AKU LEMAS MASA SNORKELING ?

pulau belitung mtn getaways
Island Hopping di Pulau Belitung

AKU LEMAS MASA SNORKELING ?

Pada hari ketiga kami berada di Pulau Belitung, inilah hari yang dinanti-nantikan. Yela, nama pun menjelajah pulau katanya. Mesti la paling seronok kan. So macam biasa time ni semua masing-masing dah sapu sunblock banyak-banyak. Aku tak sapu weh. Habis hitam legam muka bila balik ke Johor Bahru. Sampai ramai juga yang tegur , "Asal muka Ain nampak pelik je" . Hahaha. So, pagi itu macam biasa kita bersarapan dulu di cafe La Lucia Boutique Hotel , hotel yang kitorang stay sepanjang di Pulau Belitung.

Excited? Aku ni tak ada lah excited sangat sebab aku memang tak pandai berenang. That is the most fear part of my life! Aku memang pernah ada trauma sedikit sebab memang pernah lemas masa kecik dulu. Hahaha. But, i try to fight that fear. So, apakah pulau yang pertama yang kami jejaki pada hari itu?
pulau belitung mtn getaways
Belakang tu banyak batu-batu besarkan...view belakang tu cantik sangat!

pulau belitung mtn getaways
Sebelum naik bot , jom group photo nya duluan

pulau belitung mtn getaways
Ni lah boat nya..jernihkan air dia
Sebelum tuh kami sempat ke kedai souvenir yang namanya Belut. Nah,oleh-oleh dari Belitung katanya. Aku sempat grab baju sepasang untuk diri sendiri. Baju tu ada gambar laskar pelangi. Selalunya aku akan beli baju yang berwarna pink. Tapi, yang ini luar dari kebiasaan. Kaler ala-ala turquoise gitu. Dah bukan pinkish gegurl dah. Hahaha. Oh ya, dekat sini fridge magnet nya lagi banyak pilihan tau. Berbanding dengan kedai souvenir yang sebelum ni kita pergi.

So, first tempat yang kami jejaki ialah Tanjung Tinggi. Dekat sini la bas parking dan barang-barang tak penting semua tinggal je dalam bas. Baju yang untuk tukar nanti pun tinggal je dalam bas sebab nanti petang selepas kami dah lencun basah, kami akan salin di toilet yang disediakan. Oh ya, tidak gratis ya pak! Hahaha. Dekat Tanjung Tinggi ni kitorang sempat ambil gambar sebelum naik bot. Nyempat ler aku terbaring dekat batu-batu besar tu sementara matahari tegak di kepala. Hahaha. Nasib ler ada geng drone. Cantik kan view kami!
pulau belitung mtn getaways
view daripada drone
Lepas dah bergambar apa semua ni, tiba lah masanya untuk menaiki bot. Kitorang dibahagikan kepada dua bot. Bot aku diberi nama kumpulan Gittew. Hahaha. Sepanjang perjalanan kerja nak gelak je. Tengok ahli didalamnya. Hahaha.(Kejadian sebelum aku lemas) take note gais! Hahahaha.  Tempat pertama yang kami pergi ialah melihat Pulau Garuda . Bagus betul yang abang bot tu. Dia la tukang ambil gambar. Seketul-seketul gambar kitorang dia ambil. Nak bagi nampak view garuda tu. Seterusnya kitorang ke Pulau Lengkuas. Nah disininya aku lepas gian minum air kelapa. Bukan sebijik tapi rasanya sebijik setengah kot! Hahaha. Dapat pula semeja dengan pengasas hashtag #makanmakankurus , Kak Seri bagi air kelapanya yang masih berbaki isinya. Aku ni memang jenis suka makan isi kelapa. Puas sungguh rasa dapat korek sampai habis isinya. Nyum nyum nyum...
pulau belitung mtn getaways
Belakang tu lah Pulau Garuda

pulau belitung mtn getaways
Berkongsi semeja meneguk air kelapa bersama

pulau belitung mtn getaways
Belakang tu ler Light House nya dong!

pulau belitung mtn getaways
posing gaya Laskar Pelangi

pulau belitung mtn getaways
Kak Sun tekezut ke tuuu adik ain boleh lompat?Hahaha

pulau belitung mtn getaways
Nah,tegak betul light house nya! hahaha

Dekat Pulau Lengkuas ni kitorang ambil gambar berlatar belakang kan light house atau bahasa melayu nya dipanggil rumah api. Gittew! Nyempat ler kitorang shoot ala-ala posing dalam Laskar Pelangi. Entah, posing aku paling diva sangat! Hahaha. Nampak benar kau diva Ain! Tak nak mengaku. Hahaha. Okay lepas ni lepas ni lepas ni.....inilah yang dinantikan moment aku lemas. Hahaha.  Aku memang dah declare awal-awal aku memang tak pandai berenang! Tapi sebab aku nak buang ketakutan tu plus ada jaket keselamatan kan, so peratus ketakutan tu dah berkurang. Masa nak turun tu sebenarnya aku memang dah nervous. Aku jadi nervous sebab aku memang rabun, aku bukak contact lens aku takut termasuk air habis hilang kan. Hahaha. So,sebab pandangan aku yang kabur tu jadi makin nervous la, haaaaa...Dah sampai ke bawah tepi tangga je pun.. Aku panik weh. LEMAS lah. Aku rasa aku nangis kot masa tu, sebab memang aku rasa tak boleh nak balance kan badan. Hahaha. Terima kasih la yang sudi selamatkan aku. Tapi, fobia tu macam tak menguasai diri sangat lah. Perasaan nak turun lagi masih ada. Tapi, second snorkeling tu, abang bot dah selam dulu, dia bagi pesanan penaja "kalau kamu enggak kuat, kamu tidak payah turun kerna lautnya tengah bergelora! " .
pulau belitung mtn getaways
Muka sebelum lemas

pulau belitung mtn getaways

pulau belitung mtn getaways
Bestnya diorang!
Selepas lemas, kitorang ke Pulau Kepayang untuk makan.Ya ampun, sedap nak mati menu-menunya. Sebelum makan, Sis Lin tanya " Ain what happen to you?" (giler terus speaking Sis) Haahaha. Ermm..tahla. Hahaha. Tapi, perasaan nak snorkeling lagi tu memang ada untuk yang seterusnya. Tapi, abang bot udah kata sedemikian..Demi keselamatan kan. Ku turutkan aje! Last  pulau yang kami jejaki ialah ke Pulau Kelayang. Kat sini ada gua oh. Memang layan masa ombak  dia datang dekat kita pastu kita semua menjerit-jerit kepuasan. Hahaha.

Dekat sini juga Kak Juju sempat bukak kelas renang. Muridnya aku la. Hahaha. Weh, aku dah pandai floating okay! Terima kasih Kak Juju. Jom lepas ni bukak kelas lagi. Hahaha. Memang lepas gian aku bersungguh mencuba woi. Oh, dekat sini juga nyempat aku melihat anak-anak menangkap ikan mula-mula tak dapat dan masa kami dah nak balik, diorang dapat siap jerit-jerit lagi muka bahagia. Iye lah itu je makanan untuk diorang. Bukan itu sahaja, kami juga dapat melihat orang kampung menangkap tiram dan aku mencubanya makan secara fresh. Peh, sedap siot! Hahaha. Walaupun tertelan air masin banyak juga waktu tu. Hahaha. Eh, lagi...sempat juga merasa pisang goreng nyum nyum nyum..
pulau belitung mtn getaways
Kelas berenang bermula.

pulau belitung mtn getaways
Muka belagak lepas dah pandai floating, selepas lemas! Tapi tetap nak berendam dalam air.hahaha
pulau belitung mtn getaways

Sudah sampai masanya untuk kami ke tempat permulaan bas yang turunkan kami, bersih-bersihkan badan dan kami dibawa ke Nelayan Seafood untuk makan malam hari terakhir. Sedihnya kerna gue udah mau pulang besoknya. Dekat sini ada karoke. Malangnya, lagu-lagu yang ku inginkan tiada. Emangnya gue lupa gue request lagu-lagu di Malaysia, mana sama dong! Hahaha. Selepas makan-makan tu kami terus dibawa pulang ke hotel untuk beristirehat. Kak Sun ajak pergi ke kedai souvenir. Dekat je dari hotel tu, aku pun follow jela. Hehehe. Tamat hari ketiga. Hari yang sepatutnya aku trauma sebab lemas tapi aku happy sebab dah pandai floating! Hahaha.(nak juga meriak dah pandai floating) Menyesal kecik-kecik dulu terlampau berani sangat terjun kolam dewasa, kes tu la aku lemas terus fobia dengan air!  Tapi, lepas daripada tu...aku terasa nak sangat belajar berenang. Hahaha. Tamat cerita aku lemas di Belitung , something to be remembered mana tau boleh repeat lagi kesini. Insyallah ! Dah pandai snorkeling pulak time tuh (Masih lagi tak move on dengan riak floating dia tuh) Hahahaha.
pulau belitung mtn getaways
"laju-laju buaiku lajuuu....aku nakk kawenn dengann anak raja..."

pulau belitung mtn getaways
Memang seronok sangat dibawa bersama MTN Getaways

Oh ya, gue terlupa mau nitip kan sepanjang perjalanan aku ke Belitung ni semuanya diuruskan oleh pihak MTN Getaways. Korang boleh follow instagram nya dan facebook nya untuk maklumat lanjut.
Website : https://www.mtngetaways.com/
Facebook: https://www.facebook.com/mtngetaways01/
Instagram: https://www.instagram.com/mtngetaways/

 Lagi satu ,kalau terlepas cerita aku yang sebelumnya, boleh la baca
 disini #awakcutimanaBelitung 💜. kalau mahu lihatin lagi fotornya , kamu orang langsung terus ke instagram gue di @farahainzfa dan @awakcutimana 

kredit gambar : Dikbee , MTN Getaways ,drone Hasif

AKU AIN & JDT BLOGGER - 3

jdt blogger
ain & kak Mia . tq Sis Lin tukang amekkan gambo

AKU AIN & JDT BLOGGER- 3

Selepas daripada review dekat The Puteri Pacific Hotel Johor Bahru, seterusnya rezeki JDT Blogger mendapat review di Pulai Spring Resorts. Kali ni aku duduk semeja dengan seorang blogger yang aku teringin sangat nak jumpa. Bukan teringin saja nak jumpa, tapi bila aku dapat tau yang dia ada dalam team JDT Blogger, lagi kemain aku excited betul la. (Cuma cover line je tak nak tunjuk) 🙈Jeng jeng siapakah dia ?

Dia ialah kak Mia Liana. Kenapa aku teringin sangat nak jumpa dia ? Sebab aku selalu join segmen dia, and dia mempunyai lebih daripada 10,000  followers di blog. Gila tak teringin nak jumpa. Kiranya kak Mia ni blog-blog otai la.
jdt blogger
Masa ni event CSR dekat Puteri Pacific
Bukan itu sahaja, aku kagum dengan Kak Mia sebab dia ada je masa update blog. So, bila berkesempatan dapat duduk semeja dengan dia , aku banyak la soalan yang aku tanya. Sempat juga melayan kerenah anak kak Mia  si Sofea tu.

Kak Mia ni lama-lama bila dah kenal kelakar juga orangnya. Pernah masa potluck JDT Blogger , dapat gelaran “makcik cendol dengan makcik kantin”😂 Kak Mia juga share dekat Ain ,”Ain kena juga rajin update blog”, “selalu update baru la google senang nak jumpa kita” .
jdt blogger
Kak Mia & Sofea...Makcik cendol dan makcik kantin.Hahaha

Bila dah dapat kata-kata semangat daripada kak Mia, sebab tu kita comeback dengan gigihnya. Terima kasih kak Mia sudi berkongsi tips dan pengalaman sebagai blogger otai. Oh , kak Mia ni pulak rumah dekat je dengan aku tapi tak pernah jumpa. Nampak kan, JDT Blogger yang pertemukan kita berdua.

By the way, Kak Mia sekarang tengah buat Giveaway gais! Jom ler join. Klik sini.. Okay, siapakah geng JDT Blogger seterusnya yang aku kenal? Nantikan...Oh , kalau yang terlepas bahagian 1 dan 2...sila klik disini... 

CAWANGAN BARU RESTORAN LEMON TREE DI TAMAN MEGAH RIA MASAI

lemon tree johor bahru
Selamat Datang ke Lemon Tree
lemon tree johor bahru
Menunya

lemon tree johor bahru
Buka je menunya terdapat beberapa info mengenai Lemon Tree

CAWANGAN BARU RESTORAN LEMON TREE DI KOTA MASAI JOHOR

Restoran Lemon Tree ni dah lama juga aku dengar semenjak join geng #makanmakankurus , #projekcarikmakan . Aku dengar dari siapa? Haish , daripada pengasas hashtag #sismakanaje iaitu Sis Lin . Oh yer gais , dia bagi hashtag baru dekat aku tau . #ainkunyahtelan . Gasak perut aku kunyah terus telan . Hahaha. Boleh baca post Sis Lin tentang Lemon Tree ini.

So, jumaat lepas aku dan beberapa geng lain berkesempatan untuk mencuba beberapa menu yang dihidangkan. Paling special semestinya dicawangan baru Restoran Lemon Tree ni yang terletak di Kota Masai . Aku pergi bersama dengan Kak Sunah Sakura . 

Apa yang kami cuba? Jom tengok gambar nya.. 
lemon tree johor bahru
Yang Chow Fried Rice

lemon tree johor bahru
Hichory Ham & Egg Grilled Chicken Chop 

lemon tree johor bahru
Mee Mamak

lemon tree johor bahru
Seafood Cheese Baked Rice

lemon tree johor bahru
Grilled Salmon Fish

lemon tree johor bahru
Gong Bao Chicken

lemon tree johor bahru
Hichory BBQ Ham & Cheese Grilled Perch Fish

lemon tree johor bahru
Spicy Tuna Pizza

lemon tree johor bahru
Island Seafood Pizza

lemon tree johor bahru
Hawaian Chicken Burger

lemon tree johor bahru
Black Pepper Beef Burger

lemon tree johor bahru

lemon tree johor bahru
Double Chocolate

lemon tree johor bahru

lemon tree johor bahru
Tiramisu

Jadi, apakah yang menjadi kegemaran ain? Semestinya ...

  • Yang Chow Fried Rice , ini kerana nasi goreng nya tidak berminyak dan sedap je dimakan dengan potongan timun jepun (ada rasa masam-masam) dan digaul dengan nasi nya..Wow!
  • Hichory Ham & Egg Grilled Chicken Chop  ,Wow sos nya sahaja dah begitu sedap makan pula dengan salad-salad yang membawa rasa masam sedikit , memang kombinasi yang sangat bagus
  • Seafood Cheese Baked Rice , Kalau menu yang ini mula-mula aku tak letak high expectation ,yelah kan cheese nak makan dengan nasi kan ..takut kena report pulis je.hahhaa. Tapi menu yang ini , tolong tarik balik aduan anda yer! Sedap sangat dan sangat direkomen untuk yang suka mencuba menu fusion.
  • Island Seafood Pizza , wow bab pizza ni kan pun aku nak puji , pizza dekat Lemon Tree ni sangat crusty weh dan menu ini menjadi pilihan. Lagi sekali aku nak puji pandai dia combine timun jepun tu.
  • Hawaian Chicken Burger , alamak yang ni memang menjadi pujaan hati.. aku banyak juga merasa yang ini sebab sedap sangat lagi-lagi kepada yang suka burger yang ada rasa juicy dan basah-basah orang kata tidak dimasak kering.
  • Tiramisu , sangat moist kek nya. Sangat sesuai sebagai penutup untuk segmen #awakmakanape pada hari itu. Hahaha

Harga? Mula-mula bila aku masuk ke restoran ni, aku expect harga mesti quite mahal , tapi sebenarnya harga nya just nice weh. Konsep kedainya memang sangat sesuai untuk makan seisi keluarga dan rakan-rakan. Boleh dikatakan hampir kesemua menunya boleh dinikmati oleh semua kaum. Oh ya, nak kasi tau minuman yang disediakan disini memang less sugar yer. Kalau order minuman buah, memang pure rasa buah . Macam ain order warm water (dihidang bersama dengan lemon) dan jugak hot strawberry tea. Gula diasingkan. Kak Sunah order Ice Latte, memang pahit kau. Tapi, korang boleh request gula la. Hahaha. So, orang-orang sekitar kawasan Kota Masai , apa tunggu lagi.. jom serbu.
lemon tree johor bahru


lemon tree johor bahru


Restaurant Lemon Tree
39, Jalan Kota 2, Taman Cahaya Kota Puteri, 81750

Jangan lupa untuk like Facebook Awak Makan Ape , dan follow Instagram @awakmakanape. Nak pesan lagi , dah makan sedap tu, jangan lupa gunakan hashtag #awakmakanape untuk kongsikan kepada semua penggemar makanan okay!