PEMBORONG KEREPEK DAN BISKUT RAYA DI SITI RAYA FOOD RENGIT BATU PAHAT JOHOR

PEMBORONG KEREPEK DAN BISKUT RAYA DI SITI RAYA FOOD RENGIT BATU PAHAT JOHOR | Kalau sebelum ini ain selalunya akan pergi ke Azhar Food dan juga Kripeks Md Shah yang dikongsikan oleh Blogger Sis Lin  , kali ini ain pergi pula ke Siti Raya Food untuk membeli kerepek dan biskut sebelum hari raya . 


Maksudnya , bukan hanya fokus pada hari raya sahaja tetapi , hari hari pun boleh beli di Siti Raya Food ni . Macam mana ain boleh tahu tentang tempat memborong kerepek dan biskut ni ? Jawapannya sudah tentu dari ayah ain . Ayah kan memang asal dari Rengit Batu Pahat , jadinya ayah la yang ceritakan tempat best ni . Bukan itu sahaja , pemilik Siti Raya ni juga merupakan kawan ayah . Tak salah la nak rekomen tempat yang terbaik untuk membeli kerepek dan biskut raya ni kan .

sheisfarahain di siti raya food


Terletak betul - betul di tepi jalan , lokasinya sangat strategik serta mempunyai keluasan parking yang luas. Macam biasa sebelum nak masuk scan MySejahtera dan di luar sudah disediakan bakul untuk shopping di dalam . Bukan itu sahaja , terdapat tester kuih dan kerepek yang disediakan di ruangan sebelah bakul . Tapi waktu tu ain tak rasa pun , terus je masuk . Hehehe . WOW ! Masuk masuk je tengok cara susunan kedainya , best nya!


Seperti biasa , ain akan tengok dulu dibahagian kerepek memandangkan memang sejenis suka makan kerepek . Dulu semuanya nak diangkut beli , tapi sekarang dah pandai pilih , hanya ambil mana yang nak makan je . Selesai window shopping di ruang kerepek , ain pergi pula di bahagian susunan kuih dan biskut . WOW! Bukan hanya biskut raya biasa je , tapi biskut moden pun ada juga .

bakul dan tester di siti raya food

borong kerepek di siti raya food batu pahat

pelbagai kuih disediakan di siti raya food

ubi cheese di batu pahat


Ain ambil kapit crunchy yang disaluti dengan peanut butter dan coklat serta biskut coklat . Sedap . Apa yang menarik tentang susunan kuih dan biskut disini ialah , ianya juga ambil daripada produk jenama yang lain . Jadinya , kalau teringin nak makan biskut sarang semut ke , boleh la tengok juga jenama produk yang lain . 

kuih raya sedap di batu pahat


Antara biskut moden yang ada ialah tart Cadbury , biskut floretine , brownies cookies , dan bermacam - macam lagi . Untuk pengetahuan , disini juga ada menjual crust cheese tart jadinya yang nak buat cheese tart tu tapi malas nak sediakan crust nya , boleh la memborong disini.


Siti Raya Food ni juga mempunyai killer product antaranya ialah kuih bangkit , kuih bangkit cheese , dan kuih bangkit gula melaka . Ayah ain memang akan selalu datang beli dan borong stok makanan kunyah kunyah nya disini . Rupa -rupanya , Siti Raya Food ni ada juga akaun TikTok . Boleh tahan aktif ! Betul la orang cakap sekarang , walaupun meniaga di kampung , social media tetap kena aktif untuk buat hebahan supaya lebih ramai lagi orang tahu kan . 

bangkit cheese

kuih bangkit gula melaka



TikTok Siti Raya Food


*Time raya nanti , kalau malas nak buat kuih raya , borong aje disini ~ 

pemborong kerepek dan kuih batu pahat



Siti Raya Food 

Lot 7238 , Jalan Besar Kampung Sungai Bagan 

Rengit , Batu Pahat Johor

019-7609961 / 013-7427906


Baca artikel lain yang berkaitan :



Sarapan Mudah Masak Nasi Goreng Dan Cucur Ikan Bilis

 Sarapan Mudah Masak Nasi Goreng Dan Cucur Ikan Bilis 

Assalamualaikum . Sebagai seorang yang hidup masih bujang tetapi lebih suka memasak , pasti rasa tak senang duduk memikirkan nak masak apa bila di rumah . Itu la yang terjadi pada ain . Ain memang suka masak sendiri , masak yang simple , mudah dan senang serta tak perlu nak membeli bahan - bahan yang banyak .

Jadinya , untuk sarapan pagi hidup sebagai orang bujang perlulah senang dan cepat untuk disediakan . Pilihan ain memasak sarapan pagi ialah nasi goreng biasa dan juga cucur ikan bilis . Nampak menu makanan macam bukan main panjang nama nya kan , akan tetapi ianya sangat mudah untuk disiapkan . Orang bujang macam ain ni malas nak habiskan masa yang lama di dapur tapi suka masak sendiri di rumah . 

sarapan nasi goreng cina dan cucur ikan bilis


Untuk selesaikan masalah diri sendiri yang tak suka nak membeli dan mencari bahan yang banyak untuk memasak , beli je yang pes atau perencah masakan . Iya , betul ! Semuanya akan lebih mudah dan cepat dengan ada nya perencah masakan . Kita orang bujang ni janji ada rasa  dan sedap dengan tekak kira orite la kan .

Nasi goreng tu ain guna perencah nasi goreng cina . Warna nampak kuning tu bukan sebab letak kunyit yer (HAHAHA ) , tapi ain guna minyak dari goreng sebabtu warna nya jadi kuning begitu . Resepi mudah hanya letakkan fishball potong kecil kecil dan hiris bawang merah serta bawang putih . Lepastu tuang je la nasi (semalam masak tak habis) dan rahsia sedap tu perencah nasi goreng cina tu la . 

Seterusnya , untuk cucur ikan bilis pula ain hanya bancuh ke dalam air panas + sejuk sedikit je . Beli peket kecil dan ain hanya guna separuh je tepung cucur tu . Tak payah dah pening kepala nak pecahkan telur , nak beli tepung , nak bubuh bermacam bahan lagi . Hanya sepeket tepung cucur ikan bilis dah siap !

Untuk dapatkan perencah nasi goreng cina serta tepung cucur tersebut , boleh la klik pada setiap gambar ! Ingat , tak cukup bahan takpe , janji masak ~

perencah nasi goreng

tepung cucur adabi

Beli Nenas MD2 Di Tepi Jalan

Beli Nenas MD2 Di Tepi Jalan 


Untuk pengetahuan , negeri Johor sangat tidak asing dengan tanaman buah nenas dan kawasan sekitar Ayer Baloi , Pontian dan Batu Pahat antara port atau lubuk nenas yang popular di negeri Johor . Memang menjadi kebiasaan ayah ain sewaktu pulang ke kampung , untuk membeli nenas sebagai buah tangan pulang ke rumah . Nenas yang dipilih semestinya nenas MD2 .


Kenapa namanya Nenas MD2 ?
Ain kurang pandai sikit nak menerangkan maksud dan kelebihan nenas md2 ni , tapi boleh rujuk di posting Blogger Anim Agro Technology 

Jadinya , dalam perjalanan pulang dari kampung memang wajib singgah di gerai tepi jalan yang menjual nenas md2 ni . Ain ni kan budak bandar , kerja nya tangkap gambar jela ! HEHEHE . Nak potong nenas pun tak pandai , selalu kalau dekat rumah yang tukang potong nenas cantik cantik tuuu haa abang ain , adik perempuan dia ni masuk ke mulut je pandai . KAHKAHKAHKAH .

nenas ayer baloi pontian



Khasiat Buah nenas 
  • Menurunkan berat badan
  • Membuang toksin yang tidak diperlukan dalam badan
  • Membakar lemak berlebihan
  • Memberikan tenaga
  • Kaya dengan sumber vitamin
  • Kaya dengan serat dan fiber
  • Tinggi antioksida
  • Mengatasi masalah kembung
  • Dapat turunkan tekanan darah
  • Baik untuk kulit

nenas md2


Ketahui Ciri - Ciri Nenas MD2
  • Isi buah berwarna kuning dan padat
  • Rasa manis keseluruhannya walaupun berwarna hijau
  • Daun dan mata kulit tidak berduri
  • Tahan lasak dan tak mudah rosak
  • Manis dan segar
  • 4 X Vitamin C
  • Tak lidas dan tidak gatal
  • Bentuk silinder dan segi empat lonjong
  • Warna kulit kuning keemasan dan mata kulit bersaiz besar
Baca juga : Makan Durian kampung 

nenas pineapple city

Lokasi : Kampung Parit Panjang, 82100 Ayer Baloi, Johor 
Telefon : 017-739 6398


Haa , selalu kita pandai makan je kan ... Sedap nya kan kalau dapat makan nenas cicah dengan kuah rojak petis tabur kan sekali dengan kacang . Peh sedap ! *Klik gambar dibawah untuk dapatkan kuah rojak mak bee