Cerita Aku Balik Kampung

 Cerita Aku Balik Kampung 

Selepas dari mengundi untuk PRN Johor 2022 , Ain mengikut ayah pulang ke kampung . Ingatkan balik kampung tak jem jalan , sekali jalan jem yer kawan - kawan semua ! Ini semua gara - gara pilihan raya . Sewaktu menghampiri nak masuk ke lebuh raya utara selatan ( Tol Skudai ) , nampak dari flyover atas dah beratur kereta . Ayah yang nampak terus straight dan buat keputusan tak nak masuk highway memandangkan terlalu banyak kereta . Jadinya kita lalu la jalan lama , terus ke Kulai . 


Pusing punya pusing know know already arrive at kampung . Cadang nya nak bungkus nasi ayam bohari benut yang popular tu , sekali punya la ramai dan masih tak dapat lagi makanannya . Jadi , ayah terus cancel . Pusing la kami di sekitarnya mencari makan tengah hari . Suasana di kampung meriah memandangkan ramai orang kampung keluar mengundi , dan kedai makan pula eh banyak yang tak buka . Sekali mata ain terpandang satu warung dan ain ternampak pakcik tu makan nasi dan lauk  , terus ain cakap dengan ayah untuk pergi ke warung tersebut . Kami bungkus la nasi putih . ikan masak asam pedas dan sayur campur .

kampung di batu pahat


Baca juga : Dari Pontian Ke Batu Pahat


Sampai je di kampung , alahai tak lain tak bukan terus laju ke tandas memandangkan dah lama menahan kes mencari makanan tengah hari tu punya terpusing pusing lama . HAHAHA . Selepas itu , Ain tuangkan lauk yang di tapau tu ke pinggan dan makan la kami . PEH ! SUMPAH SEDAP YANG AMAT KUAH ASAM PEDAS TU . Orang cakap , kalau lauk asam pedas di kampung biasanya sedap sedap kan , tapi yang ni memang sedap dan tak terlalu pedas serta kuahnya pekat dan tak bertakung minyak . Cukup perfect untuk mengenyangkan perut yang tengah lapar .

asam pedas dan sayur

lauk kampung di johor


Perut pun dah kenyang , apa lagi mata pun mengantuk la . Duduk la sekejap merenung masa depan (memandangkan internet memang sendu dan tak dapat langsung) . Selepas itu , kami berehat la sekejap . Dah bangun dari tidur , badan pun dah rasa segar terus la bergerak singgah ke rumah adik ayah . Bukan itu sahaja , kami juga pergi melawat ke kebun kelapa sawit . Pusing punya pusing dah petang dan ayah cakap ada satu nasi goreng chicken chop sedap yang selalu dibelinya


Baca juga : Makan Durian Kampung 


Nasib la buka kedainya , sebelum ni masa ain balik kampung pada bulan januari tak buka (mungkin pergi wrong timing ) , lalu kami membungkus la makanan masing - masing . Memandangkan perut ain dah tak nak nasi , ain bungkus chicken chop set besar , fries dan air asam boi juga . *Hanya ambil gambar kedai je , chicken chop nya lupa nak ambil gambar . HAHAHA . Boleh tahan sedap dan kedai ni ramai juga yang datang . 

faradyna kitchen batu pahat

chicken chop sedap di pontian batu pahat

suasana kampung



Ayah selalu cakap dekat kitorang , "kalau nak internet , pergi sebelah atas..situ je line internet okay" . Aku ni pula blur dan selow, dalam hati ni tertanya la sebelah atas mana ehk ? HAHAHAHA . Rupa - rupanya , bahagian atas tu di bahagian depan sekali kampung tu . Rumah kampung kan ada ruang depan yang lagi tinggi kan , dan yang bahagian belakang ( bawah tu dah di renovate ) , ke bawah dan menyebabkan line internet memang kelautan dalam terus . Bila naik ke atas tu , baru la dapat internet . Laju juga sebab ain boleh download drama korea untuk di tonton sebelum tidur .


Cumanya ruang atas tu jarang di duduk , (ruang tamu dan ada juga bilik ) tapi yang internet paling laju tu dekat ruang tamu . Tapi tu la bila malam agak scary juga sebab mungkin situ je bahagian kayu kan . HAHAHAHA . Kepala otak ni kadang nakal fikir bukan - bukan . Padahal , waktu malam situ yang paling sedap tidur sebab sejuk tak payah la bukak kipas , cuma nya banyak nyamuk kampung jela mungkin .


Malam selepas magrib , kami anak beranak semua berangkut ke ruang atas , nak tengok keputusan pilihanraya la kata kan . Ayah pula sibuk membetulkan entena tv legend dekat kampung tu , tapi asyik hilang - hilang je (mungkin di tiup angin ) Hahaha . Ain bawak laptop , siap bawa stok movie lagi incase kalau bosan tak tahu nak buat apa (sebab dalam kepala otak kan dah fikir tak ada internet). Ain cakap dekat ayah , buka jela dekat laptop ain , guna hotspot . Haa , kemain kami anak beranak malam tu . Berkumpul dekat atas tu , sampaikan ain ambil selimut sebab dah rasa sejuk tau . *Ikutkan nak je bawa tilam tidur kat situ memandangkan situ internet laju dan sejuk. Tapi perasaan penakut fikir bukan bukan tu datang pula dalam kepala otak  , lagi pula rumah kampung tinggal lama kan ..KIHKIHKIH . Lagi jahat fikiran ni nanti !

budak bandar masuk kampung


Bila di bahagian bawah tu pula , internet tak dapat dan panas. HAHAHA . *Dasar budak bandar badan kerja nak aircond je kan ! . Kami bermalam sehari je dan keesokkanya pagi ayah ke masjid solat subuh dan bawak balik kuih muih untuk mengisi perut . Seterusnya kami ke kenduri kahwin dan mengisi terus perut dengan lauk kenduri kahwin . Tapi , yang bestnya siap ada goreng goreng macam dekat pasar malam tu , siap ada mee goreng dan keow teow goreng lagi . Ain sempat merasa keow teow goreng ! *dalam kepala otak terus fikir kalau buat majlis , guna cara macam gini pun okay juga . Hahaha .


goreng char keow teow



Baca juga : Ana the kampung boy


Selepas perut dah kenyang , kita pun pergi la ke pasar memborong ikan . Kihkihkih , itu la antara tujuan balik ke kampung . Ikan di sana cantik cantik dan harga pun tak la mahal kalau nak bandingkan di bandar . Selepas dah membeli ikan , ayah cakap nak tak beli kerepek , tapi beli dekat tempat kawan ayah . Tempat baru . Selalunya akan beli dekat Azhar Food tak pun dekat Kripeks Md Shah . 

borong kerepek pontian batu pahat


Ain pun ikut jela ! Tempat baru ! Best ! Meriah juga kedainya . Nama nya Siti Raya Foods . Memborong la kami anak beranak kerepek dan kuih raya . Orang cakap , dah raya dulu sebelum berpuasa . HAHAHA . 

travel perfume
klik gambar untuk info lanjut

1 ulasan:

  1. Bestnya balik kampung... suka la balik kg kayu... malam mmg sejuk gila.. time tghari, panasss gilak... Rindu kampung atok.. Dah lama tak balik sejak arwah Atok meninggal..

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.