IKEA Tebrau Anjurkan Program CSR Di Rumah Anak Yatim Shafar

 IKEA Tebrau Anjurkan Program CSR Di Rumah Anak Yatim Shafar : 

Assalamualaikum dan salam ramadhan hari ke 8 . Alhamdulilah , bersyukur sangat tahun ni kita masih diberikan peluang untuk berpuasa di Bulan Ramadhan . Kebiasaannya , bulan Ramadhan ni akan banyak program - program berbentuk islamik serta program kebajikan . Antaranya ialah program CSR (Corporate Social Responsibility) yang dianjurkan oleh IKEA Tebrau .

program csr ikea di rumah anak yatim shafar


Pada jam 4 petang , kami berkumpul di Rumah Anak - anak Yatim Shafar yang terletak di Kampung Pasir Tampoi Johor Bahru . Sejujurnya , ain tak pernah lagi sampai ke sini dan tak berapa tahu sangat tentang rumah anak yatim disini . Tapi ,Alhamdulilah diberi peluang untuk bersama dalam program CSR .

Program ini bermula jam 4 petang , awal nya kami berbual - bual dengan anak - anak yatim disitu . Subhanallah . Rasa sayu hati ini ye la ain pun dah tak ada ibu . Melihat wajah adik - adik tu , rasa sebak di dada . Comel - comel sangat ! Bukan itu sahaja , pujian harus diberikan kepada pengurusan Rumah Anak -anak yatim shafar kerana menjaga kebersihan sepenuhnya . Boleh dikatakan sangat bersih di kawasan rumah ni .
program csr ikea di rumah anak yatim shafar

program csr ikea di rumah anak yatim shafar


Selepas berbual - bual dan berkenalan dengan adik - adik disitu , sumbangan makanan untuk berbuka dan barang keperluan dari produk IKEA disampaikan oleh pihak IKEA . Jelas terpancar wajah ceria adik - adik tu bila mendapat sumbangan .

Bukan itu sahaja , sebelum kami beredar pulang , mereka sempat membuat persembahan "terima kasih" kepada pihak IKEA . Banyak kali juga mereka 'bye bye ' kitorang semua . Semoga Allah sentiasa memelihara mereka semua . 
program csr ikea di rumah anak yatim shafar

program csr ikea di rumah anak yatim shafar


Terima kasih IKEA Tebrau kerana sudi membuat program CSR ini . Semoga lebih banyak lagi program -program dapat dijalankan di sekitar Johor ini . 

Tips Bulan Ramadhan

 

tips bulan ramadhan

Tips Minum 8 Gelas Air Di Bulan Puasa
  1. Selepas bangun sahur
  2. selepas azan magrib
  3. selepas sahur
  4. selepas solat magrib
  5. selepas makan
  6. selepas solat isyak
  7. selepas solat terawih
  8. sebelum tidur

tips bulan ramadhan

7 Tips Kesihatan Ramadhan 
  1. Tidak berlebihan ketika berbuka puasa
  2. Kurangkan makanan yang terlalu berempah dan pedas
  3. Elakkan tidur yang berlebihan
  4. Kurangkan mengambil makanan yang bergoreng dan berminyak
  5. Elakkan minuman berkafien
  6. Banyakkan minum air terutama air kosong
  7. Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur sayuran