"Desperate betul kau nak cari jodoh eh"


Assalamualaikum . mungkin ada yang paham mungkin ada yang masih belum kenal ain. Ain pun tak salah kan persepsi orang pada diri Ain . Gambar di atas tu kawan ain Huda dia mention dekat Instagram Story . Spesis ain ni pulak suka buat lawak . 

Ain mentioned story tu dekat Instagram dan Ain tulis la " haluu puliss.. nak carik jodoh boleh tak.. k bye " . Ketahui lah apabila ain "berhalu pulis" tu maksudnya ain tengah buat lawak . Tak sangka kawan sendiri boleh menilai aku ni desperate . Sedihnya rasa . 

Jujurnya , bila dah 30 dan masih tak berkahwin memang kena cop macam gini ehk . Bila kita post pasal jodoh pun ada juga yang menilai aku macam gitu . Ada yang kata aku memilih . Memang la kena pilih , ingat jodoh tu macam beli jajan dekat kedai dua ringgit ke?  Siapa je yang tak nak kahwin ?  Siapa je tak nak ada lelaki kat sebelah yang boleh hidup susah senang dengan kita ?  Siapa je yang tak nak bangga bertitle kan Puan ? Siapa je yang tak nak ada orang cinta kita ?? sayang kita ? 

Entahlah , dari awal tahun lagi ain dah banyak terasa hati bila ada orang sentuh isu ni . Minta maaf kalau kawan tu terbaca posting ni , tapi hati aku kena jaga jugak ! I'm sick of it ! Ada yang acah -acah keneng gitu tapi aku sendiri boleh rasa lelaki tu tak ada effort nak berkenal dengan aku . Kalau tak dah lama dah dia tegur aku . Maaf la , pada aku nilai Jodoh tu terlalu tinggi disisi aku . Ianya hadiah paling bermakna dari Tuhan untuk kita merasai cinta . 

Tahu la dah kahwin , dah ada suami , dah jumpa jodoh . Tapi tu bukan lesen nak cakap perempuan umur 30 ni desperate , memilih sangat . Orang tak tahu aku selalu nangis . Tuhan yang jadi saksi air mata tu . Tuhan selalu dengar rasa sedih tu . 

Sampai satu tahap i keep asking myself "aku ni teruk sangat ke sampai tak ada orang boleh bagi rasa cinta tu pada aku ?" . Sedih nya . Hmmm.  Tak apa la .. mungkin yang lambat datang ni akan membimbing aku ke syurga Allah .  Aku ni tak ada pebimbing di rumah . Semua banyak sendiri - sendiri . Ibu dah meninggal. Tapi satu pesan ibu akan sentiasa aku ingat .

"Ain boleh kawan dengan ramai lelaki , tapi satu je ..kalau nak cari suami , memang kena pilih betul -betul " . 😭

*sambil taip ni pun air mata mengalir.. Ya Allah , semoga Engkau berikan aku kekuatan .

Pergi 3 Event Dalam 1 Hari , Throwback Kisah 30 April 2019

Assalamualaikum . Facebook keluarkan kisah throwback ain pada 30 April 2019 . Gigih nya masa ni sebab boleh tahan pergi event dari pagi sampai ke malam dengan tak balik rumah nya dan pakaian yang sama. Tak silap masa tahun 2019 ni waktu -waktu macam gini banyak full dengan buffet ramadhan review . Jadinya , tahun tu ain siap nak bawa tema Berbaju Kurung ! Aaa gitew ! Tapi pada 30 April 2019 ni , ain pakai baju dress . Best fefeling jadi gegurllzz terus rasa . 




Kisah 30 April 2019 ni bermula apabila Boat Noodle buat opening di Midvallley Southkey . Tak ingat masa ni dah puasa ke belum .Tapi kalau makan time siang tak puasa lagi lah kan. Kihkihkih 🤣 . Masa ni suka gila tengok Dina Nazir mengacara dan juga Hanif Era . Meriah event nya , balik je dari tu kitorang lepak Puteri Harbour dan solat di situ . Sempat ain posing bergambar  photo shoot disitu . Nasib la kak Sunah banyak melayan ain . 
Petang sampai malam kitorang ada buffet ramadhan review di Legoland . Makan - makan la sambil ambil gambar semua . Tapi tak lama kemudian , ain mintak diri sebab ada satu lagi review kena buat iaitu ke Butik Kacax di Plaza Angasana . Gempak siot ain boleh gigih hadap dan layan 3 event sekali gus . I think that is because i love this kind of things . Jumpa orang . jumpa orang dan jumpa orang ! 
Kenangan betul bila diimbas kembali pada tahun 2021 ni ! Betulah orang cakap pengalaman tu sangat berharga .. Pengalaman ni la mengajar dan mendidik ain untuk lebih memperbaiki diri untuk berurusan dengan orang .