Assalamualaikum . semenjak PKP Raya ni , boleh dikatakan tak kira pun kan dah berapa syawal . Hahaha . Tapi Alhamdulilah , hari ni dah hari ketiga ain berpuasa . Nak terus seminggu puasa sampai ke hari Ahad nanti . Insyallah . Harap tiada apa apa halangan .
Siapa peminat lontong baik mengaku sekarang ! Hahaha . Makan lontong ni memang kegemaran ain . Ya ampun , craving juga la sebenarnya walaupun dah merasa masa hari raya . Tapi bukan hasil air tangan sendiri tetapi jiran yang bagi . Alhamdulilah hari ini , terbuat hasil air tangan sendiri . Sendiri masak , sendiri puasa mana boleh rasa kan. Tapi semenjak selalu memasak jadi dah boleh agak nak letak garam dan gula berapa banyak .
Mula mula sekali siapkan benda yang kena rebus iaitu ketupat nasi jenama Nona , masuk sekali terus telur . Senang sekali guna air rebusan . Hahaha . Ni kalau mak mak tengok aku memasak , main hentam gitu je . Geleng kepala. Hahaha . *Takpe , bakal mak mertua , menantu mu ini janji masak ! Kah! Selepas itu ain siapkan sambal tumis pula. Ada setengah orang pakai sambal kacang (yang macam kuah sate ) tapi tiada bahan nya tuan tuan dan puan puan .
Sambal tumis ni ain neves juga nak buat sebab masakan berasaskan sambal paling mendebarkan . Silap masak sakit perut ! Hahaha . Tapi alhamdulilah masak ikut bahan yang ada sahaja . Alhamdulilah tak pedas sangat! Just nice rasanya . Lepastu masa memasak kuah lodeh pula . Pun sama ikut bahan apa yang hado saja ! Kali ni gangster sikit letak fishball Hahahaha! Lupa pula letak sengkuang! Tak beli !
Janji nampak bentuk seperti lontong pun dah okay la kan . Cukup menyelerakan . Tak sangka Nur Farahain boleh memasak lontong . Hehehe . Dari berbuka membawak ke sahur nanti . Senang ! Tak kuasa nak memasak banyak kali . Tapi beza juga kan berpuasa bukan pada bulan puasa ... Rasa dia macam jauh lagi penat . Padahal dah pasang niat ! Mungkin sebab nampak orang lain makan kot . Hehehe.
Kalau nak tengok lebih banyak makanan , boleh klik sini
awak makan ape