WINNER WINNER CHICKEN DINNER BERSAMA YOODO!!

Image may contain: 2 people, including Nur Farahain, people smiling, people on stage, people standing and indoor

WINNER WINNER CHICKEN DINNER BERSAMA YOODO!!

Pada hari sabtu yang lepas , aku berkesempatan untuk kopi chit chat sharing bersama dengan pihak Yoodo. Kebetulan pada waktu tu memang tengah berlangsungnya competition PUBG di Paradigm Mall Johor Bahru. By the way , bercakap tentang Yoodo ni sebenarnya telah menaja Malaysia's First official PUBG MOBILE National Championship (PMNC) dimana sebanyak 256 team telah bertanding untuk merebut hadiah sebanyak RM 60 ,000 beserta dengan pelan internet Yoodo setahun secara percuma.

Kan aku cakap , waktu tu tengah berlangsungnya competition kan , tahun ni pula Yoodoo telah mendouble kan lagi jumlah hadiahnya sebanyak RM 114,000. So , inilah berita baik untuk korang. Hello main hari-hari tapi takdapat pape pun rugi jugak kan.
Image may contain: 3 people, including Nur Farahain, people sitting and indoor
we all have a chit chat sharing
"Alaaa... aku main PUBG ni suka-suka je dengan member"

Memang ler suka-suka je kan! Tapi aku nak tanya soalan dekat kau. Banyak pakai data internet kan?

Jangan tipu! BANYAK KAN PAKAI DATA.
Sebabnya PUBG menggunakan graphic view yang tinggi , sebabtu setiap kali korang main akan ngap data korang sedar-sedar dah habis. Hahaha. Bila coverage dah sangkut sangkut , mampus kena tembak dengan enemy. Dah mati kojol kat situ. Hahaha.

Dengan Yoodo..tidak lagi kehabisan data.
Kenapa?
Image may contain: 3 people, people standing and people sitting
pertandingan telah bermula 

yoodo
contoh yang aku cakap boleh custom made ikut bajet dan selera korang!

Sebabnya... Yoodo sangat lah menyokong kaki gamers dengan memberi 20 GB free data setiap bulan. Ini kerana Yoodo sangatlah menyokong perkembangan e-sport di Malaysia ni. Haa , seronok kan dengarnya!.

Bukan itu sahaja, Yoodo ini merupakan satu-satunya pelan internet yang korang boleh custom made ikut masing-masing punya keperluan. Contohnya , aku suka layan Youtube , so aku boleh klik Youtube untuk dapat kan free data. Korang boleh adjust data ikut apa yang korang bajet ler untuk bulan tu. Senang cakap Yoodoo ini ibarat pelan internet ikut bajet dan selera masing-masing.

Apa lagi , Jom kite berYodoo. #iloveyoodo #youdoitbetter
Untuk maklumat lanjut boleh lah melayari ke website : yoodo.com.my

SEDAPNYA!! BERAPA MANGKUK BOAT NOODLE AKU MAKAN NI?!

boat noodle nakon thai

SEDAPNYA!! BERAPA MANGKUK BOAT NOODLE AKU MAKAN NI?!

Selalunya kalau korang ke boat noodle berapa banyak mangkuk boleh perhabis? Hahaha. Aku ni takdelah hantu sangat tapi aku suka konsep makanan style macam gini. Kenapa?Sebabnya aku ni suka jenis makan sikit-sikit tapi boleh rasa macam-macam. So , khamis lepas aku melencong ke Desaru jalan jalan cari angin tepi laut. Katanya! Hahaha.

Sebelum tu aku tahu yang ade Aroi Thai dekat Tunamaya Desaru ni , aku ingatkan dia dalam resort tu rupa-rupanya dia betul-betul tepi jalan. Maksudnya memang senang sangat nak cari. Oh ya , dulu namanya Aroi Thai , tapi sekarang dah berubah brand nya. Namanya telah direbrand menjadi Nakon Thai.

Adakah menunya pun berubah? Rasanya pun berubah ke? Tidak! Masih sama je. By the way , sebelum-sebelum ni aku pernah share Aroi Thai ni. Cumanya itu cawangannya di Trove JB. Sepetang bersidang bersama geng katak <<<baca dekat sini yer awak awak sekalian....

Bezanya masa aku pi mencekik sebelum ni , TAK HABIS MAKAN SEBAB TERLAMPAU KENYANG SEMUA JADI ULAR SAWA MENYANDAR!! Hahaha. Kali ni , dah cakap makan kena bagi habis. Pantang aku orang makan tak habis!
hot pot nakon thai
Nakon Thai Royal Seafood Hot Pot
boat noodle nakon thai
3 sekawan aiskrim!
Sebelum ni , aku rasa set seafood hot pot tu biasa-biasa je tau . Tapi , kali ni dia dah tukar nama sikit. Nakon Thai Royal Seafood Hot Pot ni sedap giler.. Mungkin sebab kitorang tak order bermangkuk-mangkuk banyak sangat , sebabnya memang fokus nak mencekik hot pot ni.

Apa yang bestnya? Rasa kuah tomyam nya makin pekat makin ler rasa sedap. Aku suka set ni , sebab kita makan rebut-rebut. Hahaha. Makan berjemaah! I lioke!! . Kombinasi sayur-sayur walaupun taugeh pun aku rasa sedap betul meratah bila di combine dengan kuah tomyam tu.

Oh ya , AISKRIM DIA SEDAP GAIS!!! Terpaling aku suka ialah MANGGO AISKRIM. Eee, sampaikan masa nak photoshoot dekat luar pun aku sempat bawak mangkuk tu sambil mencekik aiskrim nya.
boat noodle nakon thai
So , datang ke Desaru jangan lupa untuk singgah ke Nakon Thai yang terletak di Tunamaya Desaru!AWAKMAKANAPE??

MARATHON MOVIE SERENTAK DALAM SEHARI

mbo cinemas

MARATHON MOVIE SERENTAK DALAM SEHARI

Pada hari Ahad yang lepas , aku memang bercadang nak marathon movie. Sebenarnya nak marathon hari Sabtu , tapi disebabkan kepenatan yang amat sangat terus ditunda ke hari esok. Hehehe. Apakah movie yang aku tonton?

Terlebih dahulu kenapa aku ni beria dan bersungguh sangat nak menonton movie? Sebenarnya kan aku dapat 6 tiket free dari MBO . Aku dapat semasa pembukaan MBO di Aeon Bandar Dato Onn . Boleh baca okay! <<<<

So , apalagi! Marathon ler kan perhabiskan tiket nya.
mbo cinemas
Movie first yang aku tengok ialah Toy Story 4. Abang aku ler yang paksa aku nengok siri kartun ni. Nasib ler aku dah layan dari nombor satu sampai tiga. Jadinya tak ada lah tak faham jalan ceritanya. So far aku bagi 10/10 pada aku! Sebabnya kan ini sesuai untuk kanak-kanak. Kenapa aku bagi full? Sebab jalan ceritanya memang awesome! Kihkihkih..

Seterusnya ialah Chucky!! Movie yang paling aku suka sejak dari kecil. Hahaha. Deduku siap beli vcd ori okay semata-mata nak tengok. Aku dah mula start meluat dengan Chucky masa dia dah mula kawen and dapat anak , which is aku rasa dah start mengarut. Paling aku menyampah yang curse of chucky and cult of chucky! So , aku langsung tak meletakkan high expectation untuk Child's Play 2019 ini. Berapa aku bagi? 7/10 mungkin. Kenapa?

Nanti ler aku cerita okay!.
By the way , masa nak redeem tiket untuk beli tiket chucky tu , dia tanya umur 18 tahun ke atas kan? Kah! Muka aku nampak macam bawah umur ke. Hahaha. 

Lastly, terima kasih MBO.. Hehehe.