yang dianjurkan oleh pihak MCM London Musical Circus. Indoor Musical circus ni diadakan di Capital City Johor Bahru. Bila dapat jemputan  tengok sarkas ni, of course la kita rasa excited. Lagi excited bila ain baca “musical” sebab ain memang minat musical teater. Antara JDT Blogger yang hadir ialah Kak Sunah , Kak Seri , Sis Lin , Nona.

Korang jangan risau, team management diorang akan guide nak parking kereta dekat mana dan terus sampai ke tempat tayangannya. Kalau korang nak tau, Capital City ini dipilih bagi memperkenalkan sarkas muzikal pertama di Malaysia sempena ulangtahun ke-250 pertunjukan sarkas dunia.



Pertunjukan tayangan pertama yang kami tonton ini telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Johor Bahru, Tuan Haji Amran Bin A.Rahman, Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato’ Haji A.Rahim bin Hj Nin, Pegawai Daerah Johor Bahru, Tuan Haji Mohammed Ridha Bin Dato’ Haji Abd Kadir serta telah disaksikan oleh ramai lagi pegawai kerajaan,rakan kongsi,wakil media dan para jemputan.


Dengan pengalaman lebih 50 tahun dalam mencipta pertunjukan hebat di Eropah dan Asia Tenggara, para penerbit dari MCM Studio Entertainment Group Sdn. Bhd. dan Big Kid Entertainment Group membawa pelbagai konsep yang mengujakan dan mengagumkan, khas untuk persembahan sarkas muzikal di Johor Bahru. Professional sarkas antarabangsa yang terlibat dalam persembahan adalah daripada UK, Russia, Chile, Venezuela, Mexico, Bulgaria dan USA.


Encik Kiril Kirilov, Pengarah Urusan Big Kid Entertainments berkata, "The Greatest Showman menawarkan pengalaman hiburan fantasi terbaru untuk segenap usia dan kami sangat mengalu-alukan semua untuk berkunjung ke sarkas muzikal di Capital City."

Encik Siow Chien Fu, Pengarah Eksekutif dan CEO kepada Capital World Limited Group yang membangunkan Capital City berkata, "Pergi ke sarkas adalah fantasi setiap kanak-kanak, termasuk saya semasa kecil. Kami telah meletakkan harga tiket yang berpatutan supaya semua kanak-kanak boleh merasai pengalaman ke sarkas muzikal bertaraf dunia. Pembukaan sarkas muzikal secara tertutup yang pertama di Malaysia ini diharap akan menaikkan Capital City sebagai destinasi tumpuan bagi meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan kawan-kawan."


Pertunjukan sarkas muzikal ini akan dipersembahkan setiap hari di Capital City pada masa yang berbeza sepanjang minggu. Bagi yang ingin mendapatkan tiket ke pertunjukan MCM London Musical Circus, boleh lah membelinya laju-laju! Diorang tengah offer ni sampai bulan September 2018, beli 1 tiket PERCUMA 1! Malah, ada special price untuk hari Selasa! 

MCM London Musical Circus
Level 8, Capital City, Tampoi, Johor Bahru
Online ticket: www.greatestshowman.net
Offline ticket: Kaunter belian tiket di Capital City
Hotline: 016-4071880

Inquiries:
info@mcmstudio.asia

Facebook:

Instagram:

Tel: +607-238 6622 / 232 1718
Fax: +607-236 3322

LEPAK DENGAN ANAK JIRAN DI PARADIGM MALL JB


Pada hari jumaat lepas, Ain spent time dengan The NF Generation. Kalau yang tak kenal lagi siapa diorang, boleh la baca dulu entri ain tentang diorang okay. Plan asal Nana ajak tengok pameran dinasor dekat Plaza Angsana JB tapi, pamerannya start esok.


Alang-alang dah keluar takkan nak balik pulak kan. Terus teringat dekat Paradigm Mall sebab dekat situ banyak tempat permainan. Haa,kesitu ler kami semuanya. Rupanya tu first time diorang main dekat arcade. Hahaha. Dia tak tau kak Ain ni dari time sekolah dah pernah merasa. Paling suka main netball. Ya Allah, aku baling betul-betul macam nak bertanding wakil sekolah kau. Tapi, kita ketot awak, orang main netball semua tinggi. Bahahahha.


So, sampai je terus cari token. Kitorang pergi dua tempat arcade ni. Satu pakai coin satu lagi pakai kad. Haa,lepas geram betul diorang main. Kak ain gelak-gelak je nengok perangai diorang. Alang-alang dah sampai Paradigm Mall, kita bawak sekali voucher makanan dapat masa Fashion Week tuh 🤩

Rupa-rupanya baru ku tahu yang dalam Parkson tu ada mini cafe. Setiap level tau dia ada ruang mini food&beverage. Setiap level tu lain-lain cafenya. Dapat semua voucher dari tingkat atas sampai bawah 🤣

Tapi ain tebus aiskrim dan popcorn je. Sebab yang lain pakai kemudian hari nanti. Haa,korang dah sampai Paradigm Mall tu, masuk tau dan lepak la dekat cafe-cafe tu. Rasa macam prestigious gilerr uols.


Sampai si Risya cakap “kenapa kita je yang makan kat sini?”🤣 Mungkin sebab orang ramai tak tahu kot kat dalam ni ada cafe. Sampai je nak makan aiskrim tu, waiter tu cakap “tunggu 15 minit yer”.

Sepanjang 15 minit nak sampai aiskrim tu, boleh pengsan jugak nak melayan budak-budak.Macam gitu ler kot penat mak-mak nak melayan anak ehk. hahaha. Kids nowadays diorang cepat bosan.Diorang bawak hp nak main game tapi takde internet.


Si risya dengan rina pergi tanya dekat akak waiter tu, terus dia masukkan password wifinya.😂 Berani kan diorang. Haa, sampai je aiskrim....Amek kauu. Berdesuppp semua nak makan. Tapi kita amek gambar dulu.

Diorang cakap sedap betul aiskrim ni. Rina bagi 5/5 bintang.🤩 Haa, Ain pun bagi full star sebab memang sedap betul woi. Berbaloi tunggu sebab dia aiskrim homemade tau.
masa ni risya merajuk sebab dia kalah main game.hahaha

Lepas dah makan aiskrim,kitorang tebus pulak popcorn. Makan sambil jalan nak balik. Nana request nak ice cream roll. Ku layan kan jela. Pastu kitorang pun balik ke rumah.

Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah RM 6 Juta Berikutan Prestasi Cemerlang di Asia Tenggara


KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2018 - “Ucapkan dengan bunga!” Kepesatan industri e-dagang di peringkat global telah memacu perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang. Bayangkan, betapa mudahnya anda boleh memilih jambangan bunga kegemaran anda dan merancang penghantaran semudah di hujung jari sahaja.


Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan anda dari harga serendah RM89 sahaja. Melangkah setapak ke hadapan berbanding pesaing mereka, Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak. Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka.



“Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp.



Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice. “Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah Lotz.





Lotz dan rakan kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara langsung bagi setiap pesanan. “Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan keperluan mereka,” kata Frassa.



Kata Frassa lagi, “Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4)  2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina”.




Hubungi kami:

Flower Chimp di Malaysia
Laman Sesawang: www.flowerchimp.com
Facebook: FlowerChimpMY
Instagram: @flowerchimp

SABAI SABAI THAI FOOD FESTIVAL 2018

Johor Bahru – Rasai budaya Thai, makanan dan pelbagai persembahan Thai di 'Sabai Sabai Thai Food Festival 2018'! Dianjurkan oleh Jabatan Perdagangan Antarabangsa Promosi, Kementerian Perdagangan Thailand (DITP), HeroMarket dan HPG Marketing (M) Sdn Bhd, festival ini diadakan di semua 24 gerai Pasaran HERO dari 3 - 31 Ogos. 2018. Majlis perasmian telah diadakan di Berjaya Time Square pada 3 Ogos 2018, dan upacara kedua yang sama diadakan di HeroMarket Desa Tebrau pada 16 Ogos 2018.
Sabai Sabai, yang bermaksud rasa bahagia, santai atau selesa, dengan sempurnanya merangkumi budaya dan gaya hidup Thai. Dengan tema ini, pesta ini telah menampilkan pelbagai produk makanan Thai dan makanan ringan yang akan dijual di HeroMarket seluruh negara. Selain itu, terdapat banyak tawaran-tawaran istimewa untuk produk Thailand terpilih.
Cik Patcha Wutipan daripada Kementerian Jabatan Perdagangan Promosi Antarabangsa Thailand berkata, “Ini adalah 'Pesta Makanan Thai SabaiSabai 18’ yang pertama dianjurkan bersama HeroMarket dan kami menjangka lebih daripada 70,000 pengunjung sepanjang tempoh perayaan. Sejak kebelakangan ini, kami melihat peningkatan dalam permintaana produk Thailand yang berkualiti daripada pengguna Malaysia.”
“Kami memilih HeroMarket sebagai rakan kongsi untuk promosi ini kerana semangat dan sokongan berterusan mereka. Di samping itu, kami berkongsi wawasan yang sama untuk pengguna Malaysia, iaitu untuk terus memberi lebih banyak pilihan produk berkualiti baik dari  Thailand,” katanya.
“Kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada 'Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 18’ untuk mempromosikan produk dan budaya Thailand dengan para pelanggan kami. Kami besar hati untuk bekerjasama dengan Kementrian Jabatan Perdagangan Promosi Antarabangsa Thailand  untuk inisiatif ini, dan mengalu-alukan kerjasama yang sama pada masa akan datang," kata  Francis Teng, Pengarah HeroMarket.
Sepanjang tempoh perayaan, pelbagai produk baru akan dilancarkan di Malaysia. Ini termasuk snek buah-buahan inovatif dari J Fruit, produk gula-gula terkenal Thai - HACKS, keropok beras Jepun- Doca, udang goreng dan kerepekketam Manora, snek coklat Pocky, snek ikan rangup 'Madam Fish', kerepek beras - Tawan, snek kacang panggang - Otori, asam manis dari Tamarind House serta makanan ringan dan minuman dari jenama antarabangsa yang dihasilkan di Thailand, seperti Schweppes + C Lemon Flavor Soft Drink, Jus 100% Malee, Birdy 3-in-1 coffee, Hales Blue Boy Syrup dan banyak lagi. Pengguna Malaysia juga boleh mendapatkan tawaran harga istimewa dari jenama sedia ada yang terdiri daripada makanan ringan, gula-gula dan minuman. Menurut Encik Soh Vleong, Pengarah Urusan HPG Marketing, "Kami telah mengimport produk-produk Thai sejak permulaan operasi kami kira-kira tujuh tahun lalu. Produk Thai mendapat sambutan baik di Malaysia kerana rakyat Malaysia memang amat gemar dengan kebudayaan rakyat Thai yang unik, produk yang inovatif dan rasa makanan yang diterima. 
Menjadi sebahagian daripada 'Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 18’ telah memberi kami peluang untuk bekerjasama dengan DITP, dan kami berharap kerjasama ini akan membuka jalan untuk meningkatkan permintaan produk Thai untuk rakyat Malaysia.

A post shared by NUR FARAHAIN (@farahainzfa) on

"Thailand adalah salah satu daripada jiran terdekat kami, dan setiap kali rakyat Malaysia melawat Thailand untuk perniagaan atau beriadah, kebanyakan mereka membeli produk Thai semasa perjalanan mereka. Walau pun kami mempunyai pelbagai produk Thai di rak rak kami, sebagai rakan kongsi 'Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 18’, kami dapat menawarkan lebih banyak kepada pelanggan kami yang inginkan pelbagaian produk Thai, "kata Sharon Hew, Pengurus Pemasaran HeroMarket.

Selain promosi di kedai, dua kedai utama akan menampilkan aktiviti-aktiviti khas bersempena dengan 'Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 18’. Majlis pembukaan telah diadakan di Berjaya Times Square pade 3 Ogos, 2018. Upacara kedua yang sama telah diadakan di HeroMarket  Desa Tebrau pada 16 Ogos 2018 dan dirasmikan oleh Cik Patcha Wutipan daripada Kementerian Jabatan Perdagangan Promosi Antarabangsa Thailand. 

Pelanggan dari Selatan boleh mengunjungi Desa Tebrau, Johor Bahru dan menikmati lebih banyak persembahan kebudayaan Thailand bersama dengan pesta makanan Thai dan bazaar  antarabangsa. Pada 16 - 18 Ogos 2018, pelanggan yang membelanjakan lebih dari RM30 di HeroMarket, Desa Tebrau akan menerima urutan Thai percuma selama 15 minit dari Than Thara.
Sepanjang 'Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 18’, untuk setiap pembelian produk Thai RM5 di HeroMarket dari 3 hingga 31 Ogos 2018, pelanggan layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah-hadiah menarik.
Pemenang hadiah pertama akan menerima dua tiket penerbangan Phuket dengan penginapan untuk 4 Hari 3 Malam, manakala pemenang hadiah kedua berpeluang memenangi dua tiket penerbangan pulang ke Hua Hin, dengan penginapan untuk 3 Hari 2 Malam. Pemenang hadiah ketiga akan menerima hamper bernilai RM500, hadiah keempat: hamper bernilai RM300 dan hadiah kelima: hamper bernilai RM200.
Untuk maklumat lanjut mengenai 'Pesta Makanan Thai Sabai Sabai 18’, sila layari
https://www.facebook.com/myheromarket/
atau https://www.facebook.com/thinkthailandmy.

MAKAN SEAFOOD DI NELAYAN SEAFOOD BY THE COAST RESTAURANT


Pada 4 Ogos 2018, Ain mendapat jemputan dari Nelayan Seafood By The Coast di Desaru . Macam biasa , ain datang bersama dengan geng-geng JDT Blogger antaranya ialah Kak Hernee Nazir , Sis Lin , Kak Ida , Kak Sunah dan Kak Seri.

A post shared by NUR FARAHAIN (@farahainzfa) on

Ain bertolak dari JB ke Desaru dengan kak Hernee. Sempat berborak panjang dalam kereta dengan dia. Nelayan Seafood by The Coast ini terletak di Tunamaya Beach & Spa Resort. Nak cari tempat ni waze je terus jumpa. Tak payah pening-pening.

A post shared by NUR FARAHAIN (@farahainzfa) on
Sampai je, Ain dah geram nengok pantai depan mata.🌊 Makan pulak seafood yang fresh sambil minum air kelapa. Ya allah , segar betul rasa kan. Sampai 3 biji kelapa ain bedal. 🤪



First starting untuk menu kitorang pada waktu tu ialah Deluxe Combination Platter. Kiranya ni macam isi perut dulu la, next ialah Hong Kong Styled Steamed Red Snapper. Ya Allah sedap betul bila ingat balik kepuasan dan nikmat betul ain meratah kepala ikan. Tak peduli dah sudu garfu terbang ke ape, makan terus pakai tangan. Nasib Sis Lin duduk meja sebelah, kalau tak mesti berebut kepala ikan dengan kita. Hahahaha.


Seterusnya ialah menu Cereal Lobster. Yang ni pun salah satu menu recommended yang korang wajib cuba. Ni first time Ain rasa lobster yang dimakan kriuk kriuk sebab dilumur dengan cereal kan. Ya ampun, memang puas betul woi. Makan pula sebelah dengan kak Hernee. Anak dia kemain suka meratah, umi dia la yang tukang kopek kan. Hahaha.


Selepas dah sedap kita makan lobster, menu seterusnya ialah Braised Seafood Soup With Beancurd Cube. Haa, nak terbelit kan nyebut menu nya. Tapi, tak rugi terbelit lidah korang nak nyebut sebab rasa dia ya ampun sedap betul. Sambil meratah lobster, sambil tu korang menghirup pulak soup ni. Nyum nyum nyum.



Dah penuh makanan seafood dimulut, kenalah cari sayur pulak yer. Hahaha. So, menu seterusnya ialah Brokoli mushroom disajikan sekali dengan Lotus Leaf Rice. Lotus Lead Rice ni dia macam pulut tau. Lastly, basahkan tekak anda dengan Longan Sea Coconut jangan makan semangkuk je, tambah lah dua kali. Baru lengkap sesi makan di Nelayan Seafood By The Coast.


Selamat Hari Jadi yang setahun untuk Nelayan Seafood by The Coast. Untuk semua menu yang disediakan , korang boleh nikmatinya bermula Ogos-Oktober dengan hanya RM758++ untuk 1table(10orang).


Bukan itu sahaja, bermula 1Ogos-30 september ni, korang boleh juga cuba Merdeka Platter dengan hanya RM61nett per set.

Untuk Maklumat lanjut :

 hubungi +607 8833 8888 atau email info.dtbsr@careluxuryhotels.com

TSHIRT HITAM YANG TAK PANAS UNTUK AKTIVITI LASAK

Hello uolls, kepada yang tengah mencari tshirt untuk aktiviti lasak, Tshirt Printing Kajang tempat yang terbaik korang boleh rujuk. Tshirt printing kajang merupakan penaja kepada Eksplorasi JDT Blogger ke Bukit Gambang pada 8-10 ogos haritu.


Kami sepakat untuk memakainya pada hari terakhir yang mana aktivitinya ialah flying fox. Flying fox di tengah panas kan mesti lah kita memerlukan baju yang selesa. Ternyata, tshirt printing kajang ni sumpah selesa betul.



Bukan itu sahaja, ain siap pakai sampai balik ke JB. Wow betapa selesanya kan. Ain punya lengan pendek. Ada yang pakai lengan panjang. Lengan panjang dia pun bukan yang cerut hujungnya. Selesa la untuk kita senseng sampai ke siku.

Untuk Tempahan Tshirt ⤵

Terima kasih kepada pihak Tshirt Printing Kajang kerana sudi menaja kami di Eksplorasi JDT Blogger ke Bukit Gambang.

EKSPLORASI JDT BLOGGER KE BUKIT GAMBANG -3

ENTRI BERSAMBUNG DARI PART 2

Hari ini merupakan hari terakhir kami geng JDT Blogger bereksplorasi di Bukit Gambang Resort City. Haa, apa lagi aktiviti yang akan kami rasai di hari terakhir ni?

Sayangnya, ain terpaksa check out awal. Last minit atas urusan keluarga. Berat sangat sebenarnya Ain nak cakap dengan geng JDT Blogger. Tapi, kami Geng JDT Blogger memang la sisterhood betul😂. Diorang sudi berkongsi gambar dan update aktiviti pada Ain. Ain kongsikan pada korang yer pengalaman diorang pada hari terakhir.


Pagi tu, diorang bersarapan pagi di Arabian Cofee House untuk menambah tenaga dulu sebelum ke aktiviti flying fox. Yes! Ada juga flying fox disini yer. Korang boleh nampak sendiri excited betul kan diorang berflying fox. Sebenarnya flying fox yang paling ain nk sangat cuba.


Tapi, dah dapat cuba ATV wild savanah tu jer dah cukup meninggalkan pengalaman indah di Bukit Gambang tu. Selepas diorang berflying fox diorang juga dibawa untuk melihat sendiri kemudahan yang terdapat di Everia Villas Resort. Penginapan mewah kalau yang berkeluarga dimana korang nak feeling-feeling bercuti ala-ala penginapan di Amsterdam, San Francisco serta Venice.

Kak Sunah rileks je

Nona kau nanges ke tu?hahaha


Sis Lin 

kasih juju

ceritaibu

Alhamdulilah, tamat 3 hari 2 malam kami Bereksplorasi JDT Blogger ke Bukit Gambang. Ya Allah, tak sangka Allah beri kami pengalaman yang indah ini. Terima kasih kepada Bukit Gambang Resort City kerana sudi memberi kami merasai sendiri “the beauty inside of Bukit Gambang” serta penaja-penaja bersama iaitu Al-Fateh , Tshirt printing kajang, Yarra beauty, Fame cosmetics , zm beauty, selera sakura , redzney creative.


Chop chop choppp, Eksplorasi JDT Blogger ke Bukit Gambang belum lagi tamat ceritanya.....Nantikan lagi cerita seterusnya okay. Jangan risau,masih banyak lagi yang belum ain kongsikan kepada uolls semua. kredit photo : Azwa Photography