17/366 : DIARY OF THE DAY -17 JAN 2016




Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , dah tujuh belah hari kita berada dalam tahun 2016 . Cepatnya masa berlalu kan . Apa apa pun , bersyukur kepada Dia Yang Maha Esa kerana memberikan kita ruang dan peluang untuk menikmati kehidupan ini .  Jadi untuk hari ini , aku nak share di dalam diary of the day ialah :


  • Jogging menggila tadi
Alhamdulilah , tadi berjaya juga jogging atau lebih sedap bunyi nya ialah berlari . Dulu aku tak pernah berlari dekat taman merdeka , johor bahru itu . Yela , kita dok tengok orang berlari kemain dasyat , tapi kita langsung tak larat kan  dan jalan je lah . Alhamdulilah , tadi ALLAH berikan daya tenaga dan kekuatan untuk memberanikan diri berlari . Bukan je berlari , tapi siap buat high intesity workout sedikit . Woi , pada uolls yang tak pernah bersukan . Pergi la rasai sendiri . Best tau bila kita lakukan perkara yang kita tak pernah buat. Ala , cuma je la dalam 20 minit je sehari . Yang hang nak bantai sampai 2 jam pehal ? Buang masa je lebih .Hahaha .

  • Belajar untuk lebih senyum
Alhamdulilah , dulu kan orang tak suka nak tegur aku sebab aku ni pelokek . Pelokek senyuman . Ye , aku punya muka stok minah minah sombong bajet bagus je weyh. Teringat dulu housemate aku siap cakap lagi memula dia kenal aku , dia takut nak tegur aku sebab muka aku garang sangat . Hahaha .Tapi , lepas aku sedar yang weyh , senyum je lah .ALLAH dah bagi senyuman yang comel pada semua orang kan ,apa pasal tak nak senyum ? Kan . Makanya , bila aku mula mengaplikasikan senyuman ini kepada semua orang , ini secara tidak langsung ramai orang dah mula nak berbual dengan aku , selesa nak tegur aku . Secara tak langsung itu kan perubahan positif yang bagus dalam diri kita . Kadang , kalau orang tegur muka kau tak reti nak senyum ke , kau terima la hakikat tu dan kau ubah lah jadi lebih ke arah positif . Kan seronok kalau orang sudi nak berkawan dengan kita . Ye dak ? Hahaha .


Makanya , itu sahaja la apa yang aku dapat kongsi kan untuk uolls . Jumpa lagi ! :)


16/366 : DIARY OF THE DAY -16 JAN 2016




Assalamualaikum dan hello semua . Alhamdulilah , sudah 16 hari kita berada dalam tahun 2016 . Ya ALLAH terasa cepatnya masa berlalu kan . Sedar sedar dah menghampiri ke pertengahan bulan januari . Alhamdulilah , hari ini jadual agak penuh sedikit dari pagi sampai petang . Jujurnya agak kepenatan sedikit , tapi Insyallah diary of the day mesti diteruskan juga . No excuse ! Hahaha . Jadi serba sedikit tentang diary of the day ain pada hari ini ialah :


  • Diam bukan tanda kita senyap !
Semenjak dua ini bila kita dalam proses kematangan , cehwah , aku lebih kenal apa itu definisi "diam" . Sebab aku ini jenis banyak cakap , jadi kau faham faham je la bila waktu senyap nya . Hahaha . Kenapa aku kata fungsi 'diam' itu sangat bagus sebabnya , kau akan lebih menjadi seorang pendengar yang baik berbanding pencakap yang hanya semban gampang . Hahaha . Jujurnya weyh , jangan lah pandang orang sebelah mata hanya kerana dia senyap dan diam sahaja . Alhamdulilah , ada seorang hamba ALLAH ini mengajar aku yang untuk permulaan perkenalan , kita harus kenali dulu siapa orang yang kita sedang jumpa itu . Kenal ini macam dia tinggal dekat mana , siapa nama dia , apa yang dia suka . Bila dah kenal , kita kena dekati dia macam kalau dia suka bersukan , kita sembang la dengan dia pasal sukan . Seterusnya , lepas dah dekati dia , kita sayangi la dia . Bukan la macam kita sayangi orang itu , sampai menggatal , just think that , bila kita sayang mak ayah kita , kita mesti tidak sampai hati nak sakitkan hati mereka . Sama lah juga macam kita sedang kenali orang itu . Ingat tau , bila kita dah kenal dia , dekati dia , dan sayangi dia secara tidak langsung , that relationship itu will ruin smoothly right ! Kadang , aku jadi pendiam bukan sebab aku sombong atau tak berminat nak bercakap , tapi aku sedang menerapkan proses untuk menjadi pendengar yang terbaik .That the best way.


  • Hujan lebat
Fuh , tadi petang dekat JB ini hujan kemain tudia lebat . Main hujan juga tadi . Tapi alhamdulilah , ALLAH turunkan hujan . Sejuk juga bumi ALLAH ini kan . Sekali hujan turun dengan jalan jem pula tu . Tak apa , ALLAH nak mengajar kita untuk lebih bersyukur dan bersabar dalam apa jua rintangan dan dugaan hidup ini  Cehwah .


Makanya , itu sahaja la apa yang aku mampu untuk update . Maaf ye , tak sempat nak blogwalking hari ini .
Assalamualaikum , tak jawab dosa . Kalau jawab sayang ! :)




15/366 : DIARY OF THE DAY -15 JAN 2016




Assalamualaikum dan hello semua . Maaf , ain update diary of the day ain sudah pun jam 12 tengah malam which dah masuk hari lain . Apa apa pun , ain masih nak komited update blog . Its a perkara wajib . hahaha . Makanya , ini la cerita aini untuk 15 hari bulan ini :


  • Printer Bengong !
Sebenarnya , tadi ain sibuk ada nak kena print dokumen sikit  . Aku punya la syok tunggu , pasaipa printer ini pending tak keluar langsung . Bengong betul , sebenarnya bukan printer yang bengong , aku yang bengong . Aku lupa nak cucuk usb dia , macam mana nak connect even printer aku ni wireless , rasanya pakai cucuk tu lagi cepat . hahaha . Print je dah dekat sejam lebih . Alih alih sedar dah pukul 12 tengah malam . OMG !


  • Insomnia
Sebenarnya , aku mengalami masalah insomnia dah lama juga ini . Tak tahu kenapa , paling tak best kalau pagi mesti rasa pening   , nak muntah dan susah nak tengok laptop lah . Jadinya , waktu pagi aku macam tak berkualiti sangat lah . Insyallah , aku cuba nak cari jalan penyelesaiannya macam mana . Aku kalau boleh nak lah kualiti time aku setiap hari .


Makanya , itu lah serba sedikit apa yang aku boleh dan mampu share pada korang . Bye uolls !