GELANG MAMI JARUM ... Tudia !!

GELANG MAMI JARUM ... Tudia !!

Topik 52 Hari ni ialah bertajuk " My Biggest Fashion Accessories " . Aksesori ni macam gelang , rantai , cincin , ear ring dan bermacam lagi. Well , perempuan kan.. mesti lah always nak nampak terpalinggg cantik . Hahaha .

Aksesori yang paling aku suka sekali ialah bracelet atau dalam bahasa melayu nya gelang tangan . Dulu-dulu pernah lah kejap buat bisnes bracelet , siap dah nak deal dekat website Taobao dan Alibaba untuk bawak masuk latest design dekat sini. Tapi , bisnes tu terhenti. Aku rasa sebabnya aku ni bukan typical fashionista gituww. Yelah , bab pesyen ni kelaut kot.
"I just love it ! " Tu tak cukup kuat kalau kau tak betul-betul hadam setiap details fashion. Fashion ni pula dia trending . Kalau lambat habis stok kau tersimpan bawah katil je nanti. Anyway , kenapa aku suka gelang ? Aku suka sebab aku boleh nampak , boleh belek-belek dan dia macam kalau bergambar kan , gelang tu boleh jadi barang untuk di highlight . Kau tengok jela cerita mami jarum , tu dia.. bab tayang gelang dah sampai ke lengan pegi nya.. Sebab apa ? ianya mudah terlihat dari pandangan mata manusia. 
Kalau perempuan bertudung pakai rantai dah tak nampak , cincin pula kecik .. So , gelang je la boleh dijadikan bahan menunjuk. HAHAHA . Korang boleh tengok sekarang macam mana obses nya perempuan kalau masuk kedai emas . Astagfirullah , gelang yang paling besaq dan tebai tu la menjadi pojaaan hati ~~~ Selagi hat tak besaq tu...dia tak mau.. Nanti takdan nak tunjuk kat orang.. HAHAHHAHA (sila baca gaya mami jarum) 
Aku punya bracelet semua nya murah-murah je stok pasaq malam kedai tepi jalan je kak long oi~~~ . Kita belum level mami jarum.. Hahahha . Boleh tengok gambar-gambar aku. Berangan juga nak ada koleksi gelang dari jenama Pandora , Swarovski , Tifanny & Co . Aaaaaa... Insyallah..

Uollss ade ke gelang mami jarum ? 😜

"Aku Takde Masa ..."

"Aku Takde Masa ..."

Untuk kisah 52 Hari ni membawa topik Time Management atau dalam bahasa melayu pengurusan masa. Sejujurnya , semenjak pkp bulan mac lalu dilaksanakan , aku sedar yang sistem pengurusan aku makin teruk . Bukan itu sahaja , penyakit insomnia tu datang balik. Aku jadi pemalas dan tak bersemangat macam Nur Farahain yang sebenar . 

Bila dah nak habis 2020 ni baru aku perasan , aku tak boleh dah macam gini . Sebab tu juga , aku start buat blog challenge ni. Bila aku buat , aku akan set dekat mind aku , " i need to write.. to complete the days" . Aku mula dulu dengan cara yang macam gini . Banyak juga cara lain yang sedang aku prektik kan . Antaranya , kurangkan portion nasi atau carbs yang diambil setiap hari . Sebab nak kurus kena buang tabiat-tabiat buruk tu. Selain itu , aku try juga ubah sistem tidur . Belajar untuk shut down telefon lebih awal . 

Kurangkan scrol social media . I realize , semakin i kurang scroll social media...semakin i dapat buat banyak benda . I start to say NO for things or people . Kalau kita rasa kita tak boleh buat atau nak spent time dengan orang..belajar lah cakap tak boleh . Say No tak bermaksud yang kita ni teruk , anti social . Cumanya ada ketika kita perlu hidup dalam norma baharu. Wahhh norma baharu kata nya. 

Actually , semalam aku ada tanya soalan ni dekat satu akak. Aku confess yang time management aku makin teruk . IDK! Nak jumpa orang pun aku dah macam tak excited macam dulu-dulu . Tiber , hari ni kena tulis pasal ni pula. Kihkihkihkih . What a coincidence ! To conclude this topic , sebenarnya DIRI KITA JE YANG BOLEH UBAH. (Cakap kuat-kuat dekat diri sendiri) 

Aku selalu percaya , dalam apa benda yang kita nak achieve .... attitude is number one ~~~ tak guna you cantik ke , you kaya ke ...tapi tingkahlaku teruk dan tak berdisplin.. Memang at the end kelaut jugak nanti..

Sebenarnya kita ada je masa.. yang selalu cakap takde masa tu.. sebenarnya dia perlu adjust timing sendiri so that 24 jam setiap hari tu rasa cukup je yang Tuhan berikan .

Korang...cam mane handle masa korang ?Komen komen ...nak juga baca pandangan korang..


MY FAVOURITE BOOK

MY FAVOURITE BOOK 

Kelakar pulak rasanya topik 52 hari ini ..tentang buku kegemaran.. Honestly speaking , aku memang dah jarang giler membeli buku. Aku bukan jenis ulat buku. Hahaha . Ade jugak yang bagi hadiah buku pun aku tak pernah habis baca . Idk ! 
 sejenis manusia suka membaca di social media sahaja!

I would say my favourite book ialah TWITTER. Dekat sini jelah , tempat dan ruang i membaca. Sebab nya aku jenis suka membaca social sharing yang macam gitu. Kedua nya , ofcourse la Blog! Dua ni je port yang aku akan habiskan masa membaca. 

So , sorry la mungkin aku bukan typical blogger macam korang yang suka masuk kedai buku , beli buku , read all the books .. Homaigodddssss ...i tak macam gitu .. Hahaha
Jadi disebabkan bahan bacaan aku ialah Twitter dan Blog , aku akan hadkan apa yang boleh dibaca dan perlu sahaja . Korang sebenarnya boleh kawal apa yang perlu tengok ..because its your social media .. You yang kena control OKAY! 

Jadi kepada si ulat buku , maafkan diri ini kerana akuain bukan si ulat buku. Hahahaha.