95/366 : Restock Barang Dapur !

 



Assalamualaikum dan hello kepada semua ! Selamat hari isnin semua . Hahaha . First of all , aku nak minta maaf sebab blog aku tengah senget benget , carca marba sebab aku tengh edit . Lagipun , laptop aku dah kembali normal so tadi ada masa sedikit aku baru je deicde template yang macam mana . Insyallah dua tiga hari ni siap lah . Hehehe . Jadi , untuk hari ini aku nak update pasal :


  • Restock barang dapur !
Yeay ! I am so happy girl kalau dapat tengok sayur , buah buahan dan ayam , ikan , telur penuh dekat dapur . Jadi lagi bersemangat aku nak completekan 6 meal aku setiap hari . Yes , nak kurus makan kena kerap cuma makan memang kena jaga portion . Kawal portion itu . Bukan itu sahaja , sebagai manusia yang bambam , adalah wajib untuk korang kurangkan pengambilan makanan berasaskan Carb ! I repeat less carb more result ! Ceh ! Sebenarnya cakap dekat diri sendiri . Hehehe .okay , tips untuk restock barang dapur ialah buat list apa yang nak dibeli serta apa resepi yang kau nak masak . Janganlah syok sendiri beli last last rosak nanti . Bukan itu sahaja , korang juga kena rajin comparekan harga so that weekly budgeting kau tak ada lah over budget sangat . Rajin rajin lah singgah ke beberapa tempat . Macam aku , ada stok yang beli dekat Giant , ada yang dekat Mydin , dan ada yang dekat pasar . So , dalam hal ini mestilah kena bijak berbelanja ye !


  • Sakit leher dan perut !
Haa , ini yang aku alami pada hari ini . Hahaha . Sakit perut tuh sebab effect buat cardio semalam . Yang mana fokus banyak pada core iaitu abs . Makanya memang kalau nak gelak kena sopan sopan je lah . Hahaha . Semoga perut aku makin kecil dan lelemak makin terhakis jauh dari menjadi parasit dalam badan aku ni ye . Hahhaa . Tentang sakit leher pulak semalam aku terlampau penat . Main belasah tidur je sedar sedar dah subuh . Sekali baru nak bangun haaa , terasa sakit kau leher ni . Nak menoleh ke kiri dan kanan pun susah .hahahha . Insyallah , esok baiklah rasa sengal sengal itu .hehheehe .


Cukup untuk hari ini. Assalamualaikum :)

94/366 : Korang dah ganti puasa ?

 



Assalamualaikim dan hello uolls ! Hari ini macam tak tahu nak update apa . Sebab rasanya hari ini settlekan basuh , jemur dan lipat baju yang berlonggok itu . Maklumlah kita lah seketul perempuan dekat dalam rumah ini . So , ianya menjadi satu tanggungjawab yang perlu diselesaikan . Hahaha . Dalam pada aku tengah menaip ini sebenarnya aku masih lagi memikirkan apa topik nak kongsi dengan korang . Hahaha . Okay , dah dapat . Lets say it out bebeh !


  • Korang dah ganti puasa ?
Haaa , aku nak remind dekat korang especially yang gegurl , dah ganti puasa belum . Sebab aku pun belum ganti lagi . Bila tengok semula kalendar baru terperasan yang puasa dah tak lama dah woi . Hahaha . So , esok ingat nak start ganti puasa . Diam tak diam kejap je dah masuk bulan april . Kenapa cepat sangat kan ? So , lepas lepas ni dah tak boleh leka dan duduk bersahaja . Kena move forward dengan lebih cepat dan pantas . Ingat ye korang , jangan lupa ganti puasa tau !


  • Bila orang tegur kau !
Tadi tengah hari aku saja saja lah nak beli bungkus lauk dekat Restoran Singgah Selalu Johor Bahru . Tempat ini memang famous amous ! . Dulu aku memang selalu tapau makan tengah hari dekat sini . Sebab lauk dia banyak dan paling aku suka dia banyak sayur sayuran . Hehehe . Dah lama gak aku tak tapau , tadi pergi lah tapau . Ada sorang pekerja dia ini memang PR baik gila dengan aku . Tadi dia tengah sibuk pun dia layan aku . Siap tanya lagi , "dah lama tak nampak akak" . Hahaha . Budak tu indon kot . Macam mana dia boleh layan baik dekat customer ? Dia boleh ingat lagi customer yang selalu bungkus. Itulah bagusnya . Kena cari pekerja yang macam gini . Mesti lagi seronok orang nak datang lagi dan lagi .


Okah , cukuplah untuk hari ini . Assalamualaikum :) 

93/366 : DIARY OF THE DAY - 2 APRIL 2016



Assalamualaikum dan hai kepada uolls semua ! Hari ini rasa best dan seronok yang teramat juga . Okay , nak tahu sebab apa ? Sebab tu lah aku nak habaq kat ampa semua ni . Hahaha . So , untuk cerita dua april ini ialah :


  • Laptop dah sihat !
Almost a month juga aku tak guna laptop dan makanya aku tak sempatlah blogwalking . Sebenarnya tak ada problem rosak ke apa . It just that aku install apps apa entah . Apps itu menyebabkan laptop aku jadi hang dan lambat gila . End up dia block semua benda dekat laptop aku . Tadi baru berkesempatan pergi ke kedai yang aku beli . Fuhh , yang godam laptop aku tu rasanya hacker . Hahaha . Dia sangat powerful . Cepat je dia detect . Bagus gila . Lagipun laptop aku ini windows 8 . Window 10 apatah lagi power lah . Nak catch up apa beza pun susah. Hahaha . Well , gegirl memang tak pernah nak kesah benda benda gini sampai laptop kau dah lembab baru nak tanya kenapa. Hahaha . Aku terinstall apps itu sebab aku nak tengok online movie . Yang tak bestnya kalau nak tengok online movie ni kan keluar banyak banyak ads kan , bahaya tau kalau korang makn accept je . So , beware dengan ads especiallu dekat blog blog . Panas hati betul kalau bukak iklan bersepah . Sorry ! Hahaha .kalau ada yang terasa . Blog korang tuh pun salah satu pembawa virus dalam tak sedar ye .hahaha


  • Pergi tengok baju pengapit !
Next week insyallah , aku jadi pengapit untuk kawan baik masa sekolah teknik dulu . Aku tadi singgah lah ke kedai baju yang aku hantar tempah tuh . OMG ! Cantikkkknyaaaaaaa. Rasa nak pengsan tengok . Itu belum tambah lace lagi . Officially nya lagi dua tiga hari aku pi ambil lah . Tak sabar nak pakai . Sebab aku dah lama tak pakai baju yang tempah . Aku suka beli baju ready to wear . Senang . Hahaha . Tak sabar nak nampak vogue pada hari itu . Hahaha . Pengapit je pun ! Over kan aku ! Hahahha . 


Okay , cukup lah untuk hari ini . Esok kalau sempat , aku mula semula blogwalking dekat blog blog korang semua ye. 

92/366 : DIARY OF THE DAY - 1 APRIL 2016



Assalamualaikum dan hello kepada semua . Sumpah weyh aku tak sedar hari ini april fool . Hahaha . Nasib tak ada yang mengenakan aku ! Sebab dari pagi sampai malam aku busy . Okay , to clarify this day , ini apa yang aku buat :


  • Teman kawan menikah !
Ini salah satu faktor aku sibuk hari ini . Well , memandangkan johor bahru kan sekarang dah cuti jumaat dan sabtu , so memang dah tak pelik lah orang menikah dan buat kenduri hari jumaat . Cerita dia seawal pukul 5:30 pagi dah bersiap bangun . Disebabkan tak ada nak teman kawan aku , makanya aku teman kan dia tidur . Atleast , dia tak la kelam kabut . Well , pepagi buta aku tolong vacuum bilik dia sebab inai yang dipakai kan peel off . So , agak bersepah dekat bilik tu . So , sementara kawan aku mandi well nak menikah kottt , aku vacuum lah dulu . Bagus jugak menikah pagi pagi . Sekejap je aku rasa akak tu make up kan dia , siap siap memang on time sharp menikah terus . Hahaha . Alhamdulilah , cuma tak cukup tidur kan biasa lah . Habis je majlis tadi sampai rumah tak cakap apa terus tidur . Hahahha . Preparation untuk korang yang akan duduk sebelah dan teman bakal pengantin, korang kena standby mengreplykan whatsapp or tukang tekan loud speaker henset si pengantin tu. Hahha . Bukan itu sahaja , pakaian korang mestila selesa untuk korang bergerak dengan cepat . Sebab nak kena angkat itu ini , betul kan itu ini . Tisu memang kena stand by. Dan jangan fikir nak vogue je , bukan kau yang nak kahwin . Hahha .


  • Pakai inai ada batu batu !
Okay , disamping aku menjadi orang yang berada disebelah kawan aku tuh , aku juga jadi tukang pakaikan batu batu ala lekatkan je dekat lukisan inai si pengantin tuh . Mak oi , cantiknya . Aku ni dahla suka benda blink blink . Hahaha . Ya Allah , boleh pengsan tengok benda yang blik blink . Cantik sangat tengok dekat tangan si pengantin tuh . Lepas je majlis settle , ada batu yang dah tercabut , aku try lah letak dekat tangan aku . Eh ,melekat pulak . Well , iolls pun melukis henna uolls. Vogue sikit sikit tak apa . Hahahha . 


Okay , cukup lah untuk hari ini . Selamat berhujung minggu ! Assalamualaikum :)

91/366 : DIARY OF THE DAY -31 MAC 2016




Assalamualaikum dan hello kepada semua. Hari ini aku terpaksa update diary of the day aku seawal dan secepat yang mungkin . Hehehe . Alhamdulilah, allah masih berikan aku kesempatan menjenguk blog yang sendu ini . Jadi ,untuk hari ini aku nak cerita tentang :


  • Kawan yang kahwin aku yang sibuk ! 
Ini lah sebab aku update blog seawal dan secepat yang mungkin . Hari ini aku tidur rumah kawan aku tuh . Sebab esoknya dia nak nikah dah . OMG ! Sorang sorang kawan aku kahwin . Apakan daya , aku pun memang belum lagi fikir nak kahwin plus aku memang tak bersedia langsung . So , buat apa nak terkejar kejar benda yang kita memang tak ready . Hahaha . Kebetulan , malam ni kawan aku nak berinai sekali so dia suruh aku datang awal awal sebab boleh mengendeng berinai sekali . Hahaha , aku memang paling teruja bila bab bab event event ni . Sebab aku suka tolong apa yang patut so that majlis itu dapat berjalan dengan lancar . Entahla kadang kadang aku lah manusia paling over mengalahkan kawan yang nak kahwin tuh pulak . Aku teringat kawan aku pernah cakap "ain ni memang tau , baju mesti over dari pengantin" . Hahaha . Nak buat macam mana , aku sangat excited sebab aku nak kawan aku tu rasa happy pada wedding day dia!


  • Sejak bila aku Layan korea ?
Untuk sepanjang minggu ini , aku memang melayan cita korea je sebab penangan kawan aku lah ni . Suruh memaksa aku tengok cerita itu so that aku lagi terinspirasi dengan misiku kurus aku ini . Cerita Oh My Venus ! Bayangkan aku asyik kena perli je dengan abang aku . Jenis aku pula kalau dah tengok make sure nak habiskan episod tuh cepat cepat . Hari ini tinggal last episod je ! Haaa , hahahaha . Kawan aku yang suruh aku layan aku tuh cakap , " amboi cepatnya ain tengok . Dah kemaruk cerita korea leteww" . Jujurnya tidak ! Hahaha . Aku ini jenis manusia once aku start tengok , aku mesti nak habiskan nak tahu apa ending cerita tuh . 


So , cukuplah cerita aku pada hari ini . Aku doakan semoga hari korang mendapat keberkatan daripada ALLAH . Assalamualaikum ;)

90/366 : DIARY OF THE DAY -30 MAC 2016



Assalamualaikum dan hai kepada semua ! Adoi , aku dapat merasakan yang diary of the day aku ni dah semakin kelam dan bosan . Hahaha . Jujurnya aku hanya spent dalam 15 minit je bukak blog taip apa yang aku rasa nak taip terus publish . Lagipun , aku tak sempat lagi nak hantar laptop aku ke kedai untuk repair . Update pun pakai ipad . Taip cepat cepat terus publish . Maafkan aku ye kalau blog akuainkausiapa ini makin bosaaaaann . I try to fix it as soon as possible . Jadi untuk hari ini , aku nak share tentang :


  • Double up workout!
Start dari minggu ini , aku dah start double up workout untuk lebih berkualiti . Maksudnya aku buat cardio dam combine sekali weight lifting. Iaitu masuk ke gym dan bermain dumbbell . Sebab badan bam bam macam aku ni lemak dah tertenak tertimbus lama kan dekat badan tuh . Makanya tak salah untuk aku push pada limit yang aku masih boleh kawal lagi . Sebab memang aim untuk pakai size S masa raya nanti . Bulan puasa dah nak dekat woi ! Doakan semoga impian aku tercapai . Hehehe .


  • Teringin nak join Fun Run !
Semenjak dua ni , aku ada ternampak ads yang buat event lari lari itu . Macam 5 km ke , 10 km ke . Aku jadi macam nak join walaupun aku lah manusia yang paling tak kuat lari . Tapi , kalau kita tak fight for our fear , macam mana kita nak berjaya melangkah ke hadapan kan . So , doakan aku ye kalau aku join nanti . Mesti lelemakk aku terbakar dengan banyaknya . Hahaha . 


Cukuplah untuk hari ini . Assalamualaikum ;)