MERDUNYA ! LAGU SESUNGGUHNYA 2019 : GABUNGAN SUARA ALIF SATAR DAN RAIHAN


SESUNGGUHNYA 2019 - ALIF SATAR & RAIHAN


Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga
Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu takkan ber bunga
Kucuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri
Kucuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kautsar
Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu

Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati

Pada Mu ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga kutahu
Syukurku adalah milik Mu

psst : aku rasa tersentuh betul dengar lagu ni.. liriknya sangat lah mendayu.

LAUK SAHUR KU ADALAH LAUK BUKA KU..

Image may contain: food

LAUK SAHUR KU ADALAH LAUK BUKA KU..

 Assalamualaikum. aku tahu ramai yang pening head setiap kali tiba masa nak berbuka dan bersahur. Nak makan apa ehk tak tahu kan. Termasuk la aku sekali memang akan pening head memikirkan apa yang aku nak makan. Tapi , menu untuk 10 ramadhan aku ialah bertemakan lauk sahur ku adalah lauk buka ku. Gituw!

Kenapa?

Kisahnya , aku sebenarnya masa berbuka puasa tu nak masak nasi goreng dengan goreng nugget je. Sekali tangan tu gatal nak letak daun limau purut. Aku tak tahu kenapa aku memang suka betul bau daun limau purut tu. Especially kalau dekat tomyam. Pastu hentam je menumis bagai , sampailah aku nampak dah macam lauk paprik ayam pula jadi nya! Kah! Sempat aku fikir jap , nak ke tak nak jadikan nasi goreng ni , sekali TAK PAYAH LAH! Maka terhasilah nasi putih paprik ayam tanpa sengaja sebagai menu berbuka pada hari tersebut.


Kata nak buat nasi goreng kan , aku masak memang kurang kan air nak bagi nasi tu keras sedikit dan paprik tanpa sengaja tu aku buat pekat sikit. Masa time berbuka tu , mak oi dasyat rasa masin masakan kau cik Farahain. Aku ni tak kuat masin woi. Lepastu cili padi tu kemain berasa pedas. Untuk pengetahuan , keluarga aku memang tak berapa suka makan pedas. Aku ni je yang hantu pedas. Nak tak nak aku memang akan masak masakan yang kurang pedas.

Image may contain: food
sama kan ? tapi tak serupa. HAHAHA.
Lepas dah berbuka , dok tengok ada lagi baki lauk tadi , sayangnya alahai. Sebenarnya sahur cadang nak makan roti bakar dengan telur goyang resepi TELUR GOYANG SIS LIN . Lepas terawih tu siap dah bercadang dah nak singgah kedai beli roti. Nampaknya kena postponed telur goyang itu. HAHAHA. Kita tengok , sahur ramadhan ke berapa telur goyang tu akan muncul. Hahaha.

Kesimpulannya , menu sahur ku ialah hasil recycle menu buka ku. Cumanya , aku tambah air sedikit untuk kurangkan rasa masin serta nak bagi ada kuah sedikit. Aku buat sekali telur mata dan hiriskan sosej goreng menjadi comel -comel gitu. Alhamdulilah , janji perut diisi kan. Jangan tak berisi pula. Cian cacing dekat dalam tu menangis.

Sekian update dari dapur ain kunyah telan untuk anda semua! HARI INI NAK BERBUKA APE? PENING HEAD TAU! 

BILA LAST KORANG CLEARKAN STORAGE PHONE?

No photo description available.

BILA LAST KORANG CLEARKAN STORAGE PHONE?

Boleh dikatakan setiap hari kita pasti akan mengambil gambar dan video. Biasa la nak update social media kan. Itu belum termasuk ambil gambar untuk ootd. Normally berapa take korang amek untuk satu ootd? Aku paling emo betul orang suka ambil sampai beratus beribu take. HAHAHA. Sebab jenuh nak pilih nanti. Oh ya, aku pulak kan berada dalam industri media. Hampir setiap hari aku akan mengambil gambar , buat video. Oh sebelum terlupa tu belum lagi termasuk conversation Whatsapp yang berlambak tu kan. Perh...

So, menjadi rutin harian aku untuk clearkan semua storage aku. Boleh dikatakan hampir setiap hari memang aku akan kosongkan. Aku rasa semak sangat kalau tak clearkan. Paling rasa annoying if keluar perkataan "your storage almost full" . Eeee, rasa macam banyak nya nak clearkan. Rasa serabut gila kan. Tapi , aku sekarang dah tak serabut macam dulu-dulu lagi lepas dapat tips dari Sis Lin dan Kak Sunah.

Aku pernah share tentang macam mana cara Sis Lin ajar aku.

Clearkan storage anda pada hari itu juga ! Yes , sebelum tidur boleh dikatakan aku memang akan clearkan storage aku. 
  • Conversation dan chat Whatsapp
Aku akan delete semua conversation chat pada hari itu. Tapi mana yang penting tu aku akan starred kan supaya tak hilang. Mampus kalau delete semua , habis kalau yang penting terus terlupa. Hehehe. Mostly aku akan archived kan so nanti bila buka Whatsapp kosong ler. So , kita tak akan mudah terlepas pandang conversation yang kita tak baca atau pun tak reply lagi pada hari itu. Oh , gais! kalau nak tahu aku ni jenis manusia yang tak suka fikir dan layan benda-benda remeh. So, kalau dalam conversation group tengah bincangkan benda-benda kecil aku prefer not to say anything. Bukan tu sahaja , kadang aku buat endah tak endah je. HAHAHA. Unless kalau group tu , group favourite aku la. I mean important people in my life! Cehwah speaking kau.

  • Transfer semua gambar di Dropbox / FB
Ini cara yang Sis Lin dan Kak Sunah ajar aku. Well , kita kadangnya memang tak ada masa nak cucuk cable masuk ke laptop dan transfer semuanya ke dalam laptop. Tapi pula kita kena selalu update social media. Kan dah pening, gambar semua dah masuk dalam laptop. So , caranya ialah transfer ke Dropbox ataupun di Facebook sendiri. Kalau dalam Facebook tu , set album tu only me. So, bila korang nak update social media , korang just terus refer je dekat tempat tu. Kan dah tak semak storage phone korang. Tak ada la pening kepala nak cari gambar dekat mana sebabnya dah tersusun.

  • Buat video kan berat , macam mana tu?
Yes, lately ni aku memang banyak buat video. Boleh dikatakan storage aku full sebab kapasiti video yang diambil. Kenapa video? Sebab aku sekarang banyak buat video untuk IGTV. Aku lebih banyak fokus dekat situ. So, normally aku akan terus crop , edit dan resize dekat Inshot atau pun Imovie. Lepastu aku terus transfer ke dalam laptop.

Selagi tak edit video , maksudnya selagi tu la kerja aku tak siap di publish lagi. Mesti tengok lagi stress kan?! . Ibarat macam masa kita belajar le. Kerja sekolah tak siap. Selagi tak siap , selagi tu hati kita rasa tak tenang. Lepastu makin bertambah lagi kerja sekolah untuk hari -hari berikutnya. Jadi , nak tak nak kita tetap akan siapkan kerja yang sebelumnya tu kan. SEBAB KALAU TAK SIAPKAN , SELAGI TU VIDEO DOK ADE DALAM STORAGE ...LEPASTU STORAGE PHONE DAH BERAT....MACAM MANA NAK SHOOT VIDEO UNTUK HARI-HARI SETERUSNYA?. Haa, macam tu je aku suka fikir. Itu la juga macam mana aku susun semua kerja aku.

>>Awak orang JOHOR? Jom follow @sayadijohor

Untuk pengetahuan , aku ni bukan lah sejenis manusia yang cerewet. Aku ni jenis manusia buat kerja asal boleh janji siap. Hahaha. Pada aku , mana yang mudah caranya kita pakai. Mana yang memeningkan kepala aku tolak. Buat apa nak complicated kalau boleh buat semuanya dengan mudah.

Aku dah praktikan dah cara macam gini. Lagi memudahkan kerja-kerja harian aku. So, kalau AWAK nak check tepon saya! Hahaha, saya awal-awal dah musnahkan bahan bukti. Hahaha.(Ain , kau tak sayang ke conversation sampai terus cepat delete gitu?...) Pada aku , memori kenangan tu biarlah dia ada dalam kepala otak , jangan simpan kenangan tu..lagi disimpan..lagi susah nak move on! Macam aku ler dulu, susah nak move on. Sekarang tidak lagi!.