First Time Masak Ikan Siakap Asam Pedas

nasi putih asam pedas

Assalamualaikum . Semenjak ain makan ikan siakap masak asam pedas tempoh hari di kedai makan peh dia punya sedap terangkat siot . Terus la terasa nak masak sendiri . Kebetulan tengok ikan siakap di Giant tengah offer 2 ekor RM 14 dan tengok kualitinya masih elok lalu ain pun rembat lah . Cumanya tak larat nak siang ikan tu la dia punya sisik tu boleh terbang satu rumah . HAHAHAHA.

Selama ni ain masak asam pedas pun ayam je la , tu pun tak la sesedap macam makan di kedai . Mungkin diri ini memang tak pandai masak asam pedas , tapi dengan menggunakan perencah asam pedas ni , peh lagi super duper sedap .

masak asam pedas ikan siakap

perencah asam pedas

Ain hanya blend bawang merah , bawang putih dan lada merah . Panaskan minyak dan tumis sehingga garing lepastu baru letak perencah asam pedas tu . Bubuh asam jawa dan perasa kan garam dan gula . ITU JE ! ABANG AIN KATA SEDAP . Kita yang tukang masak ni apa lagi , bila kena puji . HAHAHAHAHAHHAA.

Dengan ini , ain isytiharkan ini la kali pertama ain masak ikan siakap asam pedas .HAHAHA . Dulu nya ingatkan ikan siakap ni sedap masak stim limau dan tiga rasa je kan . Tapi , dah boleh tambah menu baru dah ni ~ Macam biasa , kepala ikan ialah kegemaran ain jadinya dah asing kan siap siap untuk ain makan . HAHAHHAA.

kepala ikan siakap asam pedas


*Kadang kadang bahan nya tak perlu banyak pun , janji kita pandai balance kan rasa masakan tu kan ~~


BACA JUGA : ayah aku masak asam pedas ..sedap woi ~

Sejuk Sangat Sampai Tidur Pakai Stokin Dan Tak Buka Kipas

tidur pakai stokin

Assalamualaikum . Semenjak dua menjak cuaca di Johor Bahru ni bukan main sejuk yer . Disebabkan terlampau rasa sejuk menyebabakan ain terpaksa tidur pakai stokin . Bukan itu sahaja , siap tutup kipas lagi . Lagi pula bilik ain ni memang jenis sejuk kemain kalau tengah malam tapi kalau tengah hari memang panas .

kipas dalam bilik tidur

Ain pula jenis kalau tidur buka aircond sekejap je dalam 30 minit untuk bagi sejuk bilik dan lepastu memang buka kipas . Tapi , cuaca nya begitu sejuk sebab asyik hujan juga kan . Mungkin sebab tu rasa sejuk sangat .

Ain ni boleh dikategorikan jenis kuat aircond juga . HAHAHAHA . Tapi , kalau dah cuaca begitu sejuk , memang totally give up ! HAHAHHAA. TUTUP KIPAS TERUS KAU !

BACA JUGA : Duduk di rumah ...nak buat apa yer ?

Masak Mee Goreng Biasa Je Tapi Kemain Sedap !

resepi mee goreng simple


Assalamualaikum .Untuk dinner semalam terasa nak masak mee goreng . Tapi tak ada la bahan yang meriah sangat . Mee goreng biasa je janji sedap dan kena dengan tekak . Kihkihkih.

Bahan bahan yang ain letak alahai malu nak kabo , sebab simple sangat . HAHAHA . Ain hiriskan bawang merah dan bawang putih lepastu cili merah dihiris dan potong juga fishball . Cuma nya cara ain masak ain lebih suka tumis fishball dulu goreng sampai dia garing sikit baru masuk kan bawang dan cili .

Tapi , yang menjadikan ianya sedap ialah perencah mee goreng . Perencah ni la penyelamat dan menyedapkan lagi masakan mee goreng biasa ain ni . Ain tak berapa suka letak telur dalam mee goreng sebab nanti rasa muak . 

perencah mee goreng

Ain perasakan sedikit dengan garam dan gula dan tak ketinggalan letak juga kicap sedikit supaya nampak gelap mee tu . Kalau tak gelap hati ni rasa macam tak sedap rasa mee tu . HAHAHHA . Mungkin jenis suka mee yang letak banyak kicap kot . 

Maka , terhasil lah mee goreng biasa je dengan menggunakan perencah mee goreng tu . Untuk orang bujang macam ain ni , sangat bagus kalau sediakan stok perencah macam gini jimat sikit tak payah nak membeli bahan yang banyak sangat untuk memasak .


Koleksi Resepi yang lain <KLIK SINI>