DAN KERANA AKU SAYANG KAMU BERDUA

blog akuainkausiapa

DAN KERANA AKU SAYANG KAMU BERDUA


****Penulisan ini ditulis sepenuhnya oleh anak jiran aku yang bernama Nur Aliyah. Dia request untuk letak kan disini. (Kak Ain dia ni hanya copy paste je letak dekat sini untuk tatapan semua pembaca)

Okey first of all aku bagitau nama dorang ni ape yerr..nnti tertanye tanya pulak kan..yang sorg ni nama diberi asyira yang lagi sorang tu nama diberi ain..so aku nk cerita kenape aku sayang dengan dorg berdua ni lah..

First diorang nie lah family aku tempat aku luah segala..yang besar aku anggap sebagai mak aku yang boleh faham aku yang kecik aku anggap dia sebagai adik aku..

They are my happiness..orang selalu cakap "pentingkan lah kawan kau tu esok kalau kau susah ade ke dorg tu?" jawapan bagi aku sendiri ade.
blog akuainkausiapa

Sebab time perut aku buat hal..si ain lah yang tolong settle masalah bawak gi makan..then aku klau keje totally mmg penat tahap gaban ahh pastu dtg si asyira ni dia suka buat lawak dia bgi aku terhibur..sbb tu lah aku syg..we are family..

Kalau ade masalah pon aku akan cerita dkat dorang..but skrg aku berjauhan dgn dorg berdua but xdelah aku lupekan dorg berdua ni..aku klau boleh tak nk berjauhan..sbb aku xleh berjauhan dgn dorg..jujur aku ckp..

knape aku asyik spend time dgn dorg je bukan nye aku takde kwan lain..tapi aku klau boleh siang dh kluar dgn dorg mlm pon sama..aku xkisah pasal duit nie..pada aku susah nk cari duit tu tak sesusah aku nk cari family mcm ni..

The end aku nk pesan sayangilah bestfriend korang sbb percayalah dia akan sentiasa ade behind your side😉
blog akuainkausiapa

TENTANG SEBUAH KEMAAFAN

blog akuainkausiapa

TENTANG SEBUAH KEMAAFAN

“Kawan kawan dekat sekolah saya masih lagi cakap ‘pasal tu’.... Tapi, saya malas nak cakap.. Makin saya cakap lagi susah lah saya nak maafkan” -Asyira

Dia budak yang berusia 11 tahun. Anak jiran aku yang entah macam mana aku boleh rapat dengan dia. Nak cakap pasal terasa hati. Hmm. Kak Ain dia ni pernah je tacink dengan dia.

Sampai satu ketika tu aku ignore dia, dia spam call banyak kali aku tak layan, dia mesej banyak cara guna nombor mak dia lah , nenek dia lah. Aku tak layan. Dia try untuk pujuk aku semula. Hahaha . Finally, she gets my attention back.

Tutup cerita itu. Cerita tentang kemaafan ini yang aku nak highlights kan.

Ada lah berlaku satu kisah. Cukup aku kata kan satu kisah demi menjaga sensitiviti pembaca. Sebab aku bimbang ada yang akan terasa. Jauh di sudut hati aku bukan lah untuk menghentam kembali tapi aku nak cerita kan maksud kemaafan ini.

Semudah itu dia memaafkan. Betul orang kata, bila kita semakin dewasa, kita semakin susah untuk memaafkan. Kita rasa kita dah cukup dewasa, sampai rasa berat nya perkataan maaf itu.

Aku belajar erti maaf tu dari kisah Asyira. Aku tak pedulik orang nak kata aku kawan dengan budak budak , sebab tu perangai pun macam budak budak . They are my family. They are my happiness. Aku bukan ada sebuah keluarga yang boleh lepak satu table penuh. Tak faham? Ulang baca semula ayat sebelum ini.

Keluarga tak semestinya datang dari darah daging kita bukan? Semua yang kita rapat boleh jadi keluarga kita.

Dulu aku memang susah nak maafkan apatah lagi nak mintak maaf. Tapi, bila dia cakap “makin saya cakap makin susah saya nak maafkan” Wow, betul betul terkesan dalam hati aku.

Jadinya, erti sebuah kemaafan ialah bila kita kurang berkata tentang rasa sakit itu. Aku pun sedang belajar. Dari dia yang mudah memaafkan. Hati aku dah rasa sakit yang lama. Sekecil kecik perkara yang orang buat , aku terus cepat terasa.

I heal that pain alone! Tapi, aku sedar sekarang. Allah hantar kan bestfriend kecik ni untuk aku belajar jadi lebih pemaaf. Kalau kita nak rasa bahagia, kita kena mudah memaafkan orang kan? Walaupun hati kita tetap rasa kita tak salah.

“Sedangkan Kekasih Allah , Baginda Rasulluah Swt pun mengampunkan umatnya apatah lagi kita hamba Allah yang dicipta dari tanah”

Terima kasih , Nur Asyiratul Akma sebab awak cakap macam gitu, kak Ain akan ingat sampai bila bila.

psstt ; Dia pesan jugak “ kalau Kak Ain ada boyfriend, saya kena tahu jugak. Yelah,  kak Ain kan kakak saya!” Kbye.

TULIS YANG BAIK BAIK

naim daniel


TULIS YANG BAIK BAIK


'Tuliskan yang baik baik, jika baik niat kita,maka baiklah karya kita. Jika buruk niat kita, maka buruklah karya kita.' - Naim Daniel

Mendalam ayat Naim Daniel, terus aku reflect pada diri aku sendiri. Lately ni i kinda loss my sense of writing. Lama tak bukak blog. Seperti yang sedia maklum, kalau aku tak bukak blog maksudnya memang aku tak akan langsung blogwalking ke blog kawan kawan blogger yang lain.

Kalau diikutkan hati, emosi dan perasaan yang sedia ada sekarang , mahu sahaja aku lontarkan disini. Tapi , bila aku terdengar ayat ND ini terus jadi macam “wow”. Aku nak benda yang baik baik datang kepada aku. Tak semestinya yang negatif dan buruk itu datang kepada aku, seharusnya aku membalas seperti itu.

Aku pilih untuk diam dan tidak melayan perasaan itu. Sumpah! Sakit sangat hati. Mesti rasa sakit sangat! Aku tak tipu. TAPI, terus aku cakap pada diri aku, aku nak yang baik baik untuk aku. Jadi aku perlu tulis yang baik baik.

Ada orang dia Tulis , bila dalam keadaan emosi yang bermacam. Bila dia marah, dia tulis tanpa fikir “baiknya” yang perlu kita beri. Aku rasa , cukup untuk peringatan diri sendiri. Aku mahu tulis ketika emosi aku dalam keadaan BAIK. Sebab sebagaimana yang aku mahu Tuhan beri yang BAIK untuk aku.

*Doakan yang baik baik untuk Nur Farahain. (mesej ringkas untuk diri ini kepada yang membaca) 😍