104/366 : Berubah Itu Tak Salah !



Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini rasanya teramat penat . Ikutkan penat memang dah good night dah awal awal , tinggalkan sahaja dunia blog ini . Hahaha . Misi update diary of the day mesti diteruskan walaupun tak tahu nak update apa dan rasa bosan je diary of the day ini . Hahaha . Jadi , untuk hari ini aku nak cerita tentang berubah !

Sebenarnya dalam hidup kita ini memang kena ada perubahan . Tapi , harus diingat mestilah perubahan yang kearah kebaikan . Jangan lah makin teruk berubahnya . Hahahah . We all grown up day by day year by year ! Its a normal thing people . Dulu pun aku tak boleh terima bila orang cakap berubah itu macam ,"ehh kau dah tak sama lah macam dulu.." . Memanglah , tahap lawak kau masa zaman sekolah dulu mana boleh sama dengan melawak kau masa dewasa . Hahaha . Bukan itu sahaja , the way you think , the way you speak also will change dari dahulu sampailah sekarang .Its a good things !

Ramai orang sebenarnya tak berubah kerana menjadi seorang penakut . Penakut untuk mengahadap masa hadapan . Sedangkan umur kita juga berubah , mestilah cara kita pun berubah . Contohnya macam diri aku sendiri , aku biarkan diri aku dipenuhi rasa sedih selepas ibu aku meninggal . Aku biarkan masa hadapan aku macam gitu sahaja. Sampailah tahun ini aku berazam , i wanna get out of this situation . Aku benci jadi diri aku yang penakut untuk ke hadapan . Aku nak berubah .

Pada ketika dan saat yang kau bertekad dengan diri kau untuk berubah , tolong jujur dengan diri kau dan kelilingi diri kau dengan manusia yang boleh menerima perubahan diri kau itu . Ingat ! Hanya beberapa orang sahaja yang sanggup untuk bersama dengan kau dan sudi menerima perubahan yang kau lakukan itu .

Ingat ! Berubah kearah kebaikan itu satu kewajipan yang kau harus lakukan untuk kehidupan kita kerana kehidupan ini amatlah indah tuhan berikan kepada kita !.

103/366 : Jangan give up !




Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini aku mengambil masa lebih kurang setengah jam memikirkan apa yang perlu aku update diary of the day pada hari ini . Sehingga aku menaip lagi ini aku sedang fikir , apa kebenda lah yang aku nak tulis . Serabut kepala woi nak update apa . Hahaha . Okay , pada hari ini aku nak update tentang perjalanan proses misiku kurus aku pada tahun ini .

Ceritanya sekitar awal bulan mac bulan lepas aku memang agak sedikit down bila berat aku statik je tak turun turun . Aku rasa macam give up woi walaupun dipenuhi kata kata motivational qoute semua . Tapi , itulah kekuatan sebenar sesorang itu ialah bila dia berani memulakan sesuatu dan dia habiskan sehingga ke garisan penamat . Ibaratnya kita dah bersemangat join larian 5 KM contohnya , tapi malangnya di pertengah larian dalam 3 KM dah rasa tak larat nak surrender . Sedangkan ada lagi 2 KM lagi jeee yang kita perlu harungi.

Samalah macam situasi aku . Aku tengok semula gambar gambar aku yang sangat bambam itu . Aku tengok semula permulaan berat badan aku berapa dan sekarang dah capai berapa . Aku rasa bersyukur sekurang kurangnya aku ada juga penurunan daripada orang yang statik tak nak usaha untuk bersenam dan menjaga pemakanan . 

Sebenarnya simple je dalam weight loss journey ini , Kosisten ! Itu perkara yang penting . Lagi lagi bab makan . Pergh , aku dah lama woi mengidam domino pizza ! . Hahaha . Tapi , aku cakap dekat diri aku , bila aku capai berat idaman aku tuh , baru aku boleh celebrate . Sebab aku dah berjaya ke garisan penamat perlumbaan aku itu . Hehehe . So , macam korang yang tengah give up ini . Cuba tengok semula pencapaian korang setakat mana . Jangan lah tahu complain je . Salahkan itu ini . Diri sendiri kena lah melakukan tindakan . Barulah nampak result yang gempak . 

Alhamdulilah , selepas hampir tiga minggu berat aku statik , dia mula turun 0.4 KG . Dan selepas 15 hari berat aku turun lagi 1.7 KG . Bersyukur sangat ! Rasa macam berbaloi diri aku tak give up dipertengahan jalan . Jangan tanya berapa berat aku sekarang . Ianya rahsia! . Hahaha . Insyallah , bila dah dapat result akhir aku akan update dekat korang . 

Doakan aku semoga terus kosisten ye ! Untuk korang , hari ini dah 103 hari kita dalam tahun 2016 . Ada lagi 263 hari untuk kita terus berjuang mencapai impian kita semua . All the best ! Assalamualaikum.

102/366 : 3 Cara Kosisten Kuruskan Badan





Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , hari ini dapat juga aku berpuasa . Haa , korang yang belum ganti puasa tu ingat ingat kan ye . Bulan puasa dah nak dekat dah kan . Jadi untuk hari ini , aku nak cerita dengan korang pasal tips untuk naikkan semangat macam aku yang tengah dalam proses menguruskan berat badan yang bambam ini . hahaha.

  • Tengok program extreme weight loss
Okay , sila habiskan masa korang untuk tidak menonton drama drama yang asyik bercinta sahaja . Habiskan masa search dekat youtube cari extreme weight loss program yang dikendalikan oleh chriss powell dengan wife dia tu . Jujurnya , selepas aku tengok satu hari satu episod pun dah cukup bagi semangat pada aku untuk terus move on . Aku jadi lebih bersyukur yang sekurang kurangnya berat aku tak adalah overweight sampai cecah 100 kg . Aku hanya perlu berusaha dan kosisten untuk mencapai ideal weight sahaja . Bila tengok program ini , aku jadi lebih bersemangat untuk lebih mengenali diri sendiri . Dan kebanyakkannya mereka yang berjaya kosisten selama setahun ialah kerana mereka tahu big why mereka . Big why ini ialah sebab yang kuat kenapa mereka kena get this obesity out of the life . 

  • Follow positive qoute
Yang ini aku selalu buat . Boleh dikatakan aku selalu retweet dekat twitter aku motivation dan positive qoute . Secara tak langsung , rasa tidak bersemangat akan kembali lagi lebih kepada bersemangat. Memang orang kata poyolah asyik nak berbual positif je , tapi hakikatnya kita memang kena bawa diri kita kepada sesuatu yang positif . 

  • Cari resepi yang sedap dan senang dimasak 
Aku rasa macam tak relevan yang orang memberi alasan tak tahu masak macam mana sedangkan dah bersepah resepi dekat social media . Tinggal rajin atau pun malas je . Aku perasan juga , orang banyak share dekat facebook tapi nak buat nan hado . Hahahhaa . Setakat share dekat social media tapi tak buat pun buang masa je awak ! . Hehehhee . 



101/366 : Diet Bukan Cerewet Bab Makan




Assalamualaikum dan selamat hari ke 101 bagi tahun 2016 . Hahaha . Yes , tak payah nak terkejut sangat dah masuk hari ke 101 dah pun tahun ni . So , far azam korang semua macam mana ? Banyak dah tercapai ke hanya sekadar angan angan "my wish list je" . Hahahha . Jadi , untuk hari ini aku share tentang tips pada korang yang sedang dalam proses menguruskan badan macam kita lah awakk nii kannnn. Hahahaha . 

  • Custom made meal 
Kalau korang yang jenis tak sempat masak , (ceh bagi alasan banyak kan) , macam aku kadang kadang tak masak juga , beli je , so persoalannya nak beli apa ye? . Korang boleh lah start survey kedai mana nak beli , dekat mana , bli delivery ke . Kena start survey dulu . Contohnya macam aku , aku jumpa satu kedai yang jual nasi ayam yang sayur dia fuhhhh melimpah limpah . Banyak gila sayur dia bagi which is very good . So , kalau aku tak workout , aku hanya mintak nak ayam dan sayur je tak nak nasi . Jadinya , dalam hal ini kita kenalah custom made order kita tuh according tuh tak nak nasi ke , nak nasi separuh ke . The thing is tolong ramah kan mulut tu tanya nak itu ini demi misi ku kurusku itu . Hahaha . Harga pun mesti jadi lain . Contohnya macam nasi ayam yang aku cakap itu , harga asal dia RM 6 , tapi kalau aku minta nak ayam dan syur je harga dia jadi RM 4. Haaa , macam gitulah . 

Contoh yang lain ialah bila korang beli dekat kedai yang jual nasi campur dan lauk pauk. Tolong tawaf dulu dekat kedai itu dan pilih apa yang korang nak . Bukan itu sahaja , kalau aku tak workout , aku tak akan ambil nasi . Memang orang kedai itu akan rasa pelik bila tak makan nasi hanya beli lauk je . Tak apa , you have to stick to your own plan . Ingat tuh ! Dan sebenarnya diet bukanlah tentang kita cerewet bab makan cuma kita belajar untuk memilih mana yang perlu kita makan dan mana yang perlu kita ketepikan untuk waktu itu . 

Janganlah sehari je kau bersungguh custom made meal kau itu . Kenalah berterusan dan kosisten so that kau akan nampak perubahan pada bentuk badan kita itu . Ingat tau ! Diet bukan bermakna kita cerewet bab makan . 

100/366 : 10 Perkara Buat Si Pengapit




Assalamualaikum dan hello kepada semua . Its a day today ! Aku menjadi pengapit . Bukan itu sahaja , hari ini genap hari ke 100 kita berada dalam tahun 2016 . Fuh , cepat gila masa berlalu . Aku sendiri tak sangka ianya satu pencapaian yang sangat hebat untuk diri sendiri bila mamapu menaip secara kosisten 100 hari . Alhamdulilah . Jadi , untuk hari ini aku nak cerita pengalaman aku menjadi pengapit . Bukan pengantin je yang kena bersiap , pengapit pun kena fully 100% prepara jugak . 

  • Baju kena longgar dan selesa
Okay , yang ini aku rasa mesej buat pengapit si perempuan . Sebabnya , biasanya pengantin perempuan kan kain meleret . So , kalau kau nak tunduk tunduk , dah pakai baju kebaya fit sumpah lah langsung rasa tak selesa . Makanya , pemilihan pemakaian buat si pengapit pun kena take it seriuslly . Bila ada atas pelamin , nantikan kena kipaskan pengantin . Tolong pakai material yang tak panas dan serap peluh . Sebab selalunya dekat atas pelamin jarang orang nak sediakan air cooler dan aircond tak rasa langsung . Merecik duduk dekat situ . Bila si pengapit rasa tak selesa , macam mana nak fully 100% jaga pengantin dah ketiak penagpit pun berlecak , apatah lagi kita mampu rasa selesa dalam keadaan begitu . 



  • Kena alert !
Ingat ! Bukan si pengapit yang kena vogue tetapi si pengantin ! Tolong alert kalau pengantin punya tudung senget , veil tak betul ke , crown senget ke dan segala apa yang nampak macam tak sedap mata memandang tolong alert! Tolong betulkan , tolong tegur si pengantin tuh . Kesian woi kau biar pengantin senget ada cacat cela nanti dalam gambar . Hahaha . Sebab itu aku remind , pengapit ini bukan masanya untuk kau vogue tapi si pengantin yang mesti vogue pada hari itu .


  • Bagi bunga telur 
Ingat , bila atas pelamin itu kau kena alert , bila waktu tepung tawar kan . Lepas je tetamu menepung tawar , terus standby bunga telur bagi . Kalau pengapit perempuan bagi lah kepada tetamu perempuan . Aku pun hampir terlupa nasib kawan aku remind tadi so aku terus jadi alert . Hahaha . Jadi , ingat kena sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan pada majlis tersebut .


  • Makan Beradab
Haa , part ini paling best ! Sebab kawan aku laki bini jenis makan bersungguh . Hahaha . So , memang lauk dekat meja itu habis kau kitorang kerja kan . Dessert nya sangat sedap . Ice cream honeydew . Ya ALLAH , sedap sangat . Walaupun makan sedap , ingat kena pastikan yang tiada comot dekat mulut dan tiada makanan yang terselit dekat gigi gigi pengantin tu .Hahaha . Yelah , kan nanti sesi bergambar kena senyum , kesian pengantin kalau nampak cacat cela . Hahaha . Ingat tau , make sure yang ini !


  • Tisu WAJIB !
Yang ni mesti standby sebab anytime kena lap peluh peluh dan lipstick comot ke . Tips tadi make up pengantin tu pesan , pedap peluh dengan tisu , jangan pakai span sebab span kan serap peluh dan make up tuh boleh luntur . Especially yang kuat berpeluh , tolong lah kena bersedia dengan keadaan panas sampai ketiak berlecak itu . Hahaha . 


  • REHEARSAL 
Penat bayar pelamin mahal mahal siap lampu liplap tapi kenapa malas nak rehearsal ? . Kerusi empuk ke , kasut tinggi sangat . Aku tak faham kenapa banyak pengantin tak ambil benda ini serius . Untuk aku yang ala ala sedikit particular dan details , tolonglah rehearsal sekejap pun okay lah . Lagipun set up pelamin itu biasanya dah siap awal awal , ambil masa sekejap je rehearsal . Atleast , pengantin tu tahu kerusi tu selesa ke tak nak duduk , panas ke tak duduk dekat pelamin tuh . Ingat ! practice make perfect . You want the perfect day , make sure you for it . 


  • AMANAH !
Dalam keadaan ini , semestinya tugas kau untuk menjaga barang peribadi milik si pengantin itu . Makanya , choose your pengapit wisely ! Kena choosy sedikit . Jangan asal boleh kau jelah aku ambil sebagai pengapit . Ingat , si pengapit itu lah the second person who always there for the pengantin ! . Makanya dari sini sikap amanah dan bertanggungjawab itu harus diterapkan . Hahaha .

  • Datang Awal !
Tolong jangan buat malu majlis . Search siap siap dekat waze dekat mana lokasi nak kumpul . Tolong bagi full attention pada waktu itu . Jenuh haih pengantin nak kena explain tempat mana nak kumpul . Nowadays kan ada waze , google maps , tolong jadi update teknologi people sedikit ! . Dah tak ada dah lagi , "kejap lagi , kau straight , kona kanan , nampak kedai mamak belok kiri " . Hahaha . Thats is so old skol peep ! . Hahaha . Tadi , mesti amanah dan sekarang pula kena disiplin datang awal . Jadi , ingat senang ke jadi pengapit ? Haa . 

  • Suruh pengantin senyum 
Pada mula mula pengantin bersiap lagi , si pengapit mestilah kena pesan dan paksa si pengantin untuk senyum . Senyum yang paling comel habis lah . Senyum yang paling segak teroq haih ! . Hahaha . Yelah , bila senyum paling segak habih , komfom nampak cantik gila gambar nanti . Ingat ! Paksa dan pesan si pengantin untuk senyum sampai habis majlis dan selamanya lah . Hahahaha . 


  • Standby jarum peniti
Okay , disebabkan veil yang panjang ,serta samping nanti bila bergerak kan nanti kedudukan nya lari . Jadi , mesti standby jarum peniti tau . Ala , beli je dekat kedai dua hinggit . Hahaha . Sebab kegunaan jarum peniti ni nak bagi lagi terletak . Hati hati bila memakaikan dekat si pengantin . Bimbang tercucuk kang tak pasal pasal lagu sakitnya tuh disini berdendang . Hahahhaa . 



Haa , itu sahajalah 10 perkara special untuk bakal pengapit ! SIAPA JADI PENGAPIT AKU MAKE SURE BERSEDIA DENGAN 10 PERKARA INI . Tapi tak tahu lah entah bila . Hahahaha . Okay . bye !





99/366 : Bila Orang Tegur Kau Dah Kurus!

 


Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , hari ini genap 99 hari ain kosisten mengupdate diary of the day hari hari . Ya ALLAH , tahun 2016 merupakan tahun yang ain berazam untuk kosisten update blog dan diary of the day ini merupakan satu cara untuk ain keep kosisten update setiap . Memandangkan tahun 2016 ini harinya 366 hari , makanya tak salah untuk ain memulakan sesuatu yang baru dan buatnya sampai selesai 31 disember 2016 . Insyallah . Jadi , untuk hari ini , aku nak cerita tentang :

  • Bila orang tegur kau dah kurus !
Hari ini dan hari rabu lepas , kawan kawan yang selalu workout bersama dengan aku tegur yang aku dah nampak kurus . Kurus itu tak lah sampai dapat size S dah . Mengarut gila cepat sangat dah kurus kerempeng . Hahahaha , Alhamdulilah , itu satu perkara yang positif untuk diri aku . Tolong jangan tanya berat badan aku berapa . Sebab coach aku pesan jangan ukur tahap kejayaan kita dengan melihat jumlah berat badan kita dekat penimbang tuh . Banyak lagi kejayaan kejayaan kecil yang mampu kita kejar dan capai . Contohnya ,muat pakai baju yang dulu dulu , saiz seluar dah mengecil , ukuran badan dah semakin kecil . Itu lah sebenarnya kejayaan yang harus kita kejar dalam proses menguruskan badan . Jangan suka suka sangat nak menimbang je , nanti stress lepastu tak take action langsung . Lepastu salahkan itu ini padahal diri sendiri nak suapkan makanan masuk mulut . hahahha . So , stop wishing ! start doing it ! . Insyallah aku nak sangat target raya nanti aku dah boleh pakai size S . Itu aim yang aku tengah kejar . Korang doakan aku boleh kurus ye . Jangan risau , hari hari akan datang , mana mana tips yang aku boleh share , aku akan share dekat korang . 



  • Esok jadi pengapit !
Fuyoo , nervous woi mengalahkan pengantin pula kan . Betullah kata kawan aku , over lah kau ni ain . hahahaha. Boleh baca entri entri aku yang ini . Over kan !. Hahaha . 



Okay , cukup untuk hari ini . Aku sangat penat pada hari ini . Assalamualaikum