Resepi Donut Inti Nutella Bomboloni
Resepi Donut Inti Nutella Bomboloni
Bahan-bahan A:
- 24 keping roti Gardenia (dipotong bulat)
- 4 biji telur
- 2 sudu besar susu
- 1 sudu besar gula
- 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
- 1 sudu teh ekstrak vanila
- 2 cawan coklat kacang hazel (paling mudah boleh guna Nutella!)
Bahan-Bahan B:
- Setengah cawan gula
- 1 sudu teh serbuk kayu manis
Cara Memasak:
- Masukkan 4 biji telur dalam mangkuk sederhana
- Kemudian masukkan susu, gula, serbuk kayu manis, ekstrak vanila ke dalam mangkuk tadi dan kacau hingga semua bahan sebati (bahan-bahan A)
- Celupkan roti yang telah dipotong bulat ke dalam mangkuk tadi dan letakkan ke dalam dulang pembakar (untuk kek cawan)
- Kemudian isikan coklat hazelnut di atas roti dan tutup dengan menggunakan roti yang telah dipotong bulat tadi juga.
- Setelah kesemua roti ditutup, letakkan gula, serbuk kayu manis (bahan-bahan B) di dalam mangkuk kecil dan taburkan ke atas roti tadi.
- Bakar selama 25 minit dengan suhu 180 darjah celcius.
Hadiah Buku Sempena Umurku 30 Tahun
12 Tips Diet Mengurangkan Berat Badan
12 Tips Diet Mengurangkan Berat Badan
- Ambil sayur dalam setiap hidangan
- Hadkan pengambilan makanan berproses
- Makan secara perlahan
- Banyakkan minum air
- Ambil sarapan pagi
- Lakukan senaman otot
- Ambil protein secukupnya
- Ukur diri sendiri
- Pergi berjalan - jalan
- Makan buah
- Berhenti mengambil minuman bergas
Cara ini utk ajar perut kita jadi kecil. Bila makan banyak perut akan mengembang dan kita cenderung untuk makan dalam kuantiti yang banyak
MINUM AIR KOSONG
Perbanyakkan minum air kosong setiap hari sekurang-kurangnya 3liter sehari
MAKANAN BERLEMAK DAN BERMINYAK
Kurangkan pengambilan makanan ini , kerana ia boleh menyebabkan lemak berkumpul dalam badan semakin lama semakin tepu dan akhirnya susah nak dibakar lemaknya.
KURANGKAN MAKANAN KARBOHIDRAT
Lebihkan mengambil makanan berprotein tinggi..ini kerana untuk elakkan tubuh badan mengalami kelesuan.
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi Paling Mudah
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi Paling Mudah
Masakan berkuah paling senang ialah masak lemak cili padi versi negeri sembilan.
1. Blend cili padi + kunyit hidup
2. Campak dalam kuali bersama air.
3. Masuk santan lepastu lauk
4. Masuk asam keping + daun kunyit
5. Garam+gula secukup rasa
Siappp! Selamat mencuba~~
Berapa Gelas Air Putih Sehari ?
Berapa Gelas Air Putih Sehari ?
Hello February !
Resepi Tart Nenas Gebu
Resepi Tart Nenas Gebu
Bahan- Bahan
- 250 gm butter
- 2 sudu besar gula castor
- 2 sudu besar minyak sapi
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu besar tepung kastard
- 1/2 cawan tepung jagung
- secubit garam
- 3 1/4 cawan tepung gandum ~ utk tart gulung
- jem nenas secukupnya ~ digentel bulat2 (kecik sket dr guli)
Hiasan:
- 1biji kuning telur
- 1 titik pewarna kuning
- 1 sudu air
- *Bancuh ketiga2 bahan ni hingga sebati.
Cara-cara:
- Ayak ke tiga-tiga tepung.
- Pukul butter dengan gula hingga putih atau creamy.
- Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam. Pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
- Perap sebentar supaya doh mesra dalam 15-20 mint.
- Untuk buat tart gulung ~ buat la cam biasa ya.. (dari start picit doh kat acu tart tu, letak inti yang digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart, letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur )
- Buat hingga adunan habis dan bakar la hingga masak dgn suhu 175 - 180C. saya bakar dlm 25 minit.
- Angkat dan sejukkan atas redai atas rack dulu sebelum disimpan dlm bekas kedap udara
Kredit resepi & foto : Roshidah Abu Bakar
Cara Solat Tahajud , Solat Hajat , Solat Taubat dan Istikharah
Assalamualaikum . Ain ternampak cara solat tahajud . solat hajat , solat taubat dan solat istikharah di social media . Boleh la kita jadikan panduan untuk kita lakukan . Ain simpan di blog ni semoga nanti senang jadi rujukan ain dan mereka yang ternampak posting ini . Insyallah , kita sama - sama berusaha ke arah kebaikan dan menjadi Hambanya .
3 Cara Kurangkan Main Phone
3 Cara Kurangkan Main Phone
Hah, korang ada masalah ketagihan bermain telefon ke? Tak dinafikan, semakin ramai yg mengalami masalah ketagihan telefon pintar.
Sesaat tak scroll telefon, rasa tak keruan jadinya!
Nak tau 3 cara hentikan ketagihan main phone ?
- Tetapkan 1 Hari Dalam Seminggu Sebagai Hari Tanpa Telefon Pintar
Nak terus berhenti bermain telefon pintar ni bukanlah mudah. Sebab kita dah terbiasa sangat dengan meluangkan masa bersama telefon tanpa disedari.
So, kalau betul nak hentikan ketagihan ini, kita boleh bermula dengan langkah paling senang iaitu tetapkan 1 hari sebagai hari tanpa telefon. Pada hari tersebut, telefon hanya digunakan untuk hal-hal penting sahaja seperti panggilan kecemasan.
Luangkan masa sehari tersebut dengan melakukan aktiviti yang memerlukan fokus dan tumpuan. Contohnya, boleh sertai kelas memasak, menjahit ataupun meluangkan masa bersama insan tersayang. Bertegaslah dengan diri sendiri agar tidak menyimpang daripada matlamat yang ditetapkan.
- Jangan Mengecas Telefon Dekat Dengan Katil
Jujurlah dengan diri sendiri. Bila korang cas telefon tu sebelah katil je, apa jadinya nanti . Sekejap-sekejap ambil telefon dan scroll Twitter, Instagram dan lain-lain. Kan?
Paling parah, bila jam loceng pun menggunakan telefon! Akhirnya, bila korang bangun, memang telefonlah jadi objek pertama yang dipegang dan dilihat.
Aduh!
So, dekat sini ada 2 perkara yg perlu korang lakukan kalau betul-betul nak hentikan ketagihan ini.
Pertama, jangan cas telefon bersebelahan katil tidur. Caslah sejauh mungkin.
Kedua, gunakan jam loceng sebenar sebagai penggera! Tak perlulah gunakan fungsi penggera di dalam telefon tu. Kalau tak, memang susahlah nak hentikan tabiat dan ketagihan telefon ni.
- Ubah Tetapan Telefon
Biasanya kita mudah terganggu dengan bunyi notifikasi. So, matikan saja fungsi notifikasi yang ada.
Antara langkah lain yg boleh diusahakan adalah:
- Hidupkan fungsi do not disturb
- Guna mod penerbangan
- Buang apps yg mengganggu seperti media sosial.
Atau boleh install apps yang dapat menghadkan penggunaan telefon tu nanti.
Buatlah apa-apa yang boleh bantu korang hentikan ketagihan tu. Asalkan di akhirnya, korang akan berjaya membersihkan diri daripada ketagihan telefon!
Orait, ada 3 cara nak hentikan ketagihan telefon:
- Tetapkan 1 hari sebagai hari tanpa telefon
- Jangan cas telefon bersebelahan katil
- Ubah tetapan telefon
Semoga tips ini dapat bantu kita semua meninggalkan keburukan bermain telefon dengan kerap.