Tolong !! Contact Lens Hilang Dalam Mata

Tolong !! Contact Lens Hilang Dalam Mata 

Gelabah , resah dan gelisah ! Itulah perasaan yang tergambar bila tengok contact lens yang diletakkan ke dalam mata hilang . Jangan la , contact lens ni ternaik sampai ke dalam mata . Ngeri sudah pastinya . Dalam hati dah terbayang dah kejadian yang selalu diceritakan oleh netizen kesan dari memakai contact lens . 

cara pakai contact lens



Punya lama ain membelek biji mata , mencari - cari mana la pergi nya merayap "mata palsu" ni ! Ini merupakan kejadian yang pertama kali sepanjang selama ain memakai contact lens . Ain start pandai pakai contact lens selepas SPM . Pernah on off juga , sekejap rajin gila pakai contact lens , sekejap malas gila memang pakai cermin mata je la . Selama bertahun - tahun pakai , sangat tak ada masalah . Cuma kalau tak cukup tidur memang rasa tak selesa juga la kalau memakai contact lens.


Pagi semalam lepas solat subuh macam biasa aku akan pakai contact lens untuk bersiap - siap . Aku memang akan pakai contact lens dulu sebelum mandi atau pun membasuh muka . Ini kerana , ain ni kategori rabun teruk juga la . Power tinggi tau . Ain banyak rabun dari silau , jadi nya tak jadi masalah sangat untuk kerap memakai contact lens . 


Tapi , kejadian semalam tu memang kelakar pun ada . Resah dan gelisah pun ada . Ain akan mula pakai contact lens sebelah kanan dulu dan seterusnya sebelah kiri pula . Tiba -tiba yang sebelah kiri tu yang hilang . Ain dok rasa memang contact lens dah masuk dalam mata . Lagi pula jari yang untuk masukkan tu gelap (sebab kena celup semasa mengundi ) , jadinya memang tak akan perasan contact lens tu pergi ke mana . Untuk pengetahuan , contact lens yang ain pakai colourless ( tiada warna ) . Memang sukar untuk nampak jika terjatuh .

pilihan contact lens terbaik




Dah gelabah , ain close up mata ain betul - betul depan cermin . Sambil tu ain gerak - gerakkan ( exercise mata ) kiri , kanan , atas bawah . Masih tak jumpa juga contact lens tu di dalam mata . Dalam hati , memang makin resah gelisah . Lalu ain buka contact lens yang sebelah mata kanan . Jadinya memang mata kedua belah kabur . Ain cuba lagi exercise anak mata supaya (dengan harapan kot kot mata palsu itu terjumpa la semula ) . 


Ain siap ambil gambar camera depan lagi dan selepas tu zoom in gambar dekat anak mata tu , nak cari mana la mata palsu aku ni hilang woi ! Waktu pagi pula jenis malas nak buka lampu , buka pun lampu bilik air je . HAHAHAHA . Malas nak terus rasa resah gelisah , ambil je contact lens baru dan pakai , dan bersiap terus untuk joging pagi . Sepanjang joging , mata tak rasa sakit atau pening kepala pun . Rasa biasa je . Macam pakai contact lens seperti hari hari sebelumnya . 



Malam sebelum tidur pun kita ni tengok la lantai ke , bakul sampah dalam tandas , serta sinki tempat mencuci muka tu . Mana lah tahu kan mata palsu aku ni memang terjatuh , bukan hilang dalam mata . Hahaha . First time tau rasa mata palsu ghaib ! Dah malas nak fikir dan cari , redha je la keesokan harinya ( pada hari ini ) . 


Pagi ini masukkan contact lens macam biasa dan masih lagi buat exercise mata sebelum pakai lens dengan harapan kot kot benda yang ghaib boleh bertemu kembali . HAHAHA . Hampeh ! Memang tak jumpa . Lepas dah balik joging , dan selepas mandi , ain macam terpijak something . EH EH EH EH ! NI KE MATA PALSU AKU NI ? OMGGGG ~~

sheisfarahain memakai contact lens


Akhirnya , contact lens yang ku sangka kan hilang dalam mata rupanya memang terjatuh ke bawah . Dah keras dah pun contact lens nya . Ain letak dalam solution ( pencuci contact lens) tu . Sebabnya nak menyakinkan tu memang betul - betul contact lens . Mana la tahu bukan ke kan . Selepas beberapa minit , contact lens tu kembali membentuk menjadi seperti kanta mata . Lega rasa di hati selepas dah confirm kan itu memang mata palsu yang ghaib semalam! *Ain tak akan guna lagi yer contact lens tu atas faktor kebersihan serta mungkin dah rosak . Bimbang dah tercemar dengan habuk dan boleh mengakibatkan mata tak sihat dan merah serta gatal - gatal nanti . 

lens container



Begitu la kejadian kelakar , gelabah dan semuanya lah ! Hanya kerana sebiji mata palsu , ghisau ghisau ghisau yer kita dibuatnya ~~ Macam mana la ehk kalau mak bapak kita yang hilang gigi palsu . HAHAHAHAA . 


pstttt : gambar gambar yang ain shoot tu pada tahun 2020 , shoot suka suka dalam bilik , pastu 2022 baru publish ehk gambarnya . hahaha


Oh ya , dekat bawah ni memang solution cleaning yang ain guna untuk membersihkan contact lens . Kenapa kena ada solution ni ? Untuk menghilangkan habuk habuk kecil serta kekotoran yang ada pada contact lens kita . *Klik gambar untuk pembelian

contact lens solutions

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Hahhhaaa.... Mrs. A pun pernah kena contact lense hilang dalam mata.
    Contact lense tu ada je tapi dah ternaik ke atas kelopak mata kena gosok-gosok lelama baru jumpa

    BalasPadam
  2. Tadi kan, memang akak dah terbayang satu babak terpijak contact lens dalam satu movie tu.. rupa2nya betul pulak ain boleh terpijak CL tu, adehhhh.. sbeijik macam dalam movie.

    Bab jari gelap tu, kelakar okeh.

    BalasPadam
  3. hahaha...tergelak jap baca...

    BalasPadam
  4. zaman remaja purba memangpakai contact lens sebab tak suka pakai cermin mata.pernah terjadi contact lens tu masuk dekat kelopak mata atas tapi alhamdulillah dapat keluarkan balik.Cuma kalau tersangkut kat atas tu, memang payah sikit nak keluarkan..seriau uii..contact lens keras dalam mata pun hado tapi nasib baik dapat diselamatkan..hahaha...sebab tu tido walau sekejap pun kena tanggalkan.tiba-tiba teringat trajedi dekat desaru coast tu..hahaha

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.