Kenapa Aku Nak Tulis Blog ?

Kenapa Aku Nak Tulis Blog ?

Assalamualaikum . Terlintas dihati untuk menulis artikel bertajuk "Kenapa Aku Nak Tulis Blog ? " . Tajuk ini ditulis kerana terbaca artikel dari Blogger Sishawa yang menceritakan tentang Bagaimana untuk tingkatkan trafik dan visitor blog . Seterusnya membawa kepada sesi latihan menulis di blog akuainkausiapa ini . Tips pertama dari artikel Sishawa itu ialah mengenai cari kelebihan sendiri untuk diketengahkan . Dalam huraian point tersebut tentang tanya pada diri sendiri "kenapa aku nak tulis blog"

Kenapa Aku Nak Tulis Blog ?



Jadinya , ayuh lah kita senaraikan sebab kenapa aku nak tulis blog ?

  • Menulis sebagai terapi diri
Aku pernah huraikan tentang menulis sebagai terapi diri ini dalam satu artikel di sini . Iya betul , bila menulis di blog rasa memang sebagai salah satu cara dan terapi untuk diri sendiri .

  • Dari kecil memang dah ada diari sendiri
Semenjak dari kecil (bermula sekolah rendah darjah 4 mungkin) , aku dah ada diari sendiri . Aku luahkan semuanya di diari . Apa yang berlaku pada setiap hari , bila aku sedih , bila aku happy . Boleh dikatakan semua perasaan tergambar di diari tersebut . Oleh sebab itu , aku jadikan blog akuainkausiapa ini sebagai diari online .

  • Malas nak tulis tangan , menaip lagi cepat
Aku ni spesis manusia yang moden serta ikut trend terkini . In fact , aku memang dah jarang menulis tangan ( handwriting ) . Tulisan pun entah la , nak kata cantik pun tak , buruk apatah lagi . HAHAHA . Kan senang , menaip di blog kalau dulu nak menulis kena cari pen dan kertas atau buku diari . Kalau di blog , log in masuk dan taip la . Siap boleh buka lagu , google search untuk info -info yang nak dimasukkan , dan kalau salah taip boleh repair semula . Kalau tulis tangan , aduhai . MAKAN KERTAS LAGI , DAKWAT PEN LAGI . Bab bab kertas ni , kita macam geram sikit terutama orang yang kuat membazir kertas . HAHAHA . GO Digital lah gais !


  • Menulis boleh mendapatkan duit
Betul ke point yang ini ehk ? Jawapannya ada yang betul ada yang tidak . Tapi , tak dinafikan memang ada juga dapat hasil review , media invitation dan content writer . Jujurnya , nak kata dapat selevel dengan gaji orang yang bekerja di office tu , untuk Ain tak la (mungkin sebab masih belum explore lagi banyak cabang tentang peluang membuat duit dengan menulis ) > Kepada yang tahu tentang cara menjana pendapatan dengan menulis di blog , boleh la tinggalkan komen yer 

  • Minat yang sama dari arwah ibu
Tak dinafikan , bakat dan jiwa menulis ini dari turun temurun . Memang sepenuhnya dari genetik arwah ibu . Aku ni pula yang merupakan satu satunya princess ibu ! Apa lagi , terikut ikut lah jiwa menulis ni . Nak kata zaman sekolah suka gila subjek karangan tak juga , tapi entah .. Menulis sebab rasa dan jiwa tu dah sebati dari arwah ibu .

  • Menghilangkan rasa sunyi 
Aku ni jenis suka bercakap , suka jumpa orang . At the same time , bila balik rumah dan duduk rumah , aku banyak rasa sunyi . Perasaan sunyi ni kadang kadang cuba untuk aku cover line , kadang kadang datang juga . Jadinya , dengan menulis di blog ni la salah satu cara untuk aku menghilangkan rasa sunyi . Bila jari jemari dah bergerak dan terus menulis , ianya seakan satu kepuasan dan sedikit sebanyak merawat hati ini dari terus rasa sepi dan sunyi . 


  • Setiap patah perkataan sangat bernilai
Aku sangat kagum kepada mereka yang sudah menjadi penulis yang kosisten . Bagus nya boleh update blog selalu , tak kering idea , tak putus ayat  , terus kosisten menulis . Aku ni sekarang sebab mood menulis tu je tengah ada , datang mood tu hilang . Jenuh woi nak cari semula untuk comeback . Pada aku kan , setiap patah perkataan adalah sangat bernilai . Dulu - dulu kan , aku ni boleh tahan juga sejenis manusia yang kuat menggunakan short form . Contohnya AQ =aku . HAHAHA . Bahasa alien ! Tapi , semenjak dah mula nak meulis dengan serius ni , aku belajar menjaga adab dalam menulis . Belajar tulis ayat penuh , walaupun berbalas mesej pun semahunya aku menaip dengan ayat penuh . Macam mana kita nak orang membaca penulisan kita , macam gitu la kita perlu menjaga tata bahasa kita sewaktu menulis . 


Okay , cukup la 7 sebab kenapa aku nak tulis blog ! Sudah kekeringan idea ! Kalau ada sebab lain , kita up artikel lain pulak okay . Apa yang penting ialah exercise menulis ni berjaya di tulis dan berjaya di publish di blog ini . Agak - agak ni berapa ratus patah perkataan ehk ? HAHAHA . 


Seterusnya , nak belajar pula menulis untuk SEO dan naikkan ranking blog di Google . Ada yang sudi mengajar ? 

Baca juga artikel yang berkaitan :

5 ulasan:

  1. Jap tengah fikir... kenapa ek aku tulis blog? Hehehehe

    BalasPadam
  2. Kenapa aku tulis blog.... suka menulis heheheee.

    BalasPadam
  3. KA asal dari menulis merapu-rapu... sekarang dah makin perbaik. Jom pakat cari duit sambil menulis.

    BalasPadam
  4. dulu suka-suka,orang ada blog hias cantik-cantik kita pun nak buat.Seronok singgah blog kawan-kawan dan paling penting dulu suka join giveaway.Lama-lama terbiasa menulis,dan sekarang boleh jana income pulak dari blog.Syukur alhamdulillah walau takdelah beribu sebulan, alhamdulillah ada rezekinya

    BalasPadam
  5. dulu tak focus sgt tulis seo, skrg semakin focus n nk kejar PV. Sebab nak tulis blog ni, nk kongsi ilmu pd orang lain yg membaca.

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.