Buffet Ramadhan 2021 : Selera Malaysia di Thistle Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021 : Selera Malaysia di Thistle Johor Bahru


Buffet Ramadhan 2021 : Selera Malaysia di Thistle Johor Bahru 

Tarikh : 13 April 2021- 12 May 2021

Lokasi : Orchid Ballroom , Thistle Hotel Johor Bahru

Masa : 6:30 pm- 10 pm

Harga : RM 118 nett (adult)
RM 58 nett (children 6-12 years old) / senior citizen (60 and above)

Early Bird : RM 98 adult . RM 48 (child /senior citizen) 
*sebelum 12 April 2021
Buffet Ramadhan 2021 : Selera Malaysia di Thistle Johor Bahru



Buffet Ramadhan 2021 : Selera Malaysia di Thistle Johor Bahru


Buffet Ramadhan 2021 : Selera Malaysia di Thistle Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021 : Selera Malaysia di Thistle Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021 : Selera Malaysia di Thistle Johor Bahru


Highlights Menu ( 5 rotating menu)
  • Lapan Kawah
 Asam Pedas Ikan Merah, Gulai Patin Bersama Tempoyak, Gulai Kawah Daging Salai

  • Rencah Timur Tengah
Nasi Briyani Gham, Kambing Kuzi, Acar Nenas
  • Western Corner
-Carving Station with BBQ Beef Brisket, Grilled Lamb Chop, BBQ Chicken Wing 
(Black Pepper Sauce, BBQ Sauce, Mint Sauce) 
  • Bakar-Bakar
Shell Out, Sotong Percik Seri Begawan, Satay Ayam & Daging, Udang Telur Masin

  • Salam Aneka Johor
Soto Ayam Parit Raja, Mee Bandung Muar

  • Tradisi Ramadan
Lemang / Ketupat Nasi / Palas, Lontong, Ayam Kuah Kacang / Serunding
  • Durian Delights 
Durian Goreng Istimewa, Pulut Serawa Durian, Serimuka Durian, Kuih Ketayap Durian, Durian Cream Puff

Buffet Ramadhan 2021 : Selera Malaysia di Thistle Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021 : Selera Malaysia di Thistle Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021 : Selera Malaysia di Thistle Johor Bahru

aqmal daniel
Buffet Ramadhan 2021 : Selera Malaysia di Thistle Johor Bahru

Makan Makan Di Ikea Tebrau

 
ikea tebrau

Makan Makan Di Ikea Tebrau

Jujurnya , ain bukan la jenis selalu makan dekat Ikea . Kalau ade event ke atau dapat voucher baru ke sini . Macam yang ni sebab dapat voucher , jadi nya guna kan lah voucher tu . 


Ain memang suka makan meatball , chicken wings that why kalau ke sini akan pilih menu tu je . Tapi haritu sedih sikit sebab tak sempat nak membeli karipap sebab ramai sangat orang . Kitorang pula pergi hari Jumaat , orang kat sini ramai yang cuti dan malas masak jadinya makan je la disini . 

cara order di ikea tebrau

meetball ikea

roti ikea

chicken wing ikea

Kalau tak pandai order , tengok step dekat situ. Korang tengok harga dan berapa kuantiti makanan tu . Sambil menolak troli tu , sambil tengok menu makanan tu dekat screen yang disediakan.

Ambil gelas atau cawan yer..dan jangan risau sebabnya air boleh refill ! Itu yang kita mahukan. Hehehehe. 


nak tahu resepi meetball ala ikea ? KLIK SINI ~~

Amalan Sunat Hari Jumaat


Amalkan sunat hari Jumaat :

1. Memotong kuku
2. Mandi sunat dan mengurus tubuh.
3. Membaca surah al-Kahfi 
4. banyakkan sedekah
5. Memakai pakaian yang elok
6. Memakai wang-wangian
7. Doa bersungguh-sungguh
8. Berselawat 1000 x
9. Hadir awal ke Masjid
10. Banyakkan solat sunat

Cara Hias Ruang Solat

cara hias ruang solat
Cara Hias Ruang Solat

Ruang solat digunakan untuk solat berjemaah, malah boleh digunakan untuk mengaji dan tempat ahli keluarga berkumpul untuk memenuhi keinginan rohani. Jadi, ini merupakan cara hias ruang solat untuk rumah anda.


  • Saiz Ruang Solat

Saiz ruang solat sangat penting sebaiknya ia mengikut bilangan penghuni rumah tersebut supaya selesa untuk melakukan ibadah walaupun di ruang yang terhad.


  • Arah Kiblat

Rekaan mestilah berpandukan arah kiblat supaya lebih baik agar anda dapat menggunakan ruang dengan lebih efektif dan menyeluruh.


  • Pemilihan Warna

Kebanyakkan tempat ibadah ni selalu mengunakan warna-warna terang seperti putih, hijau muda, dan biru muda. Warna ini akan menghasilkan ciri yang sejuk dan nyaman terutama ketika hendak beribadah. Jadi pemilihan warna sangat penting untuk sesebuah ruang supaya mampu menyejukkan mata bagi mendapatkan ketenangan ketika beribadah.


  • Pemilihan Perabot

Ruangan solat tidak memerlukan anda untuk meletakkan banyak perabot. Anda boleh menambah rak untuk kegunaan meletak buku-buku ilmiah, keagamaan dan Al-Quran. Selain itu boleh letak rak untuk meletakkan kain telekung dan juga sejadah. Ia akan lebih teratur dan kemas


  • Pencahayaan

Ruang solat perlu ada pengudaraan dan pencahayaan semula jadi yang secukupnya. Sebolehnya berdekatan dengan tingkap. Jadi, bila pengudaraan dan pencahayaan dah sesuai, pasti sekeluarga selesa nak guna ruang solat tu. 


  •  Deko

Deko dengan menambah aksesori minimal yang tidak terlalu menonjol seperti artwork frame ayat-ayat suci atau 99 nama Allah.


  • Tempat Wudhu

Jika sesuai dengan ruang dan bajet kewangan anda, boleh juga menyediakan satu paip untuk memudahkan anda berwuduk. Anda perlu pastikan tempat mengambil wuduk berhampiran dengan ruangan solat.


kredit : wainscoting termurah by AF.Creative

Earth Hour 2021 di Toppen Johor Bahru

Earth Hour 2021 di Toppen Johor Bahru

Earth Hour 2021 di Toppen Johor Bahru


Pada 27 Mac 2021 , Toppen Johor Bahru telah mengadakan event Earth Hour dan program tersebut diadakan di roof top shopping mall tersebut . Bertemakan "Lights - Off At The Topp" , pada jam 8:30 malam sehingga 9:00 malam lampu mula dipadamkan . Tapi , tak semua la padam kang tak nampak ape semua . 

Untuk sambutan Earth Hour 2021 kali telah dianjurkan oleh pihak Toppen Shopping Centre bersama IKEA Tebrau , Celebral Palsy Johor (NGO) , SWM Environment dan SWCorp .
Earth Hour 2021 di Toppen Johor Bahru


Antara aktiviti yang diadakan sepanjang kempen Earth Hour ini ialah :
  • Earth Hour Lights-off pada jam 8:30-9:00 malam
  • Awareness Exhibition & Showcase & Sale of Recycle Products by IKEA , SWCorp , SWM Environment & Celebral Palsy
  • Recycle Centre Day by SWCorp & SWM Environment
  • Kids Coloring , Art & Craft Workshops
  • Fitness Zumba
  • Clown with Balloon Walkabout
  • Movie Screening
  • Acoustic Band Performances
Earth Hour 2021 di Toppen Johor Bahru


Pada hari tersebut , dapat la ain bersama dengan yang lain terhibur dengan persembahan akustik. Best sangat sebab sambil dengar lagu , dapat belon yang dihiasi dengan lampu led . Bukan itu sahaja , untuk menyokong lagi kempen Earth Hour ini , ain juga mendaftarkan diri untuk program KITARecycle .
Earth Hour 2021 di Toppen Johor Bahru


Apa itu KITARecycle ?
KITARecyle ini ialah program kitar semula yang memberi ganjaran kepada pengguna-pengguna di Negeri Sembilan , Melaka dan Johor . Apabila mendaftar ,kita akan mendapat mata ganjaran untuk hasil barang kitar semula , dan mata ganjaran yang terkumpul boleh ditebus secara tunai melalui perbankan dalam talian 

Macam mana nak guna KITARecyle ?
download apps KITARecyle ( google playstore dan apple store
boleh juga melayari website www.kitarecyle.com


Sarapan Pagi Lontong dan Cucur di Bandar Baru Uda Johor Bahru

Sarapan Pagi Lontong dan Cucur di Bandar Baru Uda Johor Bahru

Assalamualaikum.. hari ni hari Isnin .. Biasanya akan ada monday blues . Tapi , hari ni tak.. hehehe. Maybe i take a decision to morning walk alone dan buat 5 minit skipping . Lepastu kak Tini ajak ke Minha. Suka betul dia ke kedai makan ni.. " Sedap kak Ain makanan nya"Sarapan Pagi Lontong dan Cucur di Bandar Baru Uda Johor Bahru
Sarapan Pagi Lontong dan Cucur di Bandar Baru Uda Johor BahruJadinya , hari ni .. ain bersarapan cucur kerana cucur nya sedap sangat dicicah bersama sos tu . Tu sos dibuat sendiri , dan makan juga lontong . Dah lama ain nak makan lontong hari ni dapat juga. Alhamdulilah. 

Kalau nak tahu mana kedai makan ni , dekat Bandar Baru Uda , sederet pejabat pos.

Restoran Minha
8, Jalan Padi Mahsuri 12, Bandar Baru UDA, Tampoi, Johor Bahru

Sepetang Di Bandar Johor Bahru

Sepetang Di Bandar Johor Bahru 

Kisah nya petang tadi ke Holiday Inn JBCC , jadinya masa nak balik tu...terpandang pulak bangunan .. Ain ni pula jenis suka ambil gambar bangunan ,jalan .. 

So , terhasil lah beberapa gambar ni ... Cuci mata la tengok yer... 

Parking ni pula tingkat 7 . Jadi on the way nak turun tu , sempat la ambil gambar disini.. Aaaa cantik sangat ! Suka tengok awan bergumpal-gumpal gitu .

Spot untuk ambil gambar ni dekat JBCC .. Inilah Bandar raya Johor Bahru pada tahun 2021 ~~

Kelebihan Dapat Pasangan Yang Banyak Cakap

Kelebihan Dapat Pasangan Yang Banyak Cakap

Kelebihan Dapat Pasangan Yang Banyak Cakap 

  1. Dalam kereta, tak perlu buka radio
  2. Kau tak perlu tanya, semua benda dia cerita
  3. Tak bosan sebab semua benda kau akan tahu
  4. Kalau dia tiba-tiba diam, maknanya dia lapar, so senang kau nak tahu

***macam ain je...siapa yang macam gini ? baik mengaku..hahhahaa..