Instashop Kena Ramai Followers Ke?

Sejujurnya , ain baru mula berbisnes secara online dengan menjual preloved seperti baju, shawl dan lebih memfokus kepada pakaian orang orang kita biasa pakai. Idea itu datang lepas pergi kelas BMC (Business Model Canvas) tetapi waktu itu ain fokus pada 'upcoming bisnes' yang akan dan wajib ain buka insyallah bila tiba masanya. Di akhir kelas , cikgu (skema sikit panggil cikgu) yang mengajar itu  memgajar rahsia buat bisnes geli geli bermula dari rumah.

Lalu ain terfikir, sebelum ain nak fokus pada sesuatu yang besar,kenapa tak mencuba pada skala bisnes yang lebih kecil yang dapat mengurangkan kos perbelanjaan?
Langsung tidak ada niat di hati mahu ada butik baju ,koleksi pakaian sendiri yang di brand kan. Langsung tidak ! Sebab ain tahu, dunia fesyen ini setiap hari kena bersaing yang sangat sangat agresif. Apatah lagi newbie macam gua!. Tak cukup kuat memang hanyut di makan ombak. ceh ceh, ayat nak novel sangat.

Tapi, selepas berfikir dan membuat 'peta' perancangan , ain yakin.ALLAH hantarkan idea itu sebab Dia approve apa yang kita perlu buat untuk melangkah satu step ke hadapan. Iya ,bukan satu perkara yang mudah. Jujurnya lagi , ain memang tidak suka menjual produk. ain lebih suka kepada menjual servis. Sebabnya, dalam menjual servis ini kita bebas untuk sembang kencang. *hehehe* . Maksudnya , kalau produk ini kita perlu fokus kan ia berbanding pula dengan servis dimana kita boleh 'add value' dengan mudah dan cepat. Maaf kalau tidak memahami gaya bahasa seorang marketer.

Alhamdulilah , dah 2 minggu lebih juga ain sudah memulakan bisnes instashop ain. Oh! jujur nya
(pengakuan jujur yang ketiga) kenapa dekat blog kau jujur sangat ain? hahahaa. Ain memang tak mahu langsung membuat akaun Instagram . Sumpah ! Sebabnya ain suka bergambar dan suka melihat gambar gambar yang cantik . Jadi , bila kesukaan itu disalurkan pada medium seperti ini secara tidak langsung ia akan menjadi satu tabiat dan selepas itu ianya akan menjadi satu ketagihan. *Maafkan lagi tatabahasa seorang marketer yang cuba untuk sembang bohong semakin terserlah.

Tapi, cikgu instagram kita , iaitu housemate masa belajar dekat kedah (Syiera Firdaus) dia yang suruh buat akaun sebab dia dah dapat stabil bisnes online di instagram nya lolitafairytalecloset  . Makanya kita kalau nak berjaya , kita kena follow apa yang orang dah berjaya lakukan. hehehe.

Seminggu lepas kita membuat akaun , kita target 100 followers. Alhamdulilah , ianya menunjukkan feedback yang sangat baik. Memang terasa lagi bersemangat lah kan. Tambahan lagi , semalam ain berdoa agar mencapai 250 followers. Nah ! ALLAH hantar terus 250 + . Lagi semakin bersemangat.

Kata orang , dalam urusan bisnes ini sebenarnya perkara pertama jangan pentingkan sales dan untung. Kita wajib bercerita , memberi pengenalan dan penerangan kepada apa yang kita hendak bagi kepada pelanggan. Barulah pelanggan merasa selesa dan dia rasa seronok untuk berurusan. Hari demi hari , setiap hari ain akan buat sedikit research , pembacaan tentang bagaimana mahu letupkan bisnes di instagram. Kalau rasa macam tidak bersemangat , sit back .relax and i always tell myself 'always refer to the plan'. Bukan apa , kadang kadang emosi kita ini memang tidak stabil , mesti kita nak kan sesuatu itu kita tolak tepi erti sabar. Tapi dalam kes ini , i need to be sabar a lot.

Ada yang sudah bertanya ,"Ain , kau mahu bisnes kau ini sampai tahap mana?" . Jujur yang ke-4 , this is a platform untuk ain mahu ada branding sendiri. Iya,mohon cakap gila pada ain. Bukan sesuatu yang mudah tetapi bila kita yakin setiap langkah itu mendapat restu dari yang maha esa , kita tidak perlu rasa gentar walaupun sekeliling kita memandang kerdil usaha kita itu. *ayat motivasi kepada diri sendiri. Kalau kita dah buat sesuatu , kita mestikan mencapai pada satu tahap yang terbaik yang mampu kita banggakan. Padahal mula mula terasa mahu geli geli saja bisnes ini tetapi bila keyakinan itu dihantar oleh Pencipta , terima saja dan lakukan sehabis baik.

Oh ya! berdasarkan research yang ain buat , i wonder why some instashop private ehk? I know fenomena spam spam #visitmyig itu dah semakin membiak biak but if you private it,tak ke rasa ia menutup pintu rezeki yang sebenarnya banyak itu? Maaf, sedikit kata kata negatif , terasa macam diorang ini pelokek pun ada. Tidak mahu berkongsi konon takut pesaing meniru apa yang dia buat ,dan macam macam lah. Okay, tak mahu sembang banyak tentang ini.

Tajuknya! oh ,nampak tak gua tengah sembang kencang yang teramat sampai lama gila mukadimah itu.hahaha. Instahop memang kena ramai followers ke? jawapannya , pada ain lah , ramai atau sedikit sebenarnya hanya lah gambaran kasar mereka yang review instagram kita. Kalau ramai sampai beratus ribu tapi tidak berkualiti yang mana tidak kena pada target customer kita.Ianya nampak tidak kena ,Jadi adakah perlunya kita meramaikan sedangkan ia  tidak berkualiti? Tapi newbie macam instashop ain ni , pengaruh followers itu sangat sangat penting bagi mengaburi mata kasar mereka yang review.

Penutup , bantu ain. bantu ain..untuk dapatkan lebih ramai followers. sila rajin rajinkan tag @@@ kawan kawan yang punya kegilaan dan kesukaan mencari barang barang preloved ya!.*muahciked* Oh, ayat instagram memang kena nak suwit suwit lah sangat.hahaha.



Instagram
Boleh view dan follow *muahciked* ;)
Doa kan moga instashop ini mendapat sambutan dan mampu melangkah setapak demi setapak. Insyallah. 
XOXO *hahaha*

Segmen Tajaan Wanita Hari Ini TV3


12:00pm - 1:00pm (Isnin -Jumaat)
TV3

"Segmen Tajaan Wanita Hari Ini TV3"

Selalunya , selepas topik habis dibincangkan , selepas itu akan ada segmen ini.
Semestinya , segmen ini yang paling ain sukai.

Sebab apa?
Dari situ kita belajar macam mana mereka mempromosikan produk mereka rasanya tak kurang dalam 10-15 minit duration nya.
Bagaimana dorang yang mungkin founder,ceo,marketers or spokeperson untuk produk itu bersungguh sungguh bercakap tentang kebaikan dan kelebihan produknya.

Tapi,,, paling win kebanyakkannya ialah bila yg bercakap itu LELAKI..
Nampaknya trend sekarang lelaki pun mampu membicarakan tentang kecantikan.

Tak pelik kalau lelaki mampu jadi pengedar stokis,agent, dropship terbaik untuk sesuatu produk..

Bukan itu saja , boleh nampak trend marketing sekarang , sudah ramai ceo dan founder sendiri turun padang menjalankan aktiviti me'market'kan produk mereke itu sendiri.
Ini secara tidak langsung , pengguna sendiri dapat mengenali siapa sebenarnya pengasas produk itu.

Mungkin kita tidak mampu beriklan di media elektronik kerana ianya melibatkan kos yang agak mahal , tetapi kita boleh sedut ilmu bagaimana mereka bercakap tentang 'bestnya' produk mereka di kaca tv. 

Untung Ke Untung Bisnes Aku Nie?

Untung Ke Untung Bisnes Aku Nie



"9/10 rezeki itu datangnya dari berniaga"


Sesungguhnya rezeki dari tuhan itu sangat luas dan banyak kepada hambanya. Tapi bagaimana kita menilai dan menghargai rezeki itu?
Berkaitan dengan bisnes kita sendiri , macam mana selalunya kita kira rezeki kita?

Rezeki = Untung

Walaupun kita berniaga kecil-kecilan , kita bos kita lah pekerja , tetapi dari segi mengira keuntungan itu sangat penting. Kebiasaannya , mereka yang berbisnes hanya lakukan pengiraan sebegini ;

Modal - Jualan = Untung .
Contoh : jual tudung . 
Beli dari supplier RM 10 , Jual RM 15 . Untung RM 5.

Sebenarnya ini lah situasi dimana anda telah sabotaj bisnes dan diri anda sendiri.
Kenapa ?

Untuk mengira berapa sebenarnya untung bisnes anda , 

Jualan - Kos = Untung

kenapa ini yang betul?

Modal yang anda gunakan sebenarnya ialah kos pembelian barang yang anda hendak jual . Anda tidak masukkan kos kos lain.

contoh :
internet , bisnes online mesti perlukan ini.
topup / bil, sms & call customers
minyak petrol , urusan postage
alat alat tulis, nak isi form , nak proses membungkus , sampul surat
marketing! (promosi , advertisement)

ya! semua ini anda harus kira.
woi , macam gini makin banyak rugi je.

okay , setiap masalah ada penyelesaiannya kan.

fikir dan target berapa setiap bulan JUALAN yang kita mahukan.
contoh , RM 5000

Jualan = RM 5000
1Bulan= 22 hari
(berapa hari bekerja) online bisnes , hari pos = hari bekerja.

Jualan /  Hari ( jualan bahagi dengan hari kita berniaga)
 1 Hari = RM 228

Target jualan kita sehari mesti dapat RM228 untuk kita achieve jualan RM 5000 sebulan.

1 hari berapa banyak kita kena jual?

Contoh :
Jual tudung. Ada dua harga yang selalu mendapat tempahan
Harga nya RM 10 dan RM 50

RM 50 X 3 = RM 150
RM 10 X 8 = RM 80
    Jumlah =  RM 230 ~ RM 228 

Pengiraan sehari berapa kita nak jual ini bergantung kepada target produk setiap bisnes.

Ini bermakna , bisnes tudung ini perlu jual 3 helai tudung berharga RM 50 , dan 8 helai tudung berharga RM 10 untuk dapat kan RM 230 sehari supaya target RM 5000 tercapai.


Berbalik kepada kos kos yang terlibat sepanjang bisnes dijalankan ,
Pengiraan sebulan :

Topup / Bil ; RM 100
Transportation (Minyak Petrol ke pejabat pos) : RM 200
Stationery( Alat tulis , sampul pembungkus) : RM 100
Marketing : RM200
Jumlah = RM 600

     Jualan - RM 5000
(-) Kos yang terlibat - RM 600
     UNTUNG = RM 4,400


Ini sebenarnya cara pengiraan berapa sebenar UNTUNG bisnes anda.
Sebab itu penting kita perlu tahu berapa target jualan kita untuk memudahkan kita tau berapa untung sebenar kita. 

Apatah lagi yang sudah ada kedai dengan sewa , bil elektrik , gaji pekerja.
Kesimpulannya , berniaga ni sebenarnya mudah , bila kita tahu bagaimana nak dimulakan.
Perniagaan yang terbaik ialah bermula dengan zero cost , elakkan berhutang atau meminjam dan ianya bermula dari rumah kerana secara tidak langsung dapat mengurangkan kos kos supaya mendapat untung yang banyak.

Yang penting , peniaga haruslah punya akaun yang baik ianya tidak rumit kalau dipelajari perkara yang basic kerana dari situ kita nampak flow duit itu .

Pada mereka yang sedang berniaga , sila urus akaun anda secara bijak!
Pada mereka yang berkeinginan mahu berbisnes , ain ada nak share "bisnes geli geli dari rumah"

Nantikan di entri lain ok ! 

Pemenang Follow Click Like Sempot Giveaway


Alhamdulilah , giveaway yang simple dan sekejap berjaya di jalankan . Terima Kasih kepada semua yang sudi menyertai . Insyallah , di masa akan datang , ain akan buat lagi giveaway .

Pemenang giveaway kali ini ialah :




T-shirt pink smiley :
Nama : Firzanah bt Azhar
Link blog : http://firzanahazhar1.blogspot.com/

Shawl:
 Nama : Anne Nurain
Link blog : http://anne-nurain.blogspot.com


Sila hantarkan details di klik disini~

nyatakan Nama , Alamat , No Telefon untuk urusan pos hadiah.
tuntut sehingga 30april .

Follow Click Like Sempoi Giveaway

TARIKH : 03april-18april

Hadiah :

1 Smiley T-Shirt (pink)

1 Shawl



Tak perlu buat entri , hanya perlu submit KOMEN 
Nama & Link Blog

Ini giveaway yang pertama ain , jadi ain nak buat yang sempoi tak nak letak syarat over over . fully sponsor dari diri sendiri. Hahaha.

Follow  :

Click :
 (tunggu sampai habis loading yerk)
1 2 3 4 5

Like:

Sweet Giveaway By Misz Nadea & Liniey Nor

ASSALAMUALAIKUM :)

Jom meriahkan Sweet Giveaway By Misz Nadea & Liniey Nor!! Top refferal RM 50 x 2 serta pelbagai hadiah yang sweet untuk dimenangi.

Giveaway Blog
Clik banner untuk join!

14/03-14/04 2014
Sweet Giveaway By Misz Nadea & Liniey Nor ditaja oleh:

1234 Dah Followers Kita !!

Bentang red carpet kejap untuk followers ain yang ke 1234 . nice number right !
Terima Kasih kerana sudi follow blog ain.
Target ain nak capai 2014 . sempena tahun 2014 kan.
Tekan kalkulator , 780 lagi nak kena tangkap masuk dalam kandang followers ain ni. hehehe.
Harap target untuk tahun ini tercapai.
Bila followers makin bertambah , makin semangat dalam dunia blog ini secara tak langsung , ain akan berusaha untuk memperbaiki penulisan dan ranking blog ain.
Siapa dia follower ke 1234 tu ?

Ibtisam Bt. Mohamad


Ain tengok blog dia , dia ni peminat k-pop dengan justin bieber . wohoo . memang trend budak sekarang kan. ain tak minat. hehehe. oh , blogger ini juga berasal dari kelantan .
Boleh la tengok blog dia ini

psst ; 
Ain tengah buat giveaway Sempoi sangat :

Promosi Sewa Tapak Iklan RM 10 2 Bulan + Review

***PROMOSI 5 TAPAK KOSONG SEWA IKLAN***




Nak blog anda dalam tapak iklan blog akuainkausiapa ? Nak iklan bisnes anda dalam blog ini ?
Ada 5 tapak kosog yang wajib anda isi .

Ya , Sedang dalam promosi , anda akan dapat bertapak bukan 1 bulan tapi 2 bulan sekali dengan review . Saya akan review dalam blog , akan letak di Facebook page , Personal Facebook saya , Twitter , Google + .  Review itu akan kekal walaupun tempoh beriklan sudah tamat .

NAK ? Jom inbox saya di : facebook


Apa yang bestnya tentang Ipoh , Perak ? Klik gambar.

Kurangkan Saiz XXL Menjadi XS Dengan SlimFast Diet !!


Penyakit fobia pada kegemukan ini seolah olah sudah menjadi "tajuk utama" perbualan harian rakyat Malaysia. Lihat saja di surat khabar , majalah , di internet , rata rata mengatakan Malaysia negara orang gemuk. Fuhh , sedih pun ada , marah pun ada , yelah , siapa yang suka dan bangga bila sentuh bab bab gemuk kan ? "Eh , aku nampak kau sejak dah kerja sini , makin gemuk eh" "Kau ini , asyik makan je , badan dah makin gemuk tu masih tak perasan lagi ke?" . Secara tak langsung , kegemukan ini menyebabkan seseorang itu mula hilang keyakinan dan kebolehan yang ada pada diri sendiri.

Bila isu gemuk ini dituju khas untuk orang Malaysia , perasan tak ramai usahawan usahawan berusaha mengeluarkan produk dan perkhidmatan khusus untuk menghilangkan penyakit fobia gemuk ini pada kita. Bila dah semakin banyak produk atau perkhidmatan di pasaran , kita pasti jadi keliru dan binggung , produk mana yang sesuai dan memberi kesan yang efektif pada tubuh badan kita kan . Dalam kepala otak kita yang bersedia untuk kurus mesti nak cari produk kurus yang berkesan yang mampu memberikan cara kurus dengan cepat , dapat kempiskan perut buncit dan dapat melangsing kan badan kita. 

Dengan perlambakannya produk kurus yang mampu memberikan kesan dengan cepat , kita mesti mahu memilih produk yang terbaik supaya , daripada memakai size XXL atau lebih banyak XX nya mampu mengurangkan jumlah X dan membawa kepada perubahan L , M dan tak mustahil menjadi saiz S. 

Nah , JOM kurangkan saiz XXL anda kepada XS dengan SlimFast Diet. Kenapa SlimFast Diet ? Dalam memilih produk kurus yang berkesan , anda perlulah teliti dari segi kandungan ramuan yang ada dalam produk itu . SlimFast Diet mengandungi Acai Berry dimana ia dapat membuang toksik disamping meningkatkan tahap tenaga ,  Ekstrak Raspberry ia dapat membantu tubuh membakar lemak , mengekalkan kadar metabolisma yang tinggi , Ekstrak Oren ia mengawal selera makan , Fiber Apple yang mampu membuang lemak tidak baik sebelum lemak diserap ke dalam badan. 
Disamping semangat dan azam anda untuk kurus , anda perlu berdisiplin dalam mengawal pemakanan harian anda. Tahukah anda untuk menjadi kurus , kekal ramping , mengekalkan kesihatan yang baik , anda perlu juga melakukan senaman. Ya , ia sememangnya memenatkan . Tapi kepenatan yang anda lalui itu sangat berbaloi jika anda melihat sendiri perubahan pada diri anda. 
Sudah terbukti disini 80%  adalah dari disiplin anda dalam pemakanan , 20 % adalah senaman. Jadi , jangan jadikan alasan anda tak bersenam , anda tak kurus ! Anda boleh kurus , anda perlu disiplin dalam pemakanan harian anda. Jadi , SlimFast Diet membantu anda untuk jadi lebih berdisiplin dalam pemakanan anda. Sebabnya , kesan dari penggunaan produk SlimFast Diet ini , anda akan lebih kerap ke tandas dimana berlakunya proses pembuangan toksin. Tambahan itu juga , anda perlu untuk sentiasa minum 2-3 liter air kosong sehari bagi mempercepatkan proses pembuangan lemak di dalam badan anda.



Yes ! Saya dah turun berat badan . Turun 4 kg. Boleh lihat sendiri hasilnya . Dengan bantuan SlimFast Diet , secara tak langsung dapat mempercepatkan keinginan saya untuk lebih kurus. Tapi , harus diingat , minum SlimFast Diet , jangan lupa bersenam. Jika anda mampu kosisten kan 2 perkara ini saja , anda mampu mendapat berat badan idaman anda. Tak sabar nak turunkan lagi sehingga capai berat ideal. Terima kasih SlimFast Diet.

Disini juga saya nak berkongsi tips senaman yang saya lakukan , nak senam pun kena ada ilmu , tak boleh main hentam saja , nanti penat je yang anda rasa , last last , tension makan dan makan. Boleh lihat video ini. Saya juga selalu masuk ke website Kevin Zahri .Banyak lagi sebenarnya cara senaman yang ringan yang boleh anda lakukan di rumah saja. Jadi , anda masih cari alasan untuk tidak kurus ? Alasan yang terakhir adalah kerana anda sendiri tak betul betul serius untuk kurus.


**********************************************************


Facebook : My Beauty Herbs
My Beauty Herbs (002119891-M)

67- 1, Jalan Mahkota Residence, Bandar Mahkota Cheras,
43200 Cheras Selangor.
Hotline No : +6011 28090446
E-mail : sales@mybeautyherbs.com.my



Giveaway SlimFast Diet dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs dengan hadiah dan wang tunai bernilai RM 3,600 untuk dimenangi.

"GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Artikel Pilihan"


~Mahalnya Segulung Ijazah~

Kalau ditanya senang ke nak genggam segulung ijazah , ada yang kata senang ada yang kata susah . Pada aku ianya merupakan satu benda yang sangat bermakna. Dari permulaan , pertengahan dan pengakhirannya. Kerana aku mengalami detik detik yang aku katakan sangat sedih sehingga sekarang , hanya syukur kepada illahi yang mampu aku ucapkan. Pada aku , segulung ijazah yang aku genggam sangat mahal nilainya tapi mungkin tidak pada sesetengah graduan yang lain.

Permulaan mahalnya ijazah aku dimulakan dengan kisah sedih , seminggu sebelum aku mendaftar sebagai pelajar "bachelor" , nenek (merupakan emak kepada ayah aku) telah meninggal dunia. Ditambah pula dengan perasaan hiba aku yang langsung tak berkenan mendapat tempat pengajian jauh di utara. Perjalanan dari selatan tanah air (Jjohor Bahru , Johor ) ke semenanjung utara ( Sungai Petani , Kedah) membawa satu perasaan sedih dan benci kerana aku dicampak jauh ke utara. Tapi perasaan benci itu bertukar menjadi keinginan untuk merasai hidup sebagai perantau yang akhirnya membawa kepada banyak kisah suka duka sepanjang pengajian aku disana. Ianya memakan masa lebih kurang 2 tahun setengah dimana setengah lagi , aku menjalankan latihan industri di Johor Bahru.

Di pertengahan cerita aku, hari dimana aku sepatutnya pulang ke Johor Bahru untuk cuti semester 2 yang panjang bertukar sedih apabila pagi subuh sebelum aku bertolak, aku mendapat berita sedih dimana atuk (bapa kepada ibu aku) telah meninggal dunia. Nah , sekali lagi perasaan sedih itu datang kembali. Pada ketika itu , aku pulang bersama dengan dua orang kawan aku dan mereka berasa pelik sehingga berkata , "kau dah kenapa alim sangat Ain , siap pakai baju kurung"  Lalu aku menjawab , "atuk aku meninggal, aku kena terus ke Melaka". Pelbagai macam kisah berlaku sepanjang perjalanan cukup sekadar aku katakan pelbagai macam dugaan darinya terjadi kepada kawan aku namun alhamdulilah ,walaupun aku tak sempat melihat wajah arwah atuk aku pada akhir kali, cukup sekadar aku selamat sampai ke Melaka.

Di pengakhiran cerita aku , astagfirullah... Jika pada saat setiap kali aku teringat kronologi cerita itu , pasti bengkak mata aku menangis meratapi dia yang telah tiada. 17 november 2013 , mungkin tarikh itu tarikh yang sangat bermakna pada rakan rakan aku yang menghadiri majlis konvokesyen, tapi tidak pada aku. Tarikh itu, pada saat itu, diri aku secara formalnya telah bergelar graduan ijazah dan secara "official" juga , diriku bergelar anak yatim. Ibu aku telah pergi menghadap ilahi tepat azan zohor. Sedih. Terduduk . Menangis separuh gila . Tak percaya . Meraung raung aku di hospital berkata , "Ain tak percaya, Ain tau ibu kuat." Kakak saudara aku peluk aku dengan kuat berkata, "Ain, ain kena kuat, ain jangan macam gini , kesian dekat ibu.. Dah , jom kita tengok ibu ye". Disaat aku melihat sekujur tubuh yang tidak langsung bernyawa , aku kuatkan hati dan janji aku pada ketika itu , "Ain akan terus kuat macam ibu". Hiba . Sebak. Aku tak sempat nak bersama dengan ibu disaat saat ajalnya kerana aku dalam perjalanan dari rumah pakcik ke hospital. Tapi , aku tak pernah langsung pertikaikan kenapa semuanya ini terjadi. Kenapa aku dipilih ? Kenapa begitu cepat ALLAH ambil dia disaat aku membawa kegembiraan pada dia. Namun, siapa kita nak persoalkan kerja Dia yang Maha Esa. Malam sebelum arwah ibu pergi , dia nangis sambil pandang aku,  "Ibu minta maaf sebab  ibu tak dapat pergi konvo ain" . Ibu pergi sehari sebelum hari aku menerima segulung ijazah iaitu pada 18 november 2013 . Selesai sahaja semuanya , jenazah di bawa dari Melaka ke Johor Bahru , pakcik dan makcik aku memujuk "Ain nak tak konvo ? Mak uda dengan pak uda boleh  temankan sebab mak uda memang kena balik KL malam ini , boleh singgah Shah Alam" , aku dengan tenang menjawab "Ain tak cukup kuat untuk berada disitu" . Oh ,aku memang belajar di UiTM Merbok , Kedah tapi konvo di Shah Alam kerana kampus aku tak menyediakan sidang konvokesyen. Satu lagi , kenapa aku di Melaka kerana pada ketika itu saudara aku melangsungkan hari perkahwinannya. Nah , satu kesyukuran disitu pabila ibu pergi dan adik adiknya berada di samping dia. Sampai di Johor Bahru juga kelihatan penuh sesak sampai ke tanah perkuburan , mereka datang memberikan penghormatan terakhir.

Sebelum detik detik pengakhiran itu , sewaktu di semester 5 , aku hampir hampir untuk "extend" dari mengambil "final exam" . Ibu jatuh sakit tepat pada saat aku tengah dalam mood "study week" sehingga aku sendiri nak balik ke JB. Tapi dihalang oleh ayah dan abang aku. Rupanya , ibu aku berada di ICU pada waktu itu sehinggalah sehari sebelum "first paper" aku bermula. Bukan senang untuk aku hadapi pada ketika itu, housemates aku semuanya pulang , aku keseorangan study , setiap kali nak buka buku, aku menangis , sehinggalah aku bermimpi , ibu berkata, "ain study elok elok tau. Jangan risau. Ibu tak apa apa" .
Personal nota aku sewaktu ibu di ICU , sebenarnya aku langsung tak tau ibu di ICU sampai aku dah habis semester itu dan balik JB , aku baru tau . Kuatnya ibu pada waktu itu.
Dua bulan sebelum 17 november itu ,aku kerap kali terfikir "macam manalah hidup aku kalau ibu dah tak ada? Mesti meroyan macam orang gila " . Aku juga merasakan begitu dalamnya lagu , "Bukan Milik Kita" nyanyian Sitxh Sense . Ianya seakan akan memberi petanda bahawa aku seharusnya membuka hati dan menerima perkhabaran ini dengan redha dan tabah.
Personal "Moment WeChat" aku - 26sep , 2 bulan sebelum ibu pergi
"Menangis tak kala aku mendengar lagu ini". Bukan promosi , tapi kau fahami liriknya , kau hayati video nya.


Adakala ada yang tanya pada aku , "Ain, aku tak tau macam mana kau boleh kuat untuk hadapi semua ini " . Dengan tenang aku akan jawab , "Kau akan kuat bila kau dah hadapinya. Its come naturally. Aku tak kuat. ALLAH yang berikan kekuatan itu". Seminggu lebih semenjak arwah ibu pergi , aku langsung tidak boleh melelapkan mata . Setiap kali aku cuba , aku sering dibayangi dimana aku diberi pilihan , "sama ada untuk terus kuat atau menyalahkan takdir". Aku buka mata , dalam dalam aku serap kata kata aku dalam dalam aku nak kata kata aku serap terus  dalam hati , "aku tak kan give up untuk terus hidup , aku nak jadi kuat macam mana ibu kuat , macam gitu aku kena kuat".

Sebab itu aku katakan , mahalnya segulung ijazah aku. Aku terpaksa kuatkan hati untuk tempuh 3 fasa cerita ini. Kalau ditanya kuatnya aku untuk hadapi semua ini , lagi sekali  jawab aku ini semua kerja ALLAH. Dia yang berikan kekuatan ini. Aku agak emosi , bila mereka yang bergelar pelajar tidak serius dengan tanggungjawab yang mereka tengah hadap itu. Skip kelas , guna duit ke arah benda yang bukan bukan , tak sungguh habiskan pelajaran , tak pasang niat mereka kenapa mereka belajar semua subjek itu.

KAU ! ye kau ! yang baca ini , jika kau tengah belajar , laksanakan tanggungjawab kau sampai habis . Jangan main main . Jangan kecewakan harapan terutama ibu ayah serta keluarga kau. KAU yang mungkin masih ada IBU , janji pada diri kau , kau akan jaga dia sehingga akhir hayatnya. Jangan bagi dia nangis , sebab PELUANG itu cuma SEKALI di dunia. Jangan sia siakannya. KAU yang senasib dengan aku , walaupun kita sudah terlepas peluang itu , kita masih ada peluang . Ingat kah engkau tentang 3 perkara itu ? 3 perkara itu : Sedekah dan amal jariah , Ilmu yang dimaanfaatkan dan yang akhir itu DOA ANAK YANG SOLEH. Makanya , jangan kau dan aku putuskan yang terakhir ini , sentiasa doa untuk dia , bacakan yassin dan khatamkan Al-Quran untuknya dan sentiasa melakukan amal kebaikan . Itu jaminan , Insyallah , bertemu di pintu syurga bersama dia.

Kelip-kelip disangka api,
Kalau api mana puntungnya?,
Hilang ghaib di sangka mati,
Kalau mati mana kuburnya?


AKU? Insyallah , setiap hari aku akan ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Alif , Johor Bahru untuk menziarahi ibu aku. Aku tak pedulik orang nak kata aku gila hari hari nampak aku ke kubur . Itu sememangnya dapat menambahkan lagi kekuatan dalam diri ini . Oh , terakhir kali yang mampu aku kata , "Kau tak kan pernah rasa apa yang aku rasa sehingga kau kehilangan orang yang kau sayang , nah , pada saat itu , aku mohon kau turut sama kuat , kuat untuk terima hakikat sebenar". Lagi aku pesan , mungkin pada mereka yang kenal aku selalu nampak aku gelak , ketawa , macam orang tak ada masalah , sebenarnya aku pendam, cukup sekadar aku memilih mereka yang terpilih untuk tau kisah hidup aku , tapi tentang ini , aku nak kau dan kau tau, aku tak rahsia sebab ini kisah realiti sebenar , dan jangan tanya aku kenapa senyum dan ketawa aku dah tak sama macam dulu , jawapannya sudah kau baca.

"AKU ceritakan ini bukan untuk bangga mahalnya "degree'' aku , tapi untuk memberikan peringatan , KAU, AKU , KITA manusia PASTI akan merasai MATI itu"- Nur Farahain- akuainkausiapa.blogspot.com

**BUASIR OTAK , BUAT GIVEAWAY TENTANG ARTIKEL , NAH ! AKU KONGSI KISAH HIDUP AKU .. KALAU BERMINAT NAK BERKONGSI CERITA KAU , KLIK BANNER DI ATAS**

Tengah Belajar Kumpul 20 Sen !






**nampak benda gerak gerak tu? 
hahaha. okay , ain dah mula start kumpul 20 sen.
yela , ramai dah blogger jana pendapatan dengan kumpul 20 sen dulu kan.
ain pun nak cuba.
klik sekali , kasi sampai habis loading.. dapat kumpul 20 sen.. 
MOHON KLIK ! *KOMFOM AWAK AWAK CANTIK & HENSEM.
siapa yang tak daftar meh daftar dekat bawah sini :

.daftar free . klik sini .

JUALAN MURAH ! PRE-LOVED ITEMS


Ain nak letgo pre item .. buat masa ini , semua shawl .. nanti ada lagi yang ain nak let go , dress , baju kurung dan sebagainya .. so , berminat yang ini cepat cepat bagitau ain.

first come , first payment , you own that shawl ~~

ALL ITEMS ~ FREE POSTAGE 



001- RM 10 


002- RM 8


003- RM 10


004- RM 10


005- RM 10


 006- RM 8


007- RM 8

segala pertanyaan boleh PM FACEBOOK 

Segmen Kenali Sirah Rasulullah Saw



Rasulullah Saw ( Nabi Muhammad ) dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiulawal ( 20 April 571 Masihi ) di Makkah. Nama bapa baginda ialah Abdullah Bin Abdul Muthalib manakala ibu baginda bernama Aminah Binti Wahab. Ibu susuan baginda pula bernama Halimatus Saadiah.
Baginda telah dijaga oelh Halimatus Saadiah selama 4 tahun. Semasa di dalam kandungan, bapa baginda telah meninggal dunia. kemudian ibu baginda pula meninggal dunia.
Baginda kemudian dijaga oleh datuknya. Apabila dewasa, baginda digelar Al - Amin kerana sentiasa berkata benar. Baginda kemudian berkahwin dengan Siti Khadijah.
Ketika baginda berusia 40 tahun, baginda sering pergi ke Gua Hira untuk menyendiri daripada kaumnya yang gemar menyembah berhala.
Atas perintah Allah SWT, pada 17 Ramadhan  malaikat Jibrail datang kepada baginda untuk mengajar baginda membaca dengan menyebut " bacalah " namun baginda tidak dapat membacanya. Baginda berasa takut dan segera pulang ke rumah.  
Selepas menyedari baginda merupakan seorang Rasul, akhirnya selama 3 tahun baginda berdakwah secara sembunyi-sembunyi kepada keluarga dan sahabat terdekat. Kemudian, Allah SWT memerintahkan baginda berdakwah secara terang-terangan.
Pelbagai tentangan dihadapi dari kaum Quraisy. Ada yang merancang untuk membunuh baginda. Lalu kemudian Allah SWT telah mememrintahkan baginda berhijrah ke Kota Madinah.
Pada 12 rabiulawal 11 Hijriyah, Rasulullah Saw telah wafat ketika baginda berusia 63 tahun dan dimakamkan di Kota Madinah.
Sabda dan pesan baginda kepada seluruh umat manusia :
“Aku telah meninggalkan kepada kamu dua perkara yang tidak akan kamu sesat selamanya
dan selagi kamu berpegang teguh pada dua perkara itu iaitu : Kitabullah (Al-Quran)
dan Sunnah Rasulullah (Hadis)

Segmen Kenali Sirah Rasulullah ini diilham dan dianjurkan oleh Blogger Nilam  dan disokong oleh Zaza Zehra. Tamat pada 30 Mac 2014. **tekan banner kalau nak join**

Senang ke Susah ehk nak dapat "LIKE"


Ahaaa , persoalan bila nak atau dah pun join contest Like mengelike ni kan .
Itu risiko kalau nak join mana mana contest dekat Facebook.
Rajin kita tag nama kawan kawan kita , ramai lah yang akan LIKE. tapi ada juga yang ignore dan tak tinggalkan like pun.
Bukan itu sahaja , nak mintak LIKE page Facebook pun kadang kadang susah kan.
Persoalan disini , apa yang kita buat kena ada strategi kan .
Macamana ehk nak SENANG dapat LIKE ?
Sebab ain tengah join contest yang memerlukan "LIKE" GAMBAR.
Boleh tak anda yang dah baca ini , sedekahkan LIKE ?
tolonggggg ! hahaha.
Jasa anda amatlah dihargai ! Terima Kasih
tekan "LIKE SINI" :)