86/366 : DIARY OF THE DAY - 26 MAC 2016



Assalamualaikum dan hello kepada semua. Hari ini dah hari ke 86 secara kosistennya aku menulis diary of the day ini . Jujurnya , ini satu pencapaian yang awesome untuk tahun 2016 ! . Best best best . Walaupun aku tak kosisten blogwalking . Jadi , untuk hari ini aku nak cerita tentang :


  • Berjaya buat coleslow kfc !
Yes , yang ini rasanya best sangat . Dari beberapa hari yang lepas aku dah save resepi ni sebab nak cuba buat . Akhirnya , menu makan malam pada hari ini dapat aku laksanakannya . Rupanya tak la susah mana. Tinggal rajin pemalas kau je nak buat ke tak nak . Bahan bahan dia simple woi , carrot , kobis , mayonis dan fresh milk . Disebabkan aku ada stock susu low fat , makanya aku gunakan jelah . Kobis dan carrot potong dadu halus halus ,lepastu campurkan je semua . Nak lagi awesome letak dalam peti sejuk . Fuuh , sedap sangat! Cuba lah woi . Sorry , tak sempat nak tangkap gambar sebab dah habis ngap semua . Hahaha . Coleslow kfc memang favourite aku . Sekarang kalau craving dah tak payah nak pergi kfc sangat , buat sendiri je . Resepi pun simple je kan . Korang pun cuba tau .


  • Dah restock barang dapur!
Kali ini punya senarai barang dapur , aku cuba banyakkan kepelbagaian sayur . Sememangnya aku beli sayur yang boleh kena tekak aku lah . Baru baru ini aku baru rasa sayur kangkung dan sengkuang makan dengan rojak petis rasa sedap . Makanya aku beli lah stok kangkung . Hahaha . Tapi , sengkuang lupa pulak .hahha. Bukan itu sahaja , aku juga cuba nak mengurangkan cheat meal aku . Sebab kekurangan stok kan . Alaaaa , pelan makanan untuk seminggu pun aku tak buat , macam mana nak reward kek season ni ? Hahhaa . Ini entri kek season yang aku nak sangat tuh . Entri kek season . Dengan ini , aku berjanji nak kurangkan percentage cheat aku sebab aku nak pakai size S hari raya nanti ! Doakan aku tau ! 


Itu sahajalah untuk hari ini . Assalamualaikum :)

85/366 : DIARY OF THE DAY - 25 MAC 2016



Assalamualaikum dan hello kepada semua ! Jujur aku rasa macam lately apa nak tulis seyh . Sebab aku sendiri dah lama tak blogwalking dekat blog blog . Terima kasih kepada yang masih sudi membaca diary of the day ini . Insyallah , dengan sokongan korang lah aku masih nak juga tulis dan tulis . Makanya , untuk hari ini aku nak share tentang :



  • Barang dapur dah habis jadi malas nak makan !
Okay , ini lah kesan kalau barang dapur dah habis membuatkan aku jadi tak ada mood nak makan 6 meal plan setiap hari . Terutama breakfast ! Esok kena juga pergi restock barang . Tak boleh jadi inim. Jadual makan yang aku janji nak buat pun tak buat lagi . Haaa , nanti tak dapatlah good result . Okay ! Ain ! Kau nak kurus kan , makanya kena kosisten dan disiplin . That the key word to achieved  successful result . Korang pun sama tau ! Kena komited ! Sebab nak good result kan , mestilah berusaha sedikit . Argghh , tak best tau bila rasa macam tak on track . Okay , kena marah dekat diri sendiri ni . Hahaha . Sebab nak dapat result yang bagus kan . 


  • Air masak is my bestfriend !
Yezzaa , kalau pergi mana mana ini memang kawan baik aku . Aku dah mula ignore air minuman manis . Rasa seronok je bila air masak sebotol tuh aku boleh habis gitu je. Bagus tau . Lagi lagi korang yang suka makan benda benda manis . Air masak akan cuci balik . Bukan itu je , kalau korang ada masalah nak berry ke kan , cer minum banyak air masak . Sebab kalau aku minum air masak banyak banyak , fuhh senang lah proses berry tu . Hahaha . Ingat tau ! Jadikan air masak bff korang . Pergi mana mana je mesti bawak . Jadikan kebiasaan . 


CukupLah untuk hari ini memandangkan aku sangatlah penat ! Rasa nak tidur awal je ni . Hahaa . Assalamualaikum ;)

84/366 : DIARY OF THE DAY - 24 MAC 2016



Assalamualaikum dan hello kepada semua. Alhamdulilah , hari ini dah hari ke 84 kita berada dalam tahun 2016 . Semoga hari hari yang akan datang memberi kegembiraan dan kebahagiaan kepada semua . Jadi , aku hari ini macam tak ada idea nak menulis . Argghh , yang ini rasa macam adoiyai , nak tulis apa lah seyh ? . Okay , makanya terimalah apa sahaja yang aku merepek ini okay . Hahaha .



  • Suka gila lagi pencuri hati ayda jebat !
Semua yang ada ada pada dirimu , membuat aku ku ku jatuh cinta , come on baby say you love me love sayyou love me . Hahaha . Jangan kecam aku ! Lagu ini memang dah tertimbus menembus ke jantung aku ! Aku suka nilai satu satu lagu itu dari liriknya. Ternyata lagu ini berjaya membuat aku tergedik tersuka terjatuh hati . Hahaha . Tak caya cuba korang dengar , mesti rasa nak berjoget je . Tapi , version yang paling aku suka ialah versi cover hael azhael . Korang boleh search dekat youtube hael azhael -pencuri hati . Sumpah ! It feels you ! Aku memang kalau dengar , adoi , menusuk ke kalbu . Hahaha . 


  • Makan sayur mentah cicah kuah kacang
Okay , tadi aku makan steamboat . Well , dekat johor bahru ini nak cari benda cucuk cucuk ini senang je . Dekat jam besar dataran bandar raya johor bahru . Situ memang port nak makan steamboat yong taufu . Dekat sini punya style boleh cicah dengan kuah kacang dan sup . So , aku beli bungkus je tadi . Sebab aku add on sayur sebagai pelengkap meal makan malam aku . Hehehe . Sayur memang banyak aku makan . Abang aku cakap , " sedap ke makan cicah gitu ?" . Sedap woi . Hahaha . Sayur mentah ni lagi sedap dari masak lepastu bubuh garam macam orang kedai masak . Aku dah tak boleh sangat makan sayur yang kedai masak sebab rasa masin . Sayur mentah yang aku makan tadi is lettuce , salad , kangkung . Fuhh , nikmat gila . Hahaha . Ingat , sayur makan lebih lebih tau !  Pilih sayur yang tekak kau boleh terima . 


Okay , cukuplah untuk hari ini . Mohon maaf kalau diary of the day aku ini agak bosan , sunyi , sendu dan tak best . Hahaha . I'm just a normal person ! Assalamualaikum ;)

83/366 : DIARY OF THE DAY - 23 MAC 2016


Assalamualaikum dan hai kepada semua . Make it short today ! This is all about diary of the day . Makanya , hari ini punya cerita ialah :


  • Rasa awkward order Mcdonald !
Lepas aku bercardio exercise tadi , since dah lama gila aku tak makan mcd . Aku rasa last aku makan hujung tahun lepas . Hahaha . Lama kan . So , tadi aku pergilah mcd . Sesekali makan. Dekat kaunter tu aku rasa macam "eh nak order apa seyh?" . Aku jadi macam blur kejap . Sebab dah lama tak order kan . Hahaha . So , tadi aku orderlah mchicken deluxe konon tak nak air , sebab aku nak aiskrim chocolate sundae tu . Lepastu budak cashier cakap "kalau akak ambil sekali dengan air lagi murah sebab sekarang tengah dinner time" . I sound like , eh aku nak minum air masak je dekat rumah . Malas nak tambah sugar dalam badan . Hahaha . Last last , aku ambil juga air . Punyalah lama nak habiskan sebab aku memang dah jarang minum air manis . Tekak aku dah sebati dengan air masak . Cukuplah hari ini je aku makan mcd . Rasanya macam dah tak nak makan lagi . Hahha .


  • Workout setiap hari !
Sebenarnya aku mana workout hari hari . Lagipun , aku memang tengah dalam proses menguruskan badan . Mestilah kena komited dan kosisten . Aku macam pelik bila orang tanya , "tak sakit ke badan?" . Mestilah sakit kak oi ! Tapi , kalau workout dengan betul , dan rest betul betul , insyallah rasa sakit itu esoknya dah okay . Itu sebabnya kena fokus . I admit cardio exercise is killer ! Pancit siot kalau aku buat . Tapi , that the way to burn your fat ! Aku cuma rest pada hari khamis . Bukan itu sahaja , cardio exercise only takes about 20-30 minit je ! Fokus pada waktu tuh! Bukan itu sahaja , makan kena juga pantang . That why aku cakap aku awkward gila order mcd tadi sebab aku dah stop makan fast food untuk sementara ni . Its a new process for me , it takes a lot of time for us to change , but if we dont do an action , we dont get the better result ! Haa , ingat tuh!


Cukup lah as simple as that untuk hari ini . Assalamualaikum ;)

82/366 : DIARY OF THE DAY - 22 MAC 2016



Assalamualaikum dan hello kepada semua. Alhamdulilah bersyukur sangat sebab Allah masih memberikan aku ruang dan peluang untuk terus update diary of the day ! Aku tak pernah terfikir yang aku mampu kosisten diri aku untuk update setiap hari . Tak pernah aku se serius ini sepanjang aku ada blog . Kau rasa ? Boleh dapat reward macam gini . Hahhaa . Jadi , untuk hari ini aku nak share cerita tentang :



  • Lepas gian makan ketam !
Ya Allah , lepas petang tadi dah buat cardio exercise , abang aku tanya " kau nak makan apa ain?" . Entah pekebenda kepala otak aku berfikir dan terus spontan cakap " nonies nk?" . Haa , kau pergi bagitau dekat ayah . Siot , dah la aku yang suggest , aku yang cakap dekat ayah sebab kalau lepas magrib ayah aku memang malas keluar rumah nak nak jauh pulak kan . Bukan itu je , aku yang booking kan . Amboi ! Tapi , its all satisfied beb ! Aku memang aim ketam je . Ketam je ! Yang lain aku melantak jugak . Tapi paling hancur penuh sampah of course lah ketam . Hahaha . Nak tahu nonies ni kat mana ? Baca entri aku yang ini . Seafood buffet terbaik di JB . 


  • Tak blogwalking!
Jujurnya , lama woi aku dah tak blogwalking , tinggalkan komen dekat blog blog . Sebab aku tak repair lagi laptop . Ya Allah , maaf sangat sangat kepada blogger yang rajin komen dan singgah dekat blog aku . Tapi aku tak balas semula . Insyallah , lepas aku dah on track semula , aku janji dengan dua tapak tangan aku , hahaha . Aku akan singgah blog korang semua ya! Terima kasih daun keladi sebab sudi singgah sini , harap singgah setiap hari . Chia chia chia ! Hahahhaa . 


Okay , perut aku dah ke depan ! Sebab superb kenyang beb! . Assalamualaikum ;)