Hari ni 5 September 2021 Ain makan ape tu ?.

Assalamualaikum.. kat bawah ni lah senarai apa yang ain makan 

✅ Breakfast nasi goreng kicap (abang ain masak dan makan kongsi )
✅Roti telur cheese 
✅Segelas air sunquick
✅Tauhu bakar dan segelas air sunquick
✅Nasi putih dan ayam masak red 

Alhamdulilah! kenyang dan bersyukur ! 😋


Eh ! Makan ape tu ain 4 September 2021

Assalamualaikum.. hari ni ain makan ape lah kan ? 

✅ Breakfast jemput jemput ikan bilis mata biru .cicah dengan sos lemon
✅beli air kelapa sorang sebungkus
✅Nasi putih ayam kari dengan bendi 
✅ Sekeping roti sapu dengan passionfood
✅Nasi putih ayam kari dengan bendi

Eh ! Makan Ape tu Ain 3 September 2021

Assalamualaikum. Ain makan ape tu ehkk... 

Breakfast kemain yer .. buat ala ala steamboat gitu (cucuk hotdog) dan buat roti telur cheese.  Dalam gambar tu untuk makan dua orang yer bukan makan seorang je . Hehehe .

Lepastu untuk lunch dan dinner ain masak nasi putih dan ayam masak red simple simple je ! Lepastu makan sekeping roti dan spread 

Alhamdulilah..kenyang ! 


Haluuu.. Ain makan ape tu 2 September 2021

Assalamualaikum.. hari ni tak larat nya nak memasak .. Jadi beli je la . Ain makan nasi kukus ayam (yang ni je memang dah cukup terasa kenyang sangat ) 

Lepastu jiran bagi soto nasi . Astagfirullah ! Bersyukur sangat .. Makan kongsi dengan abang ain . Alhamdulilah .. Lepastu makan juga sekeping roti spread dengan passion food spread the love . 

Settle ! Menu makanan pada hari ini .

Bersama Teman Kecilku !


Assalamualaikum. Teman kecilku ini la yang selalu morning walk bersama . Tadi pula rasa macam serabut sikit kepala ni , pusing pusing la jalan kaki ke depan rumah . Itu lah yang aku buat semasa aku sekolah dulu . Berjalan kaki . 

Tapi pelik kan kenapa gemuk ! Hahaha . Mungkin time dulu jenis makan sedap je kan . Boleh dikatakan aku ni selalu la juga berjalan kaki . The best therapy untuk aku kalau macam tengah banyak gila fikir dan otak serabut ialah berjalan kaki .

Sebab bila berjalan kaki kita melihat persekitaran secara tak langsung dapat menghilangkan keserabutan yang ada dalam kepala otak ni . 

Jujur cakap , semenjak dah 30 ni . Tipu la tak fikir serius tentang masa hadapan . Pula tu aku belum kahwin lagi . Belum ada rezeki bertemu jodoh kan . Tapi bila ada teman kecil ku ini la boleh menemani ku morning walk , petang petang sapu daun kering depan rumah , kadang teman jalan kaki pusing pusing sekejap.

Buat perkara macam gitu pun dah rasa seronok tau pada ain . Well ain jenis suka macam gitu ! Teringat dulu -dulu masa arwah ibu ada , kitorang akan pusing pusing satu bandar JB (duduk dalam kereta je) sebelum balik ke rumah . Mungkin tu je cara kami menghilangkan sedikit stress . 

Korang pun kalau rasa stress ke kan , korang selalu buat apa ?. 

Ain Makan Ape 31 Ogos 2021

Assalamualaikum.. hari ni kan ain makan apa lah tu kan ... Let's check it out ! 

✅ Roti spread dgn spread dari PassionFood (makan dua kali)
✅Panaskan lauk nasi semalam , lepastu goreng ayam dan letak sos cili
✅Beli  burger daging , tauhu bakar 

*Alhamdulilah ! bersyukur! 

Merdeka Malaysia ! Merdeka !

Assalamualaikum ... Hari ini 31 Ogos ialah tarikh rakyat Malaysia menyambut hari Kemerdekaan . Sudah 64 tahun kita merdeka yer . Walaupun masih lagi dilanda dengan pandemik covid -19 , namun kita tetap bersyukur masih dapat menghirup udara yang segar , masih dapat bernafas , masih dapat makan dan tidur di tempat yang selesa.

Untuk menyambut merdeka di musim pandemic ni , ain ada buatkan crossword puzzle untuk kita semua main .

Senang je , tak perlu keluar rumah pun . Hanya cari 3 perkataan yang korang nampak dan tulis di ruangan komen .


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 64 ! Malaysia Tanah Airku !

Komen cepat 3 perkataan yang korang nampak ! 📝

Dah Malam Kau Baru Nak Prektis Lukis Kening Ke Ain Woi!!


Assalamualaikum.. Dekat blog ni la boleh nampak muka tak ada filter yer . Malas nak edit gambar . Memang original terus kita upload 🤣

Actually , dah berapa hari nak prektis lukis kening . Ada la dekat berapa puluh kali aku ulang tengok video TikTok tutorial lukis kening tu . laaaahhh.. Buat nya tak ! 

Malam ni...ku gagahi jua . Lepas je habis bacaan Yassin dan tahlil untuk arwah makcik jiran tu secara Google Meet , ain pun apa lagi ..Buat la sekejap . Ada rekod video nya 🤣 Memang kelakar gila . Buat .. lukis .. padam , lukis balik , padam ,lukis balik dekat 6-7 kali . 

Nak pandai kena la prektis banyak kali kan . Kening pula jenis kening tebal .Hahaha . Patut ler orang cakap jangan silap lukis kening , takut nanti nampak macam lintah 🤣🤣🤣

Haaa , tu gambar aku up tu memang spontan je . Nanti kalau dah pandai dan dapat buat dengan cantik , kita update lagi okay ! 

Yang penting .. misi mencuba lukis kening berjaya juga di prektis kan ! Maklumlah kita ni baru nak belajar belajar jadi perempuan cantik ! Laaaahhh tiberr 🤭

Ignore concealer aku yang tak rata .. Aku tak tepek foundation pun. Dah kata nak prektis lukis kening je kan . 🤣🤣🤣