SPAGHETTI BOLOGNESE GUNA SOS JENAMA GIANT,NOT BAD,SEDAP!!


Lately ni aku kerap masak spageti sebab aku ni memang hantu spageti so kita beli stok banyak-banyak dan masak je dekat rumah. By the way, aku ni memang jenis masak guna bahan paling simple woi. So masa nak shopping barang dapur dekat Giant, aku compare la harga paste Giant dengan Prego. Hurmm, why not kita try Giant kan? Makanya kita pun cuba la.

Dan inilah hasilnya. Apa yang aku masak campak-campak?

Bahan-bahan
1-Bawang
2-Sos Bolognese Giant
3-Garam & Gula
4-Sedikit minyak
5-Sosej potong kecil kecil

Cara-cara:
1-Rebus spageti macam biasa
2-Panaskan minyak(paling sedikit aku letak sebab kita nak tumis ala-ala gitew je)
3-Kuali dah panas, masukkan bawang dan goreng sampai macam garing sedikit masukkan sosej
4-Nampak macam dah garing masukkan sos bolognes tu, main agak-agak je tu dan masukkan air
5-Balance kan dengan rasa garam dan gula. Ni pun ain letak paling rasa hujung-hujung je.
6- Hidangkan bersama dengan spageti dan sedia untuk dimakan!


Dalam gambar ni ain makan kongsi dua orang. Alhamdulilah,kenyang! Selamat mencuba! Tiber aku jadi chef wan! #ainmasak #awakmakanape

Gais, gi check instagram @awakmakanape now! Kalau korang makan atau masak, jangan lupa letak hashtag #awakmakanape dan tag @awakmakanape 🍽

PASTA & PIZZA MAKANAN SANTAI DAN SEDAP DI OASIS @ THISTLE JOHOR BAHRU


Selalu orang mesti ingat kalau restoran yang ada dekat hotel harganya mahal melambung. Tapi dekat Oasis Restaurant yang terletak di Thistle Hotel Johor Bahru ni menawarkan harga bermula RM18. Konsep restoran ni sangat santai sebab lokasinya betul-betul dekat pool. So, korang boleh la feeling-feeling sambil makan pasta atau pun pizza. Hehehe.




Kenapa harga yang ditawarkan sangat berbaloi ? Ini adalah kerana pihak hotel percaya yang pelanggan mereka terdiri dari local people. So,sebab itu lah pada bulan ni Oasis Restaurant come out dengan 3 signature dish iaitu Trio Pasta , Nusantara Pizza dan Dome Pizza. Gais, aku ni dahla hantu pasta! Memang aku try semua jenis weh. 🤪 Trio pasta ni ada 3 warna iaitu warna pink,biru dan hijau. Pink namanya rose 🌹, biru morning glory dan hijau namanya spinach.











pasta peanut sauce

pizza nusantara


dome pizza


Nusantara Pizza pulak korang imagine pizza nasi lemak. Sedap sangat dan its highly recommended untuk you guys cuba! Topping pizza ni ada sambal ikan bilis dan hirisan ayam rendang. Manakala Dome Pizza pula bentuknya macam pie yang isinya kambing dan sayur-sayur seperti capsicum. Gais, jangan risau sebab makanan yang dihidangkan dimasak menggunakan olive oil dan fresh herbs oils. So, its can consider as healthy dish juga lah kan. 🤤 Untuk yang vegetarian juga boleh mencuba dish seperti fruit pizza, mushroom risotto , trio pasta oasis rigatoni ratatouille. Cepat-cepat dapatkan promosi ini sehingga 31 September 2018 ni.

baked lobster



roulade pizza











chef hapis sedang membakar pasta


dengan geng JDT Blogger
Oasis Restaurant
Thistle Hotel Johor Bahru

MAKAN CUCUK CUCUK STEAMBOAT SERINGGIT JE DEKAT STULANG LAUT!! BESTNYA

Okay, its unplan yet is a great memories too. Lepas aku,giha dan tia karoke , aku follow giha delivery food dekat customer. Lepas dah settle tu, Giha ajak lepak Stulang Laut. Dia cakap steamboat cucuk cucuk tu seringgit je. Oh , by the way gais , dekat JB ni memang banyak benda cucuk cucuk ni especially waktu malam. Tapi aku jadi tertarik bila Giha cakap seringgit je 1 cucuk. Weh, setahu aku sekarang cucuk dia tu dah ada warna dan warna tu ikut harga. Tapi yang ni semua seringgit.


Van steamboat ni sememangnya dah lama dah wujud. Aku je baru nak fefeling lepak situ sambil ngadap Singapore. Kitorang park dekat KFC Stulang Laut dan waktu tu mak oi ramainya biasalah hujung minggu kan. Dah dapat parking, terus ke tempat cucuk cucuk tu. Giha cakap “cepat ain, selalu beratur panjang tau”. Hahaha. Kebetulan time tu tak yah nak beratur pun, dah boleh pilih.


Kitorang makan-makan la sambil bercerita kisah hidup masing-masing. Gais, sometime kita perlu masa dengan kawan baik dan kita borak sampai kita rasa macam “arghhh leganya dapat throw all everything”. We need someone to hear what we feel. Banyak yang aku dapat bila borak-borak gitu di tepi pantai. Gitew!


Perempuan ni sebenarnya dia nak orang dengar apa yang dia rasa tapi tu la dia punya complicated tu aku yang perempuan pun boleh menyampah! #aintrynottobecomplicated

SI PENAKUT HANTU

Aku nak tanya ni korang jenis penakut hantu ? Hahaha. Tiber aku teringat kisah aku masa zaman sekolah. Aku keep whatsapp dengan kawan-kawan sekolah and one of my bestfriend Tasya tiber pula buka cerita lama. Aku cakapla aku keluar midnight tengok Munafik 2 dengan kawan aku Giha. Pastu terbukak la kisah lama ni.

Yes, gais! Aku ni dulu penakut hantu. The truth is aku sebenarnya penakut gelap. Sampai nak tidur pun tak boleh gelap. Hahaha. Zaman belajar dulu dekat asrama dan rumah sewa mesti kena buka lampu walaupun kecik. Tapi sekarang dah tak la.Gais, i’m grown up! 😏


Sebenarnya yang ditakutkan gelap bukan hantu(bapak lah ayat kau ain belagak nak mampus) Datang dia sergah kau kang demam seminggu.Hahaha. Mintak jauh la woi. Korang baca la conversation aku dengan Tasya. Aku punya takut asyik reverse je dekat dalam rumah hantu tu. Siot je senior-senior tu kena kan aku dulu.

Aku baca aku gelak weh, dasyat gila aku dulu ehk. Hahahaha. Nampak je acah-acah berani tapi sebenarnya aku la paling penakut. Nasib la ada Tasya nak teman aku time tu. #kenanganzamansekolah Nak tau sekolah mana ? SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU UDA🤣

Kepada senior yang kenakan aku tu, semoga hantu muncul dalam mimpi korang setiap malam. Hahahaha. 👻

ANAK JIRAN MASAK PASTA BOLOGNESE


Aku dapat pasta prego untuk kids dua peket dari event yang aku attend Pesta Sabai Sabai Thai Food Festival. Spontan kepala otak aku terus nak bagi dekat anak jiran.



Dah nama pun for kids , kita bagi la pada yang akan makan.Tapi, aku masa nak bagi tu aku cakap “Nana nanti masak la, boleh bagi kak Ain rasa”🤪 Kak Ain kau macam buruk siku je, kata nak bagi tapi ada udang disebalik mee. Hahahaha. Eh ada ketam di sebalik sayur (Sis Lin)😜

So, bila dia dah masak, kita apa lagi mencekik la. Tu kita buat lauk makan malam. Sedap betul. Mestilah sedap dah orang yang masak kan. Hahahaha. Berdesupzz laju kak Ain kau makan terus licin.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada spaghetti yang datang,
Boleh lah kita merasa lagi.

Tiberr pantun kak Ain kau 😁

MASAK AYAM MASAK LEMAK CILI PADI

Hai , just a quick update.Lately ni aku tak ada mood sedikit nak masuk dapur. Sumpah weh tak ada feel langsung nak masak sendiri. Ini disebabkan oleh Periuk Noxxa pressure cooker aku sedang mengalami masalah. Hahahaha. Masalah apa? Inner pot dia kemek dan mengembang so dia tak boleh tutup. Kalau nak guna High Pressure, aku tak berani weh kang lagi meletup dah jahanam dah nanti periuk kita tu. Dahla ain beli pakai duit sendiri. Periuk tu dah banyak jasa woi since hujung 2015.

Lepastu ain pun check lah dekat outlet Amway, woi tak ada stok pulak tu. Tengok dekat shopee harga agak mahal sedikit la. Nak tak nak tunggu jela ada stok. Wahaha. Tu yang tak ada mood langsung. Selama ni ain masak cepat sebab guna Periuk Noxxa ni la. Tekan tekan siap. Hahahaha.


Walaupun periuk ku tidak berkhidmat untuk tuannya, nak tak nak kena gak masuk dapur woi. Hari-hari makan luar pun tak best weh. Dah la mahal, yang paling tak boleh blah tu kita tak tau kandungan gula garam yang diletak. Tiber, aku cerita bab kesihatan pula.Hahaha. So, terpaksa la masak secara manual.

Cerita dia aku dah tak guna dapur gas weh. Aku guna dapur elektrik.Hahaha. Lagi la rasa stress, sebab tak penah weh masak lauk-lauk guna dapur tu. Tapi apakan daya, perut lapar kena gak masak. Makanya, hari ni ain masak ayam lemak cili padi. Tak ada la pedas mana, cuma kalau tengok dalam gambar, ain mungkin terkurang kunyit. Well, nampak tak i allergik geng kunyit? Tiberrr...Hahahhaa.

masak sekali dengan sayur kobis goreng

Cuma kali ni aku guna santan dari produk Thailand. Aku dapat dari Pesta Sabai Sabai yang aku attend tu. Okaylah rasa dia, cuma santan dia dalam botol dia tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Jenis ain kalau masak memang KURANG LEMAK, GULA ,GARAM ,MINYAK. Sebab tak nak amalkan masak ikut rasa nafsu. Satgi dah dapat penyakit baru nak nangis kem salam....Haa,tiberr emosi pulak! Hahahaha.

Doakan cepat ler ada stok inner pot tu, stress weh sebab aku jadi lembab time masak. Aku tak suka buang masa lama-lama nak memasak dekat dapur tu. 🙏🏻